[EDISI KHAS] FIKRATUL UMMAH JUN 2015


Muqaddimatul Kalam

Assalamua’laikum warahmatullahi wa barakatuh....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya jua dapat kita menikmati lagi kehidupan di dunia yang merupakan ladang untuk menyemai amalan sebagai bekal hidup di akhirat kelak. Alhamdulillah juga kerana pembaca sekalian masih setia mengikuti keluaran bulanan FU untuk bersama-sama meluruskan cara pandang hidup kita sesuai dengan syariat Islam.

Sidang pembaca yang dimuliakan,

Sudah menjadi satu acara wajib dalam kalendar Malaysia, sambutan bulan kemerdekaan akan dirai mulai pertengahan Ogos sehinggalah ke pertengahan September dan semangat yang dibawa tetap sama sehingga sekarang iaitu patriotisme dan nasionalisme. Saban tahun kedua-dua semangat ini semakin digilap dan disuburkan di mana sasaran utama adalah golongan muda pasca merdeka yang dikatakan sudah hilang semangat cintakan negara dalam diri mereka kerana kurangnya penghayatan terhadap sejarah negara sekaligus melupakan jerit perih generasi sebelum merdeka yang berjuang mendapatkan kemerdekaan untuk tanah air tercinta. Ini ditambah lagi dengan sambutan Hari Malaysia pada tanggal 16 September untuk memperingati sejarah penubuhan negara persekutuan Malaysia.

Sejarah dan sambutan kemerdekaan bukanlah alasan untuk menyuntik semangat patriotisme dan nasionalisme dalam minda generasi muda. Apa yang perlu difahami oleh seluruh umat Islam terutamanya generasi muda ialah maksud sebenar ‘nasionalisme’ dan ‘patriotisme’ itu sendiri. Oleh itu, kupasan utama FU bulan ini mengajak pembaca sekalian untuk memahami realiti serta akibat daripada penyuburan semangat nasionalisme dan patriotisme ini.

Mudah-mudahan kita semua dipelihara oleh Allah S.W.T dengan kemampuan melihat kebenaran sebagai kebenaran dan kebatilan sebagai kebatilan kerana Allah S.W.T telah berfirman,

Kewajipan Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan dan Allah mengetahui apa yang kamu zahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. Katakanlah: ‘Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertakwalah kepada Allah wahai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan’” [TMQ al-Ma’idah (5): 99-100].

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment