Mengingati Syeikh Said Dan Saudara-Saudaranya Yang Dirahmati Oleh Allah, Yang Menyeru Dien Allah

(Terjemahan)

Sembilan puluh tahun telah berlalu sejak syahidnya Syeikh Said dan 47 saudara-saudaranya yang menyeru agama Allah dengan cara dieksekusi pada 25 Jun 1925. Hari ini, kita mengingatkan diri kita tentang Sheikh Said dan saudara-saudaranya yang menjadi syahid di samping kita memohon kepada Allah SWT untuk memberi mereka kebahagiaan yang kekal di akhirat kelak.

British, yang merupakan musuh umat Islam dan pemimpin penjajahan lama yang memecah negara-negara umat Islam pada akhir Kekhilafahan Uthmaniyyah, berjaya menarik beberapa anak-anak umat Islam ke arah itu, dengan merekrut mereka dan menjadikan mereka agennya. Pada masa itu, mereka mampu untuk mendapatkan sokongan para pengkhianat Arab dan Turki untuk memusnahkan Negara Islam, Negara Khilafah.


Setelah kehancuran Khilafah pada 3 Mac 1924, Republik Sekuler diumumkan dan sistem Khilafah dihapuskan serta-merta dan digantikan oleh sistem yang korup dan kafir yang berasal dari barat yang kemudian diterapkan. Hasil daripada perpecahan dan pembahagian negeri-negeri umat Islam yang telah berada di bawah naungan pemerintahan Islam selama tiga belas abad dan sebagai akibat dari penghapusan Khilafah, sebahagian ulama yang ikhlas dan sedar bertemu untuk membincangkan penyelesaian kepada keadaan ini. Ini dilakukan oleh Sheikh Said Afandiy yang berasal dari kalangan ulama terkemuka sehingga beliau dengan cepat mengumpulkan para ulama di wilayah itu setelah penghapusan Khilafah dan pengisytiharan republik Turki. Beliau mengumumkan pemberontakan dan kesediaannya untuk berjuang sebagaimana yang diperintahkan oleh hukum syara’ yang berdasarkan hadis Rasulullah (saw):

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ وَيُتَّقَى بِهِ

“Sesungguhnya Imam adalah perisai. Engkau berperang dibelakangnya dan mendapat perlindungan.”

Ini disebut dalam teks-teks yang memerintahkan untuk memerangi para penguasa ketika Al-kufur Al-Bawaah (yang kafir secara terang-terangan) dan merupakan manifestasi dari hal itu. Para penguasa yang merupakan musuh-musuh Islam dari sejak itu berusaha untuk menipu pandangan rakyat Turki supaya percaya bahawa pemberontakan Sheikh Said sebenarnya adalah pemberontakan Kurdish kerana mereka takut bahawa dakwah Syekh Said akan diterima di kalangan umat Islam dan memberikan kepadanya sokongan yang lebih besar. Ini dilakukan semasa mereka menyebarkan pembohongan ke wilayah-wilayah Islam lain dengan mengatakan bahawa pemberontakan ini dilakukan demi negara Armenia.

Pemberontakan itu dihancurkan oleh negara sebelum mereka dapat mencapai tujuannya dan Sheikh Said dan saudara-saudaranya dieksekusi pada tarikh 25 Jun 1925. Kemudian setelah menghapuskan pemberontakan ini, Republik Turki melancarkan kempen penindasan yang sangat luas dan kejam terhadap para ulama dan umat Islam yang ikhlas terutamanya terhadap umat Islam Kurdish. Para ulama digantung dengan tali di leher mereka di tempat-tempat awam, pembunuhan beramai-ramai berlaku di kampung-kampung, di mana orang Islam mati di dalam penjara, keluarga mereka dipaksa berpindah dari negeri mereka dan menjadi sasaran dicerai-beraikan dan dipecah-pecah. Kemudian apabila Republik Turki gagal untuk menjauhkan umat Islam Kurdish dari Islam dan Ahkaam (Hukum Syariah) walaupun mereka melakukan segala jenis penindasan dan hukuman kepada orang Islam, mereka mula menjadikan non-Muslim sebagai wakil rakyat Kurdish dan masalah Kurdish. Jadi mereka cuba untuk menyebarkan fitnah dan perpecahan dalam persaudaraan dan akibatnya sungai darah mengalir di antara mereka selama bertahun-tahun.

Ketika ini juga gagal untuk mencapai hasil yang diinginkan, mereka kemudian mula menipu umat Islam Kurdish dengan cuba menjauhkan mereka dari Islam dengan cara menerapkan sistem demokrasi yang busuk, rasuah dan tidak bermoral. Jadi negara pembunuh yang menindas semalam, pada hari ini cuba untuk menyembunyikan wajah gelapnya yang buruk dan untuk mempercantik wajahnya di mata umat Islam Kurdish dengan mengeksploitasi demokrasi. Dengan topeng demokrasi mereka berusaha untuk menjauhkan umat Islam dari nilai-nilai Islam dan budayanya menuju pembaratan dan pembebasan, sebagaimana yang mereka dakwa.

Negara berbuat demikian dengan mengeksploitasi parti-parti politik dan orang-orang yang tidak mewakili umat Islam Kurdish sama ada pada masa lalu atau pada masa sekarang. Ini kerana mereka yang mewakili umat Islam Kurdish ialah Sheikh Said dan saudara-saudaranya yang mengorbankan dan memberikan nyawa mereka untuk Islam dan Khilafah di samping merekalah yang mengambil dan membawa amanah ini sehingga mereka meninggal dunia. Sheikh Said bukanlah seorang agen untuk pihak asing dan dia tidak mengambil bahagian dalam persatuan-persatuan nasionalis. Sebaliknya beliau adalah seorang yang memegang masalah dan masalah itu adalah Islam dan Khilafah.

Sheikh Said berkata dalam perjalanannya ke tali gantung: “Jika aku pergi keluar pada jalan Allah dan demi agamanya-Nya maka aku tidak akan takut untuk hanya digantung pada tiang gantungan ” dan dia pergi dan memberontak demi Khilafah di mana penerapan Syariat Islam boleh dicapai. Beliau menyeru kaum Muslim untuk melakukan dan berkorban demi Khilafah: “Khilafah menanti anda, tidak ada Islam tanpa Khilafah, seruan dan slogan anda adalah Dien jadi tuntutlah Syariah”.

Dan pada hari ini cucu Sheikh Said bekerja untuk slogan itu dan seruannya adalah dengan mencabar pemikiran nasionalisme yang menggunakan kaum kafir Barat sebagai alat untuk memecah belah negeri-negeri umat Islam. Dan memang ia adalah kewajipan pada hari ini untuk melakukan usaha yang maksimum dan tanpa mengenal penat lelah demi menegakkan Khilafah Rashiyah yang berjalan mengikut metod kenabian. Ini dilakukan walaupun semua rancangan kotor yang dibuat oleh parti-parti politik untuk menjauhkan umat Islam Kurdish dari Islam dan nilai-nilainya dan berjuang untuk menerapkannya melalui demokrasi bebas, institusi-institusinya dengan bekerjasama dengan Negara. Jadi Khilafahlah yang merupakan negara yang akan menyatukan semua umat Islam sama ada mereka Kurdish, Turki, Arab atau orang lain di bawah Rayah (panji) Islam.

Ini adalah sebuah negara yang ingin dibuat oleh Sheikh Said dan saudara-saudaranya dengan pengorbanan dan dengan memberikan nyawa mereka. Ini adalah negara yang telah diamanahkan oleh Rasulullah (Saw) sebagai amanah di leher kita yang menggambarkan diri kita sebagai orang Islam, seperti pada Sheikh Said dan saudara-saudaranya, semoga Allah memberi rahmat kepada mereka.

Pejabat Media Hizbut Tahrir
Wilayah Turki

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment