Bulan Rejab: Kesedaran Dan Komitmen Penegakan Syariah & Khilafah

Bulan REJAB merupakan bulan yang penuh dengan peristiwa-peristiwa bermakna untuk umat Islam pada hari ini lalui dengan penuh muhasabah. Peristiwa-peristiwa seperti Perang Tabuk, pembukaan Palestin oleh Slahuddin Al-Ayubbi dan kejatuhan sistem Khilafah yang diwariskan oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti, semua itu sewajarnya membuka mata kita "di mana" kita pada hari ini. Setelah tinta emas kegemilangan sistem Islam dicarik-carik pada 28 Rajab 1342 H atau tepatnya pada 03 Mac 1924, tiada lagi catatan kemegahan Islam kaffah. Yang tinggal hanya catatan-catatn air mata dan darah tentang kesengsaran umat manusia yang hidup di bawah naungan sistem kufur.

Justeru, penting untuk sama-sama kita muhasabah bagaimana untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kewajiban menegakkan Islam (syariah dan Khilafah) dan memperkukuhkan komitmen umat untuk ikut terlibat dan berkorban memperjuangkan tegaknya syariah dan Khilafah.

Dua hal ini – kesedaran dan komitmen – merupakan perkara yang penting dalam perubahan masyarakat. Kesedaran akan membentuk opini umum yang akan memimpin dan menggerakkan masyarakat untuk menuntut perubahan dengan tegaknya Khilafah. Sementara komitmen untuk menyertai dan berkorban akan menentukan kejayaan dari perjuangan yang memerlukan dukungan penuh dengan kerelaan berkorban pada jalan yang penuh cabaran dan ujian.

Dalam aktiviti-aktiviti politik Hizbut Tahrir, para aktivis akan menjelaskan dengan rinci bagaimana penerapan syariah Islam di bawah naungan Khilafah yang akan mampu menciptakan kejahteraan di tengah-tengah masyarakat. Bukan sekadar kesejahteraan yang bersifat material berupa jaminan terhadap terpenuhnya keperluan primer setiap individu rakyat seperti hak kesihatan dan pendidikan pendidikan secara percuma. Tapi juga terpelihara dan terjaganya kesucian agamanya, keselamatan dirinya, terlindungi akalnya, dan kehormatan dirinya.

Mengimbau sejenak pada sejarah kegemilangan Islam, dapat kita telususri bahawa syariah Islam memang benar-benar pernah diterapkan dan mampu mensejahterakan selama lebih kurang 13 abad . Catatan sejarah tersebut sepatutnya cukup untuk membantah tuduhan bahawa syariat Islam hanya sekadar selogan kosong dan utopia. Secara potensi Allah SWT telah mempersiapkan umat Islam menjadi umat yang terbaik (khoir ummah) , menjadi negara terdepan dan adi daya dunia. Kita sebenarnya telah memiliki semua syarat untuk menjadi negara adi daya. Bermula dari ideologi (aqidah) yang shohih, syariat Islam yang menyeluruh dan menyelesaikan masalah, kekuatan militer yang besar dengan 5,59 juta tentera aktif , ekonomi yang kaya mengusai lebih dari 70 % cadangan minyak dunia , demografik dengan populasi 1,5 juta penduduk . Hingga geo-politik strategik dengan kontrol penuh atas jalan-jalan laut yang paling penting di dunia dari Selat Gibraltar, Mediteranian (Laut Tengah), Bosporus, Terusan Suez, Samudera India hingga Selat Malaka. Kini yang kita perlukan hanyalah satu : iaitu adanya daulah Khilafah Islam yang menyatukan keseluruhan potensi itu hingga menjadi kekuatan sebenar negara adi daya.

Berbeza dengan Barat (ideologi Kapitalisme), kesejahtraan yang akan diciptakan oleh Ideologi Islam adalah kesejahteraan untuk seluruh umat manusia, bukan dengan cara mengeksploitasi dan merompak wilayah lain. Dan yang paling penting kesejahteraan itu penuh dengan nilai ruhiyah karena diperoleh dengan cara yang benar dan ditujukan untuk mendapat redha Allah SWT.

Kesedaran-kesedaran di atas pasti semakin diperkukuh dengan janji Allah SWT tentang kemenangan Islam dan kembalinya Daulah Khilafah. Di antara janji Allah SWT yang diberikan kepada umat Islam adalah istikhlaf fi al-ardh. Istikhlaf fi al-ardh bermakna menjadi penguasa atau pengatur urusan manusia (khalifah atau imam) di seluruh dunia. Istikhlaf tidak memiliki makna lain selain penganugerahan kekuasaan dan tugas pengaturan urusan manusia di seluruh dunia. Janji yang agung ini difirmankan Allah SWT dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Jika Allah dan Rasul-Nya sudah menjanjikan, lantas atas dasar apalagi kita meragukan kemenangan ini ?

Hizbut Tahrir sentiasa mengajak umat Islam untuk berkomitmen dalam memperjuangkan syariah dan Khilafah ini. Bukan hanya sedar dalam pengertian sekadar tahu, tetapi juga terlibat secara langsung dalam perjuangan ini dengan segala pengorbanannya. Ini kerana, kewajiban penegakan syariah Islam dan Khilafah adalah masalah kewajiban syari’i yang merupakan kesan dari keimanan seorang muslim. Ketiadaan Khilafah telah membuat banyak hukum Allah SWT yang terlantar. Ketiadaan Khilafah juga membuat umat Islam dalam keadaan berdosa - matinya seperti mati dalam keadaan jahiliyah - kerana tidak memenuhi kewajiban bai’at kepada Khalifah. Oleh itu, selagi khilafah belum ada, siapapun yang ingin lepas dari dosa besar ini mestilah terlibat dalam perjuangan penegakan syariah dan Khilafah.

Hizbut Tahrir juga sering menjelaskan cara untuk mewujudkan kembali Khilafah iaitu dengan cara mengikuti thariqoh (method) Rasulullah SAW. Yakni aktiviti politik berupa pembinaan (tatsqif) , membongkar makar penjajahan (kasyful khuththot), memuhasabah penguasa (muhasabah lil hukkam), dan meminta pertolongan dari ahlul quwwah (tholabun nushroh). Semua ini dilakukan secara fikriyah (pemikiran), siyasiyah (politik) dan la madiyah (tanpa kekerasaan).

Semua ini adalah perjuangan yang mulia yang memiliki pahala yang besar dari Allah SWT. Secara khusus Hizb menyerukan ahlul quwwah (para jeneral dan perwira tentera) untuk mendukung Hizbut Tahrir . Jadilah Anda semua kaum Anshar abad kini sebagaimana kaum Anshar pada zaman Rasulullah saw.! Tidakkah Anda semua rindu untuk mendapatkan kehormatan dan kemuliaan seperti yang diperoleh kaum Anshar yang mendukung Rasulullah SAW ? Sungguh, ‘Arasy ar-Rahman telah bergetar kerana kematian pemimpin Anshar, Saad bin Muadz ra. Baginda Rasulullah saw. bersabda: ‘Arasy ar-Rahman bergetar kerana kematian Saad bin Muadz (HR al-Bukhari dari Jabir ra).

Perjuangan semestinya belum selesai dengan berakhirnya bulan Rajab. Untuk para aktivis dakwah, tidak ada lain, mestilah tetap sabar dan ikhlas serta sungguh-sungguh dalam berdakwah. Sekali lagi, dakwah adalah soal keikhlasan, kesetiaan dan kesabaran membangun proses dalam membentuk kekuatan jamaah dan kesedaran umat. Untuk umat, juga tidak ada lain kecuali mesti secara sungguh-sungguh dan ikhlas mendukung dan berjuang bersama jamaah yang tegas hendak mewujudkan tegaknya syariah dan khilafah `ala minhaj nubuwwah. Ayuh bersama-sama Hizbut Tahrir, menegakkan Islam kaffah dengan ‪#‎Khilafah‬ `ala minhaj nubuwwah.

=========================

Laman rasmi Hizbut Tahrir Malaysia:

Facebook: htm1435
Facebook khusus Muslimah: mhtm1924
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment