‎Hijab‬ Di Parlimen Adalah Perubahan Untuk Para Perwakilannya Bukan Untuk Ummah!

BERITA:
Buat kali pertama dalam sejarah politik Turki, 21 perwkilan wanita mengangkat sumpah parlimen dalam keadaan memakai tudung. 18 perwakilan ini telah dipilih dari senarai Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) , manakala tiga yang lain telah dipilih dari Parti Demokrasi Rakyat (HDP).

Hari ini, Ravza Kavakçı Kan, perwakilan Parti Keadilan dan Pembangunan, Istanbul, mengangkat sumpah parlimen beliau dengan memakai tudung menyerupai tudung yang dipakai oleh kakaknya iaitu Merve Kavakçı ketika dia dihalang secara paksaan daripada mengangkat sumpah pada tahun 1999, diharamkan daripada mengamalkan politik dan kemudian dilucutkan taraf kewarganegaraan beliau.

ULASAN:
Ada yang merayakan hari ini sebagai permulaan tempoh baru di Parlimen Turki. Walau bagaimanapun ia bukanlah seperti apa yang ada di atas kepala para perwakilan tersebut - yang mana merupakan slogan yang sering digunakan oleh mangsa-mangsa bertudung pada zaman lalu di bawah pengharaman bertudung - tetapi apa yang ada di dalam kepala (minda) yang akan membuat perubahan.

Parlimen ini masih parlimen yang sama yang tidak dapat diramalkan, tidak tetap pendirian, bercanggah dan merupakan bentuk pentadbiran yang mengelirukan, di mana hak-hak dan undang-undang tertakluk kepada hawa nafsu orang-orang yang menentukan mereka. Maka mengambil bahagian dalam pentadbiran di dalam sistem yang mempertahankan pemisahan urusan dunia dari campur tangan Allah (swt), atau lebih-lebih lagi juga boleh melawan kuasa Allah (swt) adalah pasti tidak akan bertambah baik hasilnya. Walaupun seseorang itu dibenarkan memakai tudung di sana.

Ia adalah sistem yang sama yang menolak hukum-hukum Allah (swt). Ia adalah sistem yang sama yang membenarkan arak, riba, hubungan luar nikah sebagai kebebasan demokrasi; yang bertujuan untuk mewakili wanita di bawah nilai-nilai sekular kapitalisme melalui kesaksamaan gender dan nilai-nilai liberal, yang menggunakan wanita sebagai alat pengeluaran dalam sistem ekonomi kapitalis. Ia adalah sistem yang sama yang menghasilkan nilai-nilai yang tidak berperikemanusiaan yang membawa kepada kengerian betapa banyaknya kes keganasan dan pembunuhan dengan sengaja terhadap wanita. Dan ini adalah sistem yang sama yang menetapkan nilai-nilai nasionalisme di bawah penguasaan kuasa dunia kapitalis yang menghalang umat Islam di negara ini daripada mengambil tindakan yang benar terhadap musuh-musuh saudara Islam dan saudara di Syria dan di tempat lain. Ia adalah sistem yang sama yang memupuk parlimen ini yang menghasilkan para perwakilan Islam dan menteri-menteri yang membuat pertemuan perdamaian secara rahsia dengan Israel.

Tidak! Mampu untuk mengambil bahagian dalam sistem kufur demokrasi dengan atau tanpa hijab mungkin boleh menjadi perubahan kepada para perwakilan itu sendiri, namun ia pasti bukanlah perubahan untuk Ummah! Penyertaan ini sentiasa dan akan sentiasa menjadikan mereka yang masuk pintunya menjadi hamba kepada sistem ini semata-mata. Jadi, jika saudara-saudar kita di parlimen Turki yang menggelar diri mereka sebagai wakil-wakil wanita Islam dan lelaki di negara ini adalah jujur dalam bekerja untuk kepentingan ummah ini, maka mereka mestilah menerima jalan (method) Rasul Allah (saw). Beliau (saw) enggan untuk mengambil bahagian dalam apa-apa bentuk pemerintahan bukan Islam:

«والله لو وضعوا الشمس في يميني, والقمر في يساري على أن أترك هذا الأمر حتى يظهره الله, أو أهلك فيه, ما تركته»

"Demi Allah! Jika mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiri ku untuk meninggalkan misi ini, aku tidak akan berbuat demikian sehingga ia telah terbukti atau aku akan binasa dalam usaha ku untuk berbuat demikian . "

Oleh itu, sistem pentadbiran Khilafah Rashidah dengan cara kenabian adalah satu-satunya sistem yang bukan sahaja 'toleransi' nilai-nilai Islam dan tingkah laku, tetapi sebaliknya ia adalah satu-satunya sistem yang memastikan pelaksanaan setiap peraturan Allah (swt) dalam setiap aspek kehidupan. Pada masa yang sama sistem pentadbiran Islam ini akan memastikan bahawa mereka yang mengambil bahagian secara aktif dalam kehidupan politiknya akan tetap setia kepada nilai-nilai Islam. Dan nilai-nilai Islam seperti pemakaian tudung akan tercermin secara semulajadi dari sifatnya. Pada masa yang sama sistem yang mulia ini juga memastikan rasa hormat dan perlindungan bagi warga bukan Islam dalam kehidupan seharian mereka dan ibadah mereka - dan bukan mengikut kepentingan politik mereka sendiri sahaja, tetapi sebagai perintah yang tegas dari Allah (swt)! - Dan tanpa memaksa mereka untuk memperjuangkan hak-hak mereka.

وضرب الله مثلا رجلين أحدهما أبكم لا يقدر على شيء وهو كل على مولاه أينما يوجهه لا يأت بخير هل يستوي هو ومن يأمر بالعدل وهو على صراط مستقيم

"Dan Allah memberikan satu misal perbandingan lagi: Dua orang lelaki, salah seorangnya kelu pekak dari semulajadinya, tidak dapat menyatakan apa yang difikirkannya dan tidak dapat mendengar apa yang dikatakan kepadanya dan dia pula menjadi beban kepada orang yang menjaganya; ke mana sahaja dia diarahkan pergi oleh penjaganya, tak dapatlah dia membawa sesuatu yang berfaedah; adakah dia (yang demikian sifatnya) sama seperti orang (yang boleh berkata-kata serta dapat) menyuruh orang ramai melakukan keadilan dan dia sendiri pula berada di atas jalan yang lurus (jalan yang benar)?" (An Nahl, ayat 76)

Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh:
Zehra Malik
13 Ramadan 1436
2015/06/30

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment