Amerika, Houthi Dan Iran

Amerika telah menyokong Houthi melalui Iran dengan pelbagai jenis senjata dan peralatan ketenteraan supaya mereka mampu mengawal Yaman menggunakan kekerasan. Ini kerana, Amerika memahami bahawa persekitaran politik (di Yaman) pada kebiasaannya adalah buatan British.


Begitulah, Houthi menganggap bahawa mereka mempunyai kekuatan yang mampu mengawal Yaman. Kerana itu mereka mengepung Presiden Hadi supaya mampu memperoleh dari Presiden apa yang mereka inginkan melalui undang-undang yang dikeluarkan oleh Presiden. Presiden Hadi sebelum ini bersetuju, tetapi kemudian menunda-nunda pelaksanaannya. Kerana itu Houthi kemudian mengenakan tahanan rumah terhadap Hadi. Namun kemudian, Presiden Hadi boleh terlepas dan pergi ke Aden. Houthi boleh menyusul Hadi, tetapi Hadi dapat terlepas semula untuk kedua kalinya.

Begitulah harapan dan destinasi yang dituju terasa semakin jauh bagi mereka. Mereka tersebar di wilayah tanpa pengasuh yang menerima mereka, kecuali para pengikut Saleh yang berjalan bersama mereka supaya dapat berkongsi kuasa dengan mereka jika mereka berjaya mengalahkan Hadi, atau sebaliknya mengganggu mereka jika mereka gagal bahkan hingga jika mereka ditimpa oleh sesuatu kegagalan!

*** *** ***
Dipetik dari Kenyataan Media bertajuk: “Akhirnya, Pesawat-pesawat Para Penguasa Agen Bergerak. Namun, Ke Mana? Mereka Bergerak untuk Membunuh Kaum Muslim, Bukan untuk Memerangi Musuh!”

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment