“Sungguh ikatan Islam akan terurai simpul demi simpul. Setiap kali satu simpul terurai maka manusia akan berpegang kepada simpul berikutnya. Simpul yang pertama terurai adalah pemerintahan dan yang terakhir adalah solat” [HR Ahmad].

Oleh sebab sistem pemerintahan Islam (Khilafah) sudah terurai, maka kita boleh melihat bagaimana sistem-sistem Islam yang lain turut terurai satu per satu.

Sistem demokrasi pada hari ini telah banyak membawa ketidakadilan dan malapetaka, maka amat rugilah mereka yang berjuang dalam sistem demokrasi ini kerana tidak ada apa yang dijanjikan oleh demokrasi kecuali kezaliman dan kerosakan. Inilah antara musibah yang menimpa umat Islam apabila urusan tidak disandang oleh orang yang sepatutnya, dan tidak dinaungi oleh sistem Islam yang hakiki iaitu Khilafah. Benarlah sabda Nabi SAW,

“Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat kehancurannya” [HR Bukhari].

Semoga Allah SWT memberi kesedaran kepada mereka yang ingin sedar.

Wallahua’lam.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment