Motivasi Ramadhan KeSebelas: Islam Bermula Sebagai Sesuatu Yang Asing

Islam bermula sebagai sesuatu yang asing dan akan kembali sebagai sesuatu yang asing sebagaimana ia bermula.

Khabar gembira kepada orang-orang yang asing. Siapakah mereka? Merekalah orang-orang yang memperbetulkan apa yang telah manusia rosakkan !


Sahl bin Saad As- Saa'ady berkata: Rasulullah (SAW) berkata :

“Islam bermula dalam keadaan asing dan ia akan kembali sebagai sesuatu yang asing seperti mana ketika ia bermula. Maka beruntunglah (Tooba /khabar gembira) kepada orang-orang yang asing (Al-Ghurabaa’) "

Mereka berkata : Wahai Rasulullah , Siapakah mereka Ghurabaa' (orang-orang asing itu) ?

Beliau SAW berkata : " Orang-orang yang bekerja untuk membetulkan apabila manusia melakukan kerosakan. "

Oleh itu Ghurabaa ' ( asing ) bukan dari para Sahabat kerana mereka ( para Sahabat ) tidak datang selepas orang-orang yang merosakkan thariqah Nabi SAW (method Nabi SAW) dalam kehidupan mereka. Sedangkan para sahabat (semoga Allah merahmati mereka), tidak pernah merosakkan dan korup terhadap manusia di zaman mereka, dan bahkan mereka sendiri bukanlah orang-orang yang rosak dan korup.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment