Rejim Uzbekistan Bencikan Islam, Lantas Menghambur Kejahatan Terhadapan Hizbut Tahrir

Pemerintah Uzbekistan, Islam Karimov, sememangnya membenci Islam dan benci kepada semua yang menyeru kepada Islam. Kebenciannya bukan sesuatu yang baru tetapi ia adalah satu kebencian yang sudah lama tertanam; kita telah menyaksikannya sejak awal abad tahun sembilan puluhan yang lalu, iaitu sejak kemunculan usaha Hizbut Tahrir di negara ini, di mana si zalim Karimov telah melakukan penangkapan terhadap ahli parti secara beramai-ramai. Dari saat itu, dia terus menerus menangkap ahli parti ini dan memerangi parti sehinggalah jumlah tahanan melangkaui lapan ribu orang. Disebabkan parti ini merupakan parti politik; ia tidak mengambil jalan dan kaedah (method) keganasan, serta berkerja untuk manfaat sahaja. Si diktator Karimov juga mengetahui hakikat ini , namun kebenciannya terhadap Islam menjadikannya berhasad dengki dan memusuhi serta memerangi sesiapa sahaja yang menyeru kepada Islam , terutamanya jika ia adalah seruan politik.

Tidak cukup bagi Karimov dengan penangkapan dan memasukkan orang ke dalam penjara, dia turut menambahkan kezalimannya dengan mengarahkan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman berat kepada orang-orang yang menyerukan Islam; diantaranya terdapat hukuman penjara selama 15 tahun, 10 tahun, 7 tahun dan 5 tahun. Tahanan yang melalui hukuman dengan tempoh yang ditetapkan tidak dibebaskan dengan mudahnya, sebaliknya mereka dihasut agar bekerja dengan pihak rejim untuk menentang parti, dan jika mereka enggan, akibatnya tempoh hukuman penjara mereka akan dipanjangkan. Walau bagaimanapun, mereka tidak menemukan sesiapa yang hendak bekerjasama dengan mereka , justeru, mereka mula menjalankan rundingan dengan mereka yang telah tamat tempoh hukuman penjara dengan memberikan ikrar bertulis bahawasanya mereka tidak akan kembali bekerja dengan parti, tetapi amat sedikit yang bersedia untuk menerima ikrar bertulis sebegitu. Oleh itu, mereka tidak membebaskan tahanan melainkan sebahagian kecil sahaja, dan kebanyakan dari majoriti tahanan telah dipanjangkan tempoh hukuman penjaranya, bahkan perkara ini bukan sekali sahaja.

Tempoh hukuman penjara yang amat panjang juga tidak mencukupi bagi Karimov bilamana tempoh tersebut tamat, dia mengarahkan pengikutnya, para pegawai penjara untuk menyeksa tahanan dan menghalang mereka dari bersolat. Bukan itu sahaja, dia juga telah mencadangkan penghapusan beberapa banduan dengan pelbagai jenis seksaan , termasuklah memberikan ubat-ubatan yang menyebabkan penyakit yang tidak mampu disembuhkan. Beratus ahli Hizbut Tahrir telah dibunuh.

Karimov masih menahan sekumpulan besar umat Islam. Baru-baru ini, beliau menangkap 70 orang umat Islam ; kami akan menyenaraikan mereka yang telah ditahan atas tuduhan mempunyai kaitan dengan Hizbut Tahrir :

- Timbalan Gabenor Bandar Quvasoy seorang penduduk di bandar Margilan - Nadir - dilahirkan pada tahun 1981 –dijatuhkan hukuman selama tiga tahun
- Ketua Pengarah Perbendaharaan bagi kawasan Almalyk - Mirza Aleem Bin Imiyamin Khaidarov - dilahirkan pada tahun 1979 – dijatuhkan hukuman selama 6 tahun
- Inspektor (KRV) Azizbek Aargachev - dilahirkan pada tahun 1983 - 6 tahun
- Guru di Sekolah Ekonomi di rantau Almalyk- Ahrar Bin Muhammad Jan Abdalrahmanov - dilahirkan pada tahun 1986 - 6 tahun
- Ahli Farmasi di Hospital Kizelitiba - Almalyk- Ilham - dilahirkan pada tahun 1975 - 10 tahun
- Ahli keluarga Craftsman Azizbek Muminov - dilahirkan pada tahun 1989 - 10 tahun
- Pekerja di bidang Perkhidmatan - Atheem Jan Rahmanov - dilahirkan pada tahun 1992 - 6 tahun
- Peniaga Abdul Jabbar Abdul Hamid Mirza Rahmanov - dilahirkan pada tahun 1991 - 5 tahun
- Pekerja di bidang perkhidmatan - Abdomu'min Muhammad Jan Mu'ammar Zaiev - dilahirkan pada tahun 1985 - 6 tahun
- Pekerja di bidang Perkhidmatan - Ali Sher Muhammad Jan Mu'ammar Zaiev - dilahirkan pada tahun 1991 - 10 tahun
- Craftsman Bahrudin Babayev - dilahirkan pada 1985- 14 tahun ... dibicarakan dalam perbicaraan berasingan.
- Ibu kepada tiga orang anak - Zumurrud Bint Issa Jan Omarkolova - lahir pada 1974- 6 tahun
- Ni'matullah Bin Hatim - dilahirkan pada tahun 1991 – dijatuhkan hukuman selama setahun setengah ditambah dengan denda yang tinggi
- Pemandu Timbalan Gabenor yang disebutkan di atas dari Bandar Quvasoy - denda yang tinggi

Wahai umat Islam: Terdapat sebilangan besar pemimpin dunia kini seperti Karimov yang bencikan Islam dan menganggapnya sebagai sumber keganasan, dan menganggap semua yang menyeru kepada Islam dan penubuhan kembali Khilafah Islam serta pelaksanaan Syariah sebagai pengganas dan ancaman kepada seluruh dunia, dan mereka menubuhkan pakatan untuk melawan semua ini. Allah SWT yang benar berfirman:

يُرِيدُونَ أَن يُطْفِؤُواْ نُورَ اللّهِ بِأَفْوَاهِهِمْ وَيَأْبَى اللّهُ إِلاَّ أَن يُتِمَّ نُورَهُ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ * هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَى وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ

“Mereka hendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan-ucapan) mereka, tetapi Allah menolaknya malah berkehendak menyempurnakan cahaya-Nya, walaupun orang-orang kafir itu tidak menyukai. Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya dengan petunjuk dan agama yang benar untuk diunggulkan atas segala agama , walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai“ [Surah At-Taubah, 32-33].

Oleh itu, janganlah kamu takut, wahai umat Islam di Uzbekistan atau di mana-mana sahaja di dunia ini, Allah bersama kamu, dan cahaya Islam akan menang meskipun terdapat ramai orang kafir, cahaya Islam akan mengatasi semua ideologi dan semua agama, termasuk ideologi kapitalis yang kebanyakan negara di dunia ini amalkan, dan kita berdoa kepada Allah bahawasanya kemenangan ini hampir.

Jika pemimpin-pemimpin dunia yang bencikan Islam memahami bahawasanya risalah Islam adalah rahmat kepada manusia seluruhnya sebagaimana firman Allah SWT :

((وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِّلْعَالَمِينَ))

“Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam” [Surah Al-Anbiya, 107].

Mereka tidak akan menaruh kebencian terhadapnya atau cuba untuk memadamkan cahayanya. Ayat ini dari Allah SWT ditujukan buat mereka :

قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا * الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya?” Yaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya” [Surah Al-Kahfi : 103-104].

Terdapat ramai orang-orang yang berfikiran waras di Barat dan Timur yang mengkaji Islam secara intelektual dan tidak mengikut membuta tuli apa yang diwarisi daripada nenek moyang dan masyarakat mereka, mereka bersikap adil terhadap Islam dan memeluknya kerana mereka jujur dan tulus dengan diri mereka. Akan tiba satu masa apabila ramai orang yang memerangi Islam di masa kini akan mengakui dan tunduk kepada rahmat dan belas kasihan Islam serta memeluknya , bilamana mereka hidup di bawah naungannya apabila Islam menang kelak.

Karimov merasakan CINTA umat Islam di sekelilingnya di Uzbekistan dan di seluruh dunia terhadap Islam, semakin meningkat. Bahkan sentimen Islam mereka semakin kuat, inilah yang telah menaikkan kemarahan Karimov dan membuatnya takut. Tetapi dia menyembunyikan kemarahannya dan ketakutannya serta mula bersikap hipokrit dengan menunjukkan keakraban dan kesukaan kepada sebahagian ulama Islam. Yang demikian agar ulama-ulama ini berada di pihaknya. Manakala golongan yang tidak terpedaya dengan hipokrasinya, Karimov menuduh mereka dengan tuduhan palsu, menahan dan menghukum mereka. Karimov tidak menghentikan kekejamannya terhadap mereka melainkan jika mereka menyerah diri kepadanya dan mengikut kehendaknya. TETAPI ADAKAH PENAHANAN, SEKSAAN DAN PEMBUNUHAN MAMPU MENGUBAH KONSEP DAN KEYAKINAN SESEORANG? TIDAK, ia tidak mampu sama sekali. Ia mungkin mampu “mendiam”kan sebahagian dari mereka tanpa rela dan berat hati, kerana di hati mereka membara kesungguhan untuk mengubah penindasan dan para penindas, ketegasan ini merebak dan dinyalakan di dalam hati saudara-mara, jiran tetangga dan kenalan, serta telah tersebar di seluruh negara dan di seluruh negeri-negeri umat Islam. Kami melihat ahli-ahli Hizbut Tahrir dan ahli-ahli kebanyakan gerakan Islam yang paling ikhlas menunjukkan kesabaran yang tinggi dan mencabar ketidakadilan para penindas, dan mereka akan terus menjadi sebahagian dari golongan orang beriman yang berjuang yang yakin akan kemenangan dari Allah.

Allah (swt) berfirman :

((إِنَّا لَنَنصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ))

“Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)” [Surah Ghafir: 51].

Pesuruh Allah, Nabi Muhammad (saw) bersabda :

إِنَّ اللَّهَ زَوَى لِي الأَرْضَ، فَرَأَيْتُ مَشَارِقَهَا وَمَغَارِبَهَا، وَإِنَّ أُمَّتِي سَيَبْلُغُ مُلْكُهَا مَا زُوِيَ لِي مِنْهَا

"Allah telah menunjukkan kepadaku bumi : aku melihat timur dan barat, maka kekuasaan umatku akan mengatasi semua yang telah ditunjukkan kepada saya ." Diriwayatkan oleh Muslim dan lain-lain.

26 Jamadil Akhir 1436 H
2015/04/14 Hizb-ut Tahrir
Uzbekistan
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment