Diskusi Meja Bulat Rohingya


[REPORT]

Kita adalah umat yang terbaik yang dilahirkan bagi manusia, di mana Rasulnya yang mulia telah mendirikan untuknya sebuah daulah dan entiti yang membawa Islam sebagai rahmat bagi sekalian alam. Nikmat agama ini telah sampai ke rumah-rumah kalian ini supaya manusia dapat menikmati keselamatan, keadilan dan kestabilan, kerana manusia tidak akan mengetahui maksud nilai-nilai yang hakiki kecuali di bawah naungan Daulah Islam, Daulah Khalifah ar-Rasyidah, dan kalian atas yang demikian itu termasuk kalangan orang yang menyaksikan.

Saudari-saudariku yang dimuliakan: Ia adalah satu realiti tragis yang dialami oleh umat Islam di mana-mana sahaja. Sejak kejatuhan Daulah Khalifah, bencana datang silih berganti ke atas umat ini. Di sana, ada bumi Isra’ dan Mi’raj yang telah dinodai oleh orang-orang Yahudi yang meracuni penduduknya dengan penyiksaan yang buruk. Di sana pula Syria, yang telah menjadi medan perang di mana pembunuhan beramai-ramai dilakukan tanpa hukuman balas. Juga, di sana ada Yaman, Iraq dan Libya yang telah diterjang oleh konflik mazhab hinggalah kita sampai ke Burma di mana saudara-saudara kita dari Rohingya, disamping mereka dibunuh dan dibakar hidup-hidup, disembelih dan secara paksa dihalau keluar dari negara mereka dan kerajaan Burma tidak mengiktiraf mereka. Mereka menghadapi risiko bahaya dan terkandas apabila negara-negara jiran menutup pintu-pintu, tidak menerima kedatangan mereka walaupun sebagai pelarian, dan juga pintu bantuan-bantuan kemanusiaan sangat diiri hatikan buat mereka.

Semua ini kerana negara Islam telah dipecah-pecahkan sehingga semua bergembira dengan apa yang ada pada mereka. Negara-negara Islam telah menjadi rebutan oleh kafir Barat yang dikuasai secara bergilir dek ketamakan dan dominasi mereka supaya ia tidak dapat berdiri lagi (sebagai sebuah negara) dan supaya mereka dapat menjauhkan kita dari agama kita jika mereka mampu berbuat demikian. Namun, mereka tidak sekali-kali akan menemukan jalannya, Insya-Allah, walau bagaimana besarnya tipu daya dan perancangan mereka ke atas kita.

Dalam ucapan saya ini, saya ingin mengetengahkan sebahagian kecil daripada penderitaan umat di negara Syam, dan saya akan lakarkan pada imaginasi kalian, gambaran menyeramkan yang dialami oleh kaum wanita dan kanak-kanak Syria disebabkan senjata peperangan yang kejam yang tidak terselamat darinya bayi yang masih menyusu, wanita tua mahupun syekh-syekh yang mulia. Mereka dibunuh dengan pelbagai cara termasuk dibom, diletupkan, ditembak, disembelih dan tidak dapat bernafas disebabkan oleh senjata kimia.

Saudari-saudariku yang dimuliakan: detik-detik pertama kesengsaraan bermula apabila para remaja mencabar sistem negara mereka (Baath). Mereka menulis di dinding-dinding, ungkapan yang telah menggoncang takhta dan kediktatoran pemerintah. Cetusan oleh kanak-kanak lelaki yang menolak penghinaan dan merasakan kebebasan dengan revolusi orang lain dan menghidupkan detik-detik itu di hadapan mata Mesir dan Tunisia, yang telah mendahului mereka memecahkan takhta pemerintah-pemerintah kejam. Mereka mendengar suara-suara yang mengingatkan mereka pada suara-suara mereka yang tertahan dan tersekat. Mereka mencetuskan sorak-sorai kegembiraan (tiada bagi kami, selain-Mu ya Allah) di ruang-ruang udara Syria di Syam, di celah-celah lorongnya, dan antara ceramahnya adalah mengenai Syam lama yang dibina pada masa kepahlawanan dan kegemilangan sejarah. Untuk memulakan cerita dengan paparannya yang bercampur-aduk dengan darah para syuhada’ dan rintihan duka orang-orang yang berkabung dan anak-anak yatim, serta puluhan mangsa pembunuhan yang meragut nyawa ratusan orang awam, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita sebagai penyembelihan ‘juling’ kerana di antara mangsa-mangsanya merupakan 32 orang kanak-kanak di bawah usia sepuluh tahun, dan pembunuhan beramai-ramai warga Banias yang mengorbankan tidak kurang daripada 150 orang, termasuk wanita dan kanak-kanak yang terbunuh dalam masa beberapa hari oleh tembakan peluru berpandu dan peluru-peluru senapang, mahupun disembelih dan dibakar hingga mati. Semua laporan yang dikeluarkan mengesahkan bahawa semua pembunuhan yang dilakukan oleh rejim yang zalim ini adalah secara massal dan disengajakan.

Penderitaan wanita bukan sahaja di Syria kerana dibunuh, tetapi telah tertulis pengorbanan yang besar. Mereka adalah ibu kepada syahid, saudara perempuan kepada syahid dan isteri kepada syahid. Selain ramai orang yang telah ditangkap dan dirogol dalam usaha keras untuk memaksa dan mendorong mereka menyerah dan menggalakkan para pemberontak supaya berundur. Ditambah pula dengan kehilangan tempat tinggal dan terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain, atau terpaksa menempati kem-kem penginapan dan mengharungi ombak laut dalam perjalanan hijrah tanpa izin ke negara-negara lain untuk mencari keselamatan dan kehidupan yang sempurna. Kaum wanita dan anak-anak mereka terpaksa mengharunginya setelah kehilangan pencari nafkah yang telah dibunuh atau ditangkap dalam penjara-penjara yang penuh penghinaan dan penyiksaan.

Empat tahun berlalu dan anak-anak Syria tertanam hidup-hidup di bawah runtuhan, dan loceng kematian menghantui nyawa-nyawa mereka yang tidak berdosa di setiap saat. Gambaran yang cantik telah menjadi sirna dalam imaginasi mereka selepas digantikan dengan gambaran paling hodoh kerana konflik yang menjadikan mereka sama ada tersangkut menunggu untuk mati terkena hentaman bom barrel yang jatuh di atas rumah-rumah mereka, atau menjadi pelarian di tanah air baru yang kekurangan keperluan asas kehidupan. Sejumlah besar dari mereka mati setiap hari kerana menjadi mangsa kekurangan makanan, air dan ketiadaan penjagaan kesihatan yang diperlukan. Kami tidak akan lupa bayi-bayi yang meninggal dunia disebabkan cuaca yang amat dingin apabila ribut salji yang pertama melanda beberapa negara di wilayah Syam dan menerbangkan dedaunan kayu ara. Pemerintah-pemerintah kita yang rosak ini menyangka ia adalah penutup kepada penipuan mereka, tetapi telah tersingkap perbuatan dan hakikat sebenar diri mereka itu bahawa mereka tidak pernah menjadi syurga bagi bayi kecil atau seorang janda atau orang tua yang terpaksa menumpahkan air mata atas keadaan anak-anak dan cucu-cucunya.

Empat tahun dan dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai, penyembelihan dan penyeksaan di penjara rejim kejam .. Lihatlah angka-angka itu yang terus meningkat setiap masa.

Wahai saudari-saudari: Kita kini mendengar suara-suara merintih meminta bantuan dan pertolongan mengisi sebahagian besar penjuru negara-negara Islam dan sampai kepada kita melalui udara. Ia tidak untuk kita tangisi meskipun hati kita pedih dan penuh kesedihan melihat pemandangan yang telah menimpa kita yang amat menyayat hati dan membakar jiwa kita. Bahkan kita perlu berusaha dengan serius untuk melakukan perubahan. Penderitaan umat berulang kali terjadi bukan sahaja di negara yang dihuru-harakan oleh alatan perang yang merosakkan dan menzalimi manusia, seperti yang terjadi di Iraq, Yaman dan Libya, bahkan di negara-negara yang meneruskan dasar penghapusan etnik akibat kebencian yang mendalam terhadap Islam dan umat Islam. Orang-orang Yahudi membunuh kanak-kanak Gaza, yang kian memuncak dalam perang baru-baru ini kerana meragut nyawa hampir 538 kanak-kanak dan mencederakan lebih daripada 3 ribu orang lain. Sementara di Republik Afrika Tengah, di mana seramai 2, 300,000 kanak-kanak menerima kesan akibat konflik bersenjata, kerana perang di sana telah menyebabkan perekrutan kira-kira 10 ribu kanak-kanak untuk menjadi tentera pada tahun 2014, manakala lebih daripada 430 kanak-kanak terdedah pada pembunuhan atau gangguan, dengan peningkatan 3 kali ganda dari apa yang terjadi pada tahun 2013. Manakala di Iraq, lebih daripada 2,700,000 kanak-kanak telah terjejas oleh rasa tidak selamat manakala 700 ribu kanak-kanak di Syria dan Iraq terbunuh dan tercedera pada tahun ini. Begitu juga, sekatan yang dikenakan ke atas umat Islam di China (Timur Turkestan) dan penjara-penjara rejim kejam Uzbekistan yang dipenuhi dengan orang Islam. Kita juga tidak lupa pada penderitaan lebih daripada 25 ribu orang, wanita dan kanak-kanak Rohingya Islam yang terperangkap di laut, cuba untuk melarikan diri dari neraka penindasan, perkauman dan pembunuhan di Burma. Semua itu adalah saksi dan bukti yang jelas terhadap kebencian yang amat nyata oleh kafir Barat.

Saudari-saudariku yang dimuliakan: Sesungguhnya apa yang berlaku di negara-negara Islam berupa tragedi dan musibah tidak jauh dari fakta kezaliman para pemerintah yang bercampur dengan kebencian sampai ke peringkat maruah manusia tersingkir dan tidak wujud dalam kamus amalan politik mereka. Bahkan, ketundukan dan redha dengan kerendahan, sikap berdiam diri serta penghinaan dijadikan pra-syarat, dan bahkan menjadi tiang-tiang asas bagi kepentingan pemerintah-pemerintah yang zalim ini. Mereka meningkatkan jurang antara umat Islam yang satu itu dan membantu untuk membangkitkan api fitnah dan hasutan dalam kalangan mereka, termasuk membangkitkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat mereka terhadap saudara mereka yang lemah dan tidak berdaya, yang mencari perlindungan kepada mereka. Mereka menjadikan umat Islam seolah-olah bergantung kepada mereka atau mereka itulah yang menentukan rezeki umat Islam.

Lebih teruk lagi, apabila ditanam dalam minda rakyat bahawa kerosakan, keganasan dan ekstremisme muncul dari kalangan orang-orang pelarian dan mengumpulkan mereka bersama adalah satu ancaman kepada keselamatan awam. Oleh itu, beberapa negara sengaja tidak menerima pelarian atau meletakkan kawat berduri di sekitar kem mereka untuk menghalang mereka bercampur dengan rakyat asal seolah-olah mereka adalah wabak yang mesti dikurung dan dihalang daripada merebak untuk mengurangkan gejala-gejala yang boleh membawa maut !! Tidakkah kalian tahu wahai para pemerintah, bahawa perhitungan Allah adalah amat sukar dan usia kalian berlalu dengan cepat? Kembalilah kepada agama kalian yang kalian dakwa beriman dengannya dan menganutinya. Apa yang kalian lebih perlukan wahai orang-orang yang zalim dari mengambil pelajaran atas semua ini? Meski berapa panjang pun tempoh pemerintahan kalian, ia sebenarnya pendek berbanding usia umat yang agung ini.

Para pemerintah adalah boneka negara jajahan yang diketuai oleh Amerika, yang terpaksa menyembunyikan matlamat sebenarnya kerana ia terselindung di sebalik konsep-konsep dan istilah-istilah popularnya. Pada zahirnya ia seperti suatu rahmat sedangkan di sebaliknya dan dari hatinya adalah azab. Ya, Amerika tidak sama sekali berminat dengan kepentingan umat Islam. Perlakuannya tidak dapat dinafikan lagi. Apa yang telah dilakukan dan sedang ia lakukan dengan menghantar bala tentera ke Iraq dan Afghanistan, menjadi saksi paling jelas. Ini tiada lain merupakan penjajahan ekonomi terhadap kekayaan rantau ini, terutamanya minyak. Begitu juga, sokongan yang tidak terhad kepada entiti Yahudi, perampas Palestin.

Bagi Amerika, supaya projek penjajahannya yang tiada penghalangnya itu dapat dijayakan, ia terpaksa menampilkan dirinya sebagai sangat berminat dan turut bersedih atas kemerosotan keadaan dan situasi politik dan ekonomi wilayah Islam. Ia lalu melancarkan slogan popular seperti; kepentingan untuk mencapai keadilan sosial atau dialog antara agama selain susunan fail-fail hak asasi manusia dan memberi laporan berterusan untuk menunjukkan bahawa mereka terus gigih dalam memberikan perhatian terhadap penderitaan kita selain kumpulan kenyataan dan sikap-sikap pseudo-kemanusiaan yang merupakan ciri khusus pada ideologi kapitalisme yang berdiri atas keuntungan material semata-mata, yang tidak mementingkan adat, agama, akhlak mahupun teladan. Bahkan, asasnya adalah pemisahan agama dari kehidupan.

Saudari-saudariku yang dimuliakan: Sesungguhnya realiti yang dihadapi oleh umat Islam, adalah realiti luar biasa, yang tidak diredhai oleh Allah dan Rasul-Nya. Ia perlu diubah secepat mungkin supaya umat Islam dapat hidup dalam keadaan yang baik yang sesuai dengan cara yang diredhai Allah SWT buat mereka. Supaya umat kembali sebagai umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia seperti dahulu, Islam perlu diterapkan dan disebar kebaikan dan petunjuknya kepada seluruh umat manusia. Dengan demikian akan menyinarlah cahayanya di segenap alam.

Dan tidak lama lagi, Insya-Allah, akan terhasillah usaha-usaha orang-orang yang ikhlas untuk mendirikan Daulah Islam yang akan berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, iaitu Daulah Khilafah ar-Rasyidah kedua atas metod kenabian, yang akan memulakan fungsinya serta-merta untuk membebaskan umat dari dominasi Barat, serta mengisytiharkan jihad untuk membebaskan Palestin dan seluruh wilayah-wilayah Islam yang terjajah. Diteruskan dengan membawa risalah Islam ke seluruh dunia di bawah panji-panji Rasulullah saw. Maka akan lenyaplah sempadan politik yang terlaknat yang telah dilakar oleh perjanjian Sykes-Picot bersama sekutu-sekutunya para konspirator penjajah. Umat akan kembali menjadi satu, yang dengan perpaduan dan penyatuannya akan berhadapan dengan gergasi Amerika dan gergasi Kesatuan Eropah Muslim. Umat Islam sepertimana yang diterangkan oleh Rasulullah saw: «umat yang satu, yang berbeza dari komuniti manusia yang lain».

Sister Ranaa Mustofa
Ahli Pejabat Media Pusat Syam


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment