Peranan Iran Di Rantaunya

بسم الله الرحمن الرحيم

Silsilah Jawaban asy-Syaikh al-‘Alim Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir atas Pertanyaan di Akun Facebook Beliau “Politis”

Jawapan Pertanyaan: Peranan Iran di Rantaunya,
Kepada Mais Bader,


Pertanyaan:

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.
Sayyidi asy-syaikh al-jalil, semoga Allah sentiasa melindungi dan memelihara anda. Soalan, Mengapa Amerika Syarikat membiarkan Iran membangun dengan pesat terutamanya pada kemampuan dalam memiliki pelbagai kelengkapan militer sehingga Iran akhirnya menjadi antara negara yang penting di rantaunya serta memainkan peranan yang turut mempengaruhi berbagai peristiwa di Iraq, Syria, negara Teluk serta kawasan-kawasan lain yang bergolak? Apakah polisi politik Amerika dalam tindakan sendirian Iran ini? Semoga Allah memberi balasan yang lebih baik kepada anda…

Jawapan:

1. Pendapat bahawa Iran bertindak secara bersendirian di rantau Timur Tengah ini adalah pendapat yang salah. Iran berjalan bersama Amerika dalam semua isu serantau… Iran adalah negara tumpuan dalam politik Amerika di rantau ini. Amerika bergantung pada Iran di Iraq, Syria, Yaman, Afghanistan, Lubnan dan lainnya… Orang yang memperhatikan dengan saksama aksi-aksi Iran, tentunya dia akan nampak perkara tersebut secara jelas. Bukan hanya seorang di antara para pemimpin Iran yang menyatakan bahawa kerjasama Iran dengan Amerika lah yang memungkinkan pendudukan (Amerika) di Afghanistan dan Iraq… Begitu juga dalam isu-isu lainnya.

2. Kami telah menerbitkan Soal Jawab pada 14 Syawal 1434 atau 21 Ogos 2013 dengan judul: “Realiti Iran Berkaitan Politik Amerika?” dan telah kami jelaskan dengan terperinci hakikat hubungan Iran dengan Amerika dan kerjasama Iran dengan Amerika dalam isu-isu serantau. Anda boleh merujuk kepada Soal Jawab tersebut untuk mengkaji apa yang ada di dalamnya. Dan saya akan kutipkan sebahagiannya, sebagai berikut:

(Semua aktiviti politik di rantau yang dilakukan Iran, semuanya berlaku sesuai dan sejalan dengan perancangan-perancangan Amerika:-

A- Di Lubnan, Iran mendirikan parti dari kalangan para pengikut mazhabnya dan membekalkan senjata kepada mereka sehingga menjadi pasukan bukan pemerintah di Lubnan yang terpisah dari ketenteraan Lubnan, dan rejim Lubnan pun mengakui kewujudannya dan kelengkapan persenjataannya. Perlu diketahui bahawa rejim Lubnan adalah rejim sekuler yang mengikuti politik Amerika. Rejim Lubnan tidak membenarkan parti-parti yang lain untuk menyandang senjata dan tidak mengiktiraf persenjataan parti-parti lainnya. Parti Iran di Lubnan mendapat dukungan rejim Syria yang bekerjasama dengan Amerika, sebagaimana yang dilakukan oleh Iran. Amerika tidak melarang rejim Lubnan membiarkan Partai Iran melakukan campurtangan di Syria untuk mendukung rejim sekuler Bashar Asad di sana. Bahkan terdapat persetujuan secara implisit daripada Amerika untuk parti ini masuk campur di Syria tanpa halangan daripada tentera Lubnan.

B- Ketika Amerika menduduki Iraq dan mendapat penentangan yang sengit, maka Iran masuk ke Iraq untuk membantu Amerika dengan mempengaruhi orang-orang yang bermazhab Iran untuk menghasut dan menghalangi tindakan mereka melawan pendudukan Amerika. Malah menjadikan mereka golongan yang melawan dan menentang perlawanan, dan seterusnya membenarkan pendudukan Amerika dan rejim yang didirikan di sana. Khususnya setelah tahun 2005, ketika Amerika mengizinkan gabungan parti yang mendukung Iran untuk menduduki tampuk pemerintahan dengan pimpinan Ibrahim al-Ja’fari dan seterusnya al-Maliki. Pemerintahan ini didirikan oleh Amerika dan terikat dengan Amerika. Pemerintahan al-Maliki yang didukung Iran menandatangani perjanjian-perjanjian keamanan dan perjanjian strategik dengan Amerika untuk menjaga kepentingan Amerika selepas berakhirnya pendudukan Amerika terhadap Iraq secara rasmi. Hal itu menunjukkan kerelaan Amerika tentang peranan Iran di mana para pegawai kerajaan Iran sendiri mengakui kerjasama Iran dengan Amerika dalam pendudukan di Iraq dan pelbagai usaha mereka bagi menjamin kestabilan dan pengaruh Amerika di Iraq. Iran segera membuka kedutaan besar di Iraq sebaik sahaja pendudukan Amerika berlaku, al-Ja’fari tidak terpilih sehinggalah Menteri Luar Negeri Iran ketika itu, Kamal Kharazi, mengunjungi Baghdad pada tahun 2005 dan ketika itulah terjadinya kemuncak pendudukan. Kedua pihak mengecam aksi-aksi perlawanan terhadap pendudukan atas nama mengecam terorisme di Iraq. Al-‘Ja’fari berkunjung ke Iran dan menandatangani sejumlah perjanjian termasuk perjanjian kerjasama di bidang-bidang strategik di antara keduanya untuk mengukuhkan keamaan, pemantauan ke atas lintasan sempadan dan jaringan elektrik Iran ke Basra serta pembinaan saluran paip antara Basra dan Abadan.

– Sedangkan hubungan Iran dengan rejim Syria, maka itu merupakan hubungan yang sudah lama sejak meletusnya Intifadhah pertama di awal 80-an, abad lalu. Iran waktu itu mendokong rejim Syria dalam menindas warga Syria yang Muslim, begitu juga untuk menjaga Syria supaya tetap dalam perancangan Amerika yang mendukung rejim yang dipimpin oleh tali barut Amerika, keluarga Assad. Padahal Iran tahu bahawa itu adalah rejim sekuler nasionalis yang selari dengan rejim Saddam yang dahulu diperangi Iran dan tidak memiliki hubungan dengan Islam, bahkan justeru memerangi Islam dan pemeluknya. Iran juga tahu bahawa rejim Syria itu terkait dengan Amerika. Iran tidak membela kaum Muslimin. Sebaliknya terus memerangi mereka dan menolong rejim kufur penjahat dan hal itu masih terus dilakukan hingga sekarang. Rejim Iran menjaga hubungan erat dengan kepemimpinan Syria. Hubungan itu meliputi hubungan ketenteraan, ekonomi dan politik. Iran menghantar banyak persenjataan untuk mendukung rejim Assad. Iran juga memberinya minyak dan gas dengan harga yang murah kerana kekurangan sumber tenaga tersebut di Syria. Dapat diperhatikan dengan jelas hubungan politik secara khusus dalam campur tangan Iran pada pergolakan di Syria ketika rejim Assad hampir runtuh. Seandainya tidak ada campur tangan Iran melalui pengiriman pasukan pengawal revolusi, kekuatan Parti Iran dan pasukan militia al-Maliki yang tunduk kepada Iran, seandainya tidak ada semua itu, nescaya Bashar dan rejimnya sudah runtuh, dan pembantaian al-Qushair dan hari ini pembantaian Ghauthah dengan senjata bahan kimia dan lainnya merupakan saksi atas campurtangan Iran tersebut!

– Dan di Afganistan, Iran mendokong pendudukan Amerika dan mendokong perlembagaan yang ditetapkan oleh Amerika dan pemerintahan yang dibentuk oleh Amerika dengan pimpinan Karzai, semata-mata demi Amerika. Iran menyelamatkan sebelah utara Afghanistan ketika Amerika gagal dalam mengalahkan Taliban. Bekas Presiden Iran Rafsanjani menyatakankan, “seandainya kekuatan kami tidak membantu dalam memerangi Taliban nescaya orang-orang Amerika terjerumus dalam lumpur Afghanistan” (ash-Sharq al-Awsath, 9/2/2002). Muhammad Ali Abtahi, wakil bekas Presiden Iran Khatami untuk urusan perundang-undangan dan parlimen di Konferens Teluk dan Rintangan Masa Depan yang diselenggarakan di Emiriah Abu Dhabi pada 13/1/2004, mengatakan: “Seandainya tidak ada kerjasama Iran nescaya Kabul dan Baghdad tidak akan jatuh dengan begitu mudah. Akan tetapi sebagai balasannya kita berada dalam paksi kejahatan”! (Islam on line, 13/1/2004). Presiden Ahmadinejad juga mengulang-ulang perkara yang sama dalam kunjungannya ke New York untuk menghadiri Sidang Umum PBB dalam pertemuannya dengan surat kabar New York Times pada 26/9/2008, dia mengatakan: “Iran memberikan tangan bantuan kepada Amerika Syarikat dalam hal yang berkaitan dengan Afghanistan. Dan hasil dari bantuan-bantuan itu, presiden Amerika mengarahkan ancaman-ancaman untuk melancarkan ketenteraan terhadap kami. Negara kamitelah memberikan bantuan kepada Amerika dalam mengembalikan ketenangan dan kestabilan di Iraq”.)

3. Apa yang membuktikan semua perkara di atas ialah hasil kepada rundingan-rundingan berkaitan nuklear dan kesungguhan Amerika untuk menutup isu ini bagi memperbaiki hubungan dengan Iran supaya berjalan semua yang telah ditetapkan Amerika untuk Iran di rantau ini dengan alasan bagi kepentingan bersama dan tanpa berselindung lagi, meskipun dengan kain kapan seperti yang pernah dilakukan dahulu! Presiden Amerika menyampaikan pidatonya di hadapan White House khusus tentang perjanjian nuklear terakhir dengan Iran. Dia menggambarkan perjanjian itu “dengan serius memenuhi tujuan-tujuan mendasar kami”. Dia juga mengatakan “untuk bangsa Iran, kami siap untuk bekerja untuk kepentingan bersama” (Radio Sawa Amerika, 2/4/2015). Kenyataan-kenyataan presiden Amerika itu jelas bahawa dia ingin bekerja dengan Iran di bawah apa yang disebut sebagai kepentingan bersama! Apapun kepentingan bersama dengan syaitan terbesar itu tidak lain adalah merealisasi perancangan-perancangan Amerika di rantau tersebut!

4. Kemudian apa yang telah dan sedang terjadi merupakan rencana-rencana yang harmonis antara Amerika, Iran dan Houthi dalam peristiwa-pwristiwa yang berlaku Yaman! Adapun tentang hubungan Houthi dengan Iran maka tidak perlu dibuktikan lagi kerana hal itu sudah terang lagi bersuluh… Kemudian berkenaan dokongan Amerika kepada Houthi maka setiap orang yang punya mata dan penglihatan boleh memahami perkara tersebut. Amerika bertindak di Yaman dengan penuh kesombongan seperti selalunya, iaitu dengan kekuatan senjata dan penindasan. Houthi menduduki Sana’a, melakukan penangkapan dan pembunuhan dengan alasan “revolusi rakyat dan kesatuan rakyat”… Amerika mendokong pergerakan-pergerakan Houthi ini secara politik dan keamanan: Dokongan Amerika secara politik, Amerika tidak menilai Houthi sebagai teroris seperti al-Qaeda. Akan tetapi Amerika menilai Houthi sebagai gerakan politik. Duta Besar Amerika Matthew Tauler dalam sidang medianya pada 18/9/2014 berkata: “kami dapat membezakan antara kelompok yang terlibat dalam aktiviti politik. Gerakan Houthi terlibat dalam Konferens Dialog Nasional dan banyak hasil-hasil positif dari konferens itu dan mereka memiliki sikap politik dan cita-cita yang sah… dan kerananya kami mendokong Houthi dan gerakannya untuk melakukan langkah-langkah yang sama yang dilakukan oleh kelompok-kelompok dan parti-parti politik.” (Sumber : Press Observers Website)

Sedangkan dokongan keamanan, ketika Houthi memasuki Sana’a mereka mendapat tentangan daripada pihak tentera dan polis dan mengakibatkan tujuh orang dari Houthi terbunuh pada 9/9/2014. Ketika kemenangan condong kepada Hadi (Presiden Yaman), Amerika segera mengirim utusan PBB, Jamal bin Omar “atau pada hakikatnya utusan Amerika”, lalu Jamal bin Omar menekan Hadi dan cuba mengalihkan isu tersebut dengan mengatur pelbagai rundingan dan memberikan lampu hijau kepada Houthi untuk menggandakan pergerakan mereka sepanjang berlangsungnya perundingan yang didokong dengan tekanan Amerika melalui Jamal bin Omar terhadap Hadi…

5. Tambahan lagi, banyak peristiwa akhir-akhir ini menguatkan lagi dokongan tersebut. Saya nyatakan beberapa yang ada di dalam Soal Jawab pada 27/3/2015 berkenaan isu ini: (Amerika telah mennyokong Houthi melalui Iran dengan berbagai macam senjata dan peralatan agar mereka mampu mengawal Yaman menggunakan kekuatan, sebab Amerika faham bahawa suasana politik yang menguasai Yaman adalah ciptaan Britain…Dengan itu, Houthi beranggapan, mereka mempunyai kekuatan yang boleh mendominasi Yaman. Maka mereka mengepung presiden agar mendapatkan apa yang mereka inginkan melalui undang-undang yang dikeluarkan oleh presiden. Presiden Hadi sebelumnya setuju tetapi kemudian menunda-nunda pelaksanaannya sehingga Houthi menghukumkan tahanan rumah terhadapnya. Seterusnya, presiden dapat meloloskan diri dan pergi ke Aden. Houthi kemudiannya menyusulnya, tetapi presiden Hadi lepas lagi untuk kali keduanya… Amerika mengetahui bahawa Houthi yang merupakan anak didik AS, telah berada dalam situasi tidak menentu. Mereka telah menyebar di seluruh Yaman, tetapi masih tidak berjaya mendominasi dan juga tidak dapat kembali ke kekuatan asal mereka di utara. Maka Amerika berpandangan untuk menyelamatkan mereka dengan tindakan ketenteraan yang terbatas dengan tujuan menembak “dua burung” dengan satu tembakan: pertama, untuk menonjolkan mereka (Houthi) sebagai mangsa, padahal sebelumnya masyarakat melihat keganasan yang dilakukan mereka. Dan kedua, mengadakan suasana rundingan kecemasan untuk mencapai solusi jalan tengah, seperti kebiasaaan yang dilakukakan Amerika ketika tidak mampu mengambil semua sendirian … Perkara ini dapat dilihat dengan jelas dengan melihat apa yang telah dan sedang berlaku. Saudi berunnding dengan Amerika sebelum melakukan aksi ketenteraan. Pihak-pihak yang aktif berperanan adalah agen-agen Amerika, khususnya Salman raja Saudi dan al-Sisi presiden Mesir. Sedangkan negara-negara teluk lainnya, Jordan dan Maghribi mengambil pendekatan politik seperti yang biasa dilakukan British apabila berhadapan dengan Amerika agar terus berada dalam potret dan mendapat bahagian dalam rundingan-rundingan akan datang supaya turut ada sedikit pengaruh… Aksi-aksi ketenteraan kadang kala berhasil membuka pintu rundingan, namun kadang kala gagal sehingga membuat masalah pergolakan kembali, menyengsarakan Yaman yang dahulu bahagia… iaitu pada hari di mana bumi Yaman yang bersih tidak dimasuki oleh para agen dan orang-orang kafir penjajah.) selesai.

Dengan merenungkan apa yang telah terjadi dan hasil-hasilnya, jelaslah bahawa Amerika lah yang punca terjadinya berbagai perkara. Serangan Saudi adalah menggunakan senjata yang dibayar oleh kaum Muslim, dan terbunuhlah ramai orang awam tetapi sedikit sahaja puak Houthi … Iran tidak melakukan campur tangan akan tetapi tetap memerhati dari jauh padahal telah banyak suara kedenganran dek kerana ketenteraan Storm yang jatuh di atas kepala-kepala Houthi! Inilah bukti-bukti yang menunjukkan pergerakan-pergerakan itu sedang mengubah rentak agar sampai juga kepada penyelesaian untuk menyelamatkan Houthi, bukan untuk membinasakan mereka dan memberi mereka bahagian yang bermakna, bukan untuk menumpas mereka… Dan bahawa Saudi memahami hal itu dan menjalankan misi ketenteraannya dengan harapan dapat disesuaikan dengan rentak ini… Dan Iran juga memahami hal itu dan mengamati tanpa melakukan tindakan ketenteraan, juga untuk senada dengan rentak ini…! Bahkan Iran setuju untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kapalnya yang sedang mengangkut bantuan untuk Yaman sebelum tiba di pantai Yaman. Hal itu kerana Amerika menginginkan hal itu maka Iran pun tunduk…! Begitulah, sebagaimana Saudi amat mematuhi misi ketenteraan dan harapannya secocok dengan arahan-arahan Amerika, maka demikian juga Iran. Keduanya memahami tujuan mengapa perlawanan sengit ini dilakukan. Dan mereka kini beralih pula ke arah gencatan senjata setelah penyelesaian yang ditawarkan mendapat sambutan yang dingin!

6. Ringkasnya adalah bahawa Iran tidak “lepas” dari politik Amerika, bahkan tidak keluar dari politik Amerika. Semua itu dengan alasan kepentingan bersama dengan syaitan terbesar!

Saudaramu
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
15 sya’ban 1436 H
02 Juni 2015 M

Terjemahan dari sumber: Ata Abu Alrashtah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment