Polis Wanita Somalia-AS Keluar Dari Pengajian Ijazah Kerana Larangan Memakai Hijab

Ismahan Isse (29 th), merupakan Polis Wanita Somalia-Amerika yang sedang mengikuti pengajian di Akademi Polis di Colombus, bahagian Ohio, Amerika Syarikat telah memutuskan untuk berhenti dari pengajiannya kerana adanya larangan memakai hijab (tudung / khimar) sepanjang beraktiviti.

Ismahan Isse, telah mendaftar sebagai anggota polis sedang mengikuti program pengajian ijazah bersekutu dalam jurusan Peradilan Jenayah (Criminal Justice).

Beliau mulai menyertai Akademi Polis Colombus pada bulan Disember pada tahun 2014. Namun pada 16 Mac yang lalu dia memilih untuk keluar dari institusi tersebut.

“Saya mengatakan kepada mereka, alasan utama saya adalah kerudung/hijab itu sendiri.” kata ibu kepada tiga orang anak itu, dilaporkan oleh media The Columbus Dispatch, Khamis (30/4), yang disiarkan dalam Mi’raj Islamic News Agency (MINA).

Menurutnya, dia ingin kembali mengikuti pengajian tersebut, tetapi baginya kerudung atau hijab itu merupakan identitinya sebagai Muslimah.

“Saya ingin tetap seperti ini, memakai hijab,” tambahnya.

Jabatan polis di bandar-bandar di AS sebenarnya telah mula membuka ruang untuk penempatan bagi calon-calon yang berhijab, kerana mereka cuba untuk meningkatkan pengambilan calon polis dari pelbagai lapisan masyarakat.

Berikutan dengan peristiwa ini, Datuk Bandar Ohio, Michael B. Coleman telah meminta pegawai keselamatan Columbus untuk menyemak kembali polisi bandar tersebut.

Coleman berpendapat bahawa polisi tersebut akan mempengaruhi pengambilan (recruitment) yang berikutnya, kata juru bicaranya, Tyneisha Harden. “Kami sedang berusaha untuk mempelbagaikan unit polis. Kami ingin melihat bagaimana bandar-bandar lain melakukannya,” ujar Harden.

Anggota Majlis Perbandaran Zach Klein, yang mengetuai keselamatan awam dan jawatankuasa kehakiman menyatakan bahawa, "Bandar ini perlu sentiasa berusaha untuk memaksimumkan kepelbagaian kerana tenaga kerja yang mencerminkan masyarakat "adalah salah satu penyelesaian yang banyak ke arah meningkatkan hubungan antara polis dan masyarakat," kata Klein.

Sementara itu, Juru cakap Anggota Polis Colombus, Denise Alex-Bouzounis mengatakan, pihak jabatan tidak membenarkan polis wanita bertudung atas dua alasan, iaitu: Pertama, semua petugas mesti berpenampilan sama dan seragam dan alasan kedua adalah untuk tujuan keselamatan. Menurutnya, Pegawai diperlukan, pada masa-masa, memakai topi keledar dan topeng gas, dan topeng gas tidak sesuai untuk tudung. Tudung atau selendang juga dikatakan boleh mengancam sebagai alat untuk mencekik pegawai terbabit.

Demikianlah bagaimana mereka menyimpulkan bahawa berhijab atau bertudung merupakan aspek kelemahan yang besar bagi pakaian seragam polis wanita. Keberanian Ismahan Isse meninggalkan akademi polis, dipandang sebagai gelombang baru yang melanda seluruh AS saat ini. Somalia Current menyebutkan, wanita-wanita Muslimah AS kini terus berjuang untuk mempertahankan identiti mereka, dan hal tersebut berterusan menjadi inspirasi kepada lebih banyak wanita untuk tetap mempertahankan prinsip identiti mereka.

Demikianlah cabaran bagi para Muslimah untuk bergiat aktif serta berkerjaya dalam sistem sekularisme dan demokrasi. Sistem yang berasal dari ideologi kufur ini sama sekali tidak mampu menjamin keadilan kepada para Muslimah dalam beragama. Bahkan, Muslimah terus-menerus menjadi bahan diskriminasi dan prejudis. Oleh yang demikian, Muslimah mestilah terus bangkit dan tidak boleh tunduk pada sistem kufur. Muslimah sendiri mesti memainkan peranan dalam melakukan perubahan besar iaitu menegakkan syariah dan khilafa `ala minhaj nubuwwah, demi kesejahteraan yang hakiki. Bukan sekadar untuk dirinya, bahkan juga untuk generasinya.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment