Campaign Launch - Rohingya: Stateless at Sea or Part of Khairu Ummah

Krisis Muslim Rohingya sekali lagi mencuri tumpuan Malaysia dan Indonesia bahkan dunia amnya buat seketika. Selain dinafikan hak kewarganegaraan oleh rejim kejam Myanmar dan dipaksa hidup dalam kawasan penempatan yang umpama penjara, ribuan daripada mereka hanyut di tengah lautan dalam usaha melarikan diri dan mencari perlindungan dari kekejaman ekstremis Buddha dan rejum Myanmar.

Wanita-wanita dan kanak-kanak Islam ini tidak sepatutnya dipinggirkan dan dibiarkan 'terkapai-kapai di lautan tanpa negara'. Mereka merupakan sebahagian dari 'Khairu Ummah' seperti yang diiktiraf oleh Allah SWT, Pencipta manusia dan sepatutnya dilayan seperti status mereka yang tinggi. Negara Islam perlu mengiktiraf mereka sepenuhnya sebagai warganegara, memberikan mereka perlindungan dan tempat berteduh yang mereka selayaknya perolehi.

Nabi Muhammad SAW bersabda,

"Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, dia tidak akan berbuat buruk terhadapnya atau mengabaikannya..."

==================================================

Saksikan kenyataan media berkenaan Kempen Internasional: Rohingya di Lautan Tanpa Negara Atau Sebahagian Daripada Khairu Ummah dari Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir bahagian Muslimah

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment