Motivasi Ramadhan ke 8: Khilafah Merupakan Projek Yang Mendapat Petunjuk Dengan Sebenar-Benarnya...

Motivasi Ramadhan ke 8: Khilafah merupakan projek yang mendapat petunjuk dengan sebenar-benarnya demi kebangkitan yang baik bagi umat manusia secara keseluruhan.

Pelaksanaan Deen yang benar adalah melalui kaedah (method) Khilafah. Ia tidak akan membawa kemakmuran kepada keseluruhan umat semata-mata, sebaliknya ia akan menjadi isyarat cahaya bagi orang melarat dan ditindas di seluruh dunia, bahkan juga orang-orang yang tertindas di jalan-jalan di London dan New York akan membantah terhadap sistem kapitalis yang menindas! Kini telah tiba masanya kekuasaan yang menindas akan berakhir dan Khilafah akan didirikan selaras dengan khabar gembira Rasulullah (saw):

ثم تكون ملكا جبرية فتكون ما شاء الله أن تكون ثم يرفعها إذا شاء أن يرفعها ثم تكون خلافة على منهاج النبوة

"Kemudian akan ada kekuasaan yang menindas, dan ia akan berlangsung selama Allah kehendaki, dan kemudian Allah akan mengangkatnyia (iaitu mengeluarkannya) apabila Dia berkehendak mengangkatnya. Kemudian akan ada Khilafah di atas manhaj kenabian. " [HR Ahmad]
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment