Motivasi Ramadhan Ke-23

Khilafah adalah Ucapan Allah 'Azza Wa Jalla yang sedang benar-benar dipenuhi:

قل هذه سبيلي أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعني وسبحان الله وما أنا من المشركين

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." [TMQ Yusuf (12): 108]

Setiap kali ideologi-ideologi muncul dan para pemikir tampil, mereka bercakap tentang sejarah yang tidak dapat dielakkan, berkenaan dengan pemikiran mereka sama ada sosialisme, Marxisme, demokrasi dan sekularisme, dan bahawa mereka sedang mewakili peringkat akhir dalam pembangunan manusia dan ketinggiannya atau pun mewakili 'pengakhiran sejarah '.

Namun idea-idea ini telah runtuh dan ada juga sebahagiannya telah hilang begitu sahaja. Manakala apa yang tinggal daripada mereka adalah sungguh mengejutkan dan hampir musnah disebabkan oleh sakit dan penyakit yang telah memusnahkan mereka. Pada masa itu tiada apa yang akan kekal selain daripada tegaknya Deen Allah dan jalan-Nya yang lurus.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment