Diskusi Meja Bulat Rohingya

[REPORT]

Sesi tandatangan deklarasi sokongan terhadap wanita dan kanak-kanak Rohingya
Kami, yang bertanda tangan di bawah mengutuk penindasan yang semakin meningkat, polisi menindas dan kekejaman yang sedang saudara Rohingya seIslam kami hadapi di Myanmar dan negara-negara di sekitarnya, dan mengisytiharkan seperti berikut:

1. Sebagai wanita Islam, kami menegaskan bahawa orang-orang mukmin adalah satu Ummah dan mesti bersatu dan tidak boleh dibahagikan dengan sempadan atau jarak, kerana Allah (swt) berfirman,

إن هذه أمتكم أمة واحدة وأنا ربكم فاعبدون

“Sesungguhnya (agama tauhid) ini adalah agama kamu semua; agama yang satu dan Aku adalah Tuhanmu, maka sembahlah Aku.”

Oleh itu, kami mengakui bahawa masalah saudara Rohingya kami adalah masalah kami semua; bahawa kami menyokong perjuangan mereka; dan bahawa kami mempunyai kewajipan dalam Islam untuk melindungi dan memberikan mereka tempat perlindungan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah (saw):

«المسلم أخو المسلم, لا يظلمه, ولا يسلمه, ومن كان في حاجة أخيه, كان الله في حاجته»

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh). Barangsiapa yang membantu keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi keperluannya.” [HR Muslim]

2. Umat Islam di seluruh dunia adalah bersaudara. Darah mereka adalah satu, dan mereka adalah erat umpama tangan menggenggam tangan satu lagi sepertimana yang sabda Rasulullah (saw):

“Darah sesama muslim adalah setara. Mereka satu tangan (kekuatan) dalam menghadapi musuh mereka. Orang-orang yang terbawah berusaha menjaga zimmah (perjanjian) mereka. Orang-orang yang teratas memberi mereka perlindungan.” [HR Abu Dawud, Ibn Majah dan an-Nasaiy]

Oleh itu, kesucian darah yang tertumpah di Syria sama dengan kesucian darah yang tertumpah di Afrika Tengah; ia juga sama dengan kesucian darah saudara kami di Palestin, dan juga sama dengan kesucian darah saudara kami di Rohingya.

3. Kami mencela keengganan kerajaan di Negara umat Islam untuk campur tangan di Myanmar bagi melindungi kaum Rohingya dan untuk menyediakan bagi mereka yang lari dari penindasan perlindungan sepatutnya dan kehidupan yang terhormat. Kami menolak sistem yang tidak Islami iaitu sistem nasionalis, kapitalis di Negara-negara ini dan sempadan rekaan penjajah Barat yang dikenakan ke atas tanah kami yang telah menyebabkan umat Islam diabaikan di saat mereka memerlukan bantuan; dan kami menyeru supaya membunag sistem-sistem ini. Kami juga menuntut supaya kerajaan di Negara umat Islam memutuskan semua hubungan dengan si penjenayah diktator Myanmar , menyelamatkan orang-orang Rohingya yang melarikan diri dari penganiayaan, dan menyediakan bagi umat Islam yang ditindas ini perlindungan dan hak-hak kewarganegaraan yang sewajarnya.

4. Kami menolak kepercayaan bahawa masyarakat antarabangsa boleh membantu menyelesaikan krisis ini. Melalui pujian dan pengukuhan hubungan ekonomi dengan pemerintahan diktator Myanmar sepanjang kempen keganasan terhadap umat Islam Rohingya, kerajaan-kerajaan kapitalis itu telah menunjukkan sekali lagi bahawa keutamaan mereka terletak pada mengukuhkan kepentingan kewangan mereka melebihi keutamaan melindungi nyawa manusia dan kehormatan. Kami juga menolak idea bahawa saudara Rohingya kami boleh diselamatkan oleh ASEAN, yang hanya selama ini berkhidmat sebagai alat imperialis kerajaan penjajah Barat untuk meneruskan hasrat ekonomi mereka di rantau ini. Tambahan pula, kami telah menyaksikan kegagalan dan keengganan institusi seperti Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk melindungi kehidupan umat Islam yang tertindas di Syria, Palestin, Afrika Tengah dan di tempat lain. Oleh itu, kami tidak meletakkan kepercayaan mahupun harapan pada masyarakat antarabangsa untuk hentikan penganiayaan, tumpahan darah dan penderitaan mengerikan yang dialami oleh saudara-saudara kami di Myanmar atau di tempat lain.

5. Kami menegaskan bahawa penegakan Khilafah berdasarkan metod kenabian merupakan satu-satunya penyelesaian sebenar kepada penindasan yang dihadapi oleh kaum Rohingya dan umat Islam lain di seluruh dunia. Negara inilah yang akan mewakili kepentingan sebenar umat Islam dan agama Islam kerana ia didasarkan pada hukum-hukum dari Allah (swt) . Oleh itu, hanya Negara ini sahaja yang diwajibkan untuk membuka sempadannya kepada semua umat Islam yang ditindas; memberikan mereka perlindungan, hak, dan tempat tinggal sebagai warganegara sepenuhnya di Negara tersebut; dan menggerakkan tenteranya tanpa teragak-agak untuk mempertahankan dan menyelamatkan orang mukmin yang ditindas tidak kira di mana mereka berada. Oleh itu, kami berikrar di hadapan Allah (swt) untuk bekerja dengan penuh komitmen dengan Hizbut Tahrir, mengerahkan usaha terbaik kami dan memanfaatkan semua tenaga kami untuk menubuhkan Negara Khilafah yang mulia ini yang akan menyatukan Negara-negara kami, melindungi orang beriman dari musuh-musuh mereka, dan mewujudkan keselamatan, perlindungan dan kehidupan terhormat kepada wanita dan kanak-kanak Rohingya dan seluruh ummah ini.




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment