Amerika Dan Percubaan Campurtangan Tentera Di ‪‎Libya‬

Amerika Syarikat tidak mempunyai medium politik di Libya, kebanyakan mereka adalah agen British dan kepada orang-orang di sekeliling mereka dan di bawah naungan mereka beberapa gerakan Islam yang tidak sedar akan helah politik dan hasil yang menyedihkan ... Maka, Amerika bergantung kepada tindakan ketenteraan , jadi Haftar dipilih dan mendapat sokongan dari Mesir, Obama juga meminta Kongres untuk memberi kuasa kepadanya untuk menjalankan tindakan ketenteraan dalam keadaan tertentu. Permintaan ini tidak menolak campur tangan di Libya, keadaan di Libya adalah kritikal, agensi Reuters pada 23/2/2015 melaporkan bahawa Obama menghantar surat kepada Kongres dan menyatakan,

"Keadaan di Libya terus menimbulkan ancaman yang luar biasa kepada keselamatan negara dan dasar luar Amerika Syarikat. "


Apa yang difahami dari mesej Presiden Amerika kepada Kongres ialah kedudukan Amerika Syarikat di Libya adalah kritikal atau dalam keadaan bahaya, iaitu kedudukannya tidak lagi kukuh di Libya dan ejen-ejennya tidak kuat. Ini berdasarkan pergerakan Haftar yang hampir lumpuh, mereka telah diusir dari kota Tripoli dan tidak dapat kembali ke sana, walaupun beberapa bulan sudah berlalu, mereka juga tidak dapat mengawal Benghazi. Oleh itu, campur tangan tentera adalah untuk menjaga kepentingan Amerika dan menyelamatkan para tali barutnya supaya terus dapat menjalankan tugas mereka. Kerana itulah, apabila pembunuhan Coptics berlaku dalam keadaan ini, Mesir mengambil peluang untuk mengeksploitasi dan bergegas cuba untuk mengambil mandat antarabangsa untuk campur tangan di Libya atas alasan untuk memerangi keganasan dan dendam untuk membunuh rakyatnya. Campur tangan tentera Mesir pada 16/2/2015 telah memberikan nafas baru bagi Haftar dan pengikut-pengikutnya, dan mereka telah terus diperkukuhkan dan nampaknya harapan bagi penyelesaian politik di Libya semakin malap.

Sumber asal dalam bahasa Arab: Ata Abu Alrashtah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment