Guru tertekan: Bahana Kapitalisasi

Oleh: Nurul Aini Abdul Wahab (Ahli Lajnah I'lamiyah MHTM)


Guru tertekan bukanlah isu baharu untuk diperkatakan.Namun ia menjadi highlight utama sekali lagi di saat sistem pendidikan negara sedang menuju ke arah fasa perubahan dengan pengenalan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 - 2025. Masalah ini juga bukan melanda kelompok pendidik sahaja tetapi juga keseluruhan sektor pekerjaan yang ada.

Jika dilakukan kajian rambang di kalangan guru mahupun orang ramai pasti ramai yang mengaitkan punca utama ialah bebanan tugas yang perlu diterima setiap hari saban tahun. Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak Datuk Fatimah Abdullah mengatakan fasa perubahan sistem pendidikan juga menjadi faktor penyumbang kepada guru-guru mengalami tekanan kerana kurangnya daya tahan mereka terhadap perubahan tersebut atau dalam erti kata lain, guru-guru tidak bersedia dan tidak mampu untuk bersama-sama dalam menjayakan perubahan demi perubahan di dalam dasar sistem pendidikan negara. Kita sedia maklum sistem pendidikan negara sentiasa melalui fasa perubahan demi perubahan sebagai medium penambahbaikan terhadap pelan pembangunan yang terdahulu. Malangnya, guru-guru yang menjadi agen pelaksana terus-terusan terpaksa memikul beban baharu dalam menjayakan misi baharu Kementerian Pendidikan. Ternyata bebanan tugas yang diterima oleh kelompok ini bukan sahaja melibatkan tugas hakiki iaitu pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga tugas am dan pentadbiran juga perlu di selesaikan sehinggakan fokus kepada persiapan P&P terjejas.


Kapitalisme mengajar kita untuk melihat kepada keuntungan atau pulangan balik yang kita akan terima hasil daripada sesuatu yang telah dilaburkan. Hal ini tidak terkecuali dalam sektor pendidikan negara. Setiap dasar yang dirangka semuanya mengarahkan kepada keuntungan yang bakal dijana negara iaitu menghasilkan pekerja yang nanti akan menyumbang kepada pendapatan negara.

Terkini, dasar terbaru memfokuskan kepada Pendidikan Teknik dan Latihan Vokasional (TVET). Memetik pernyataan di dalam kenyataan media Kementerian Pendidikan Malaysia, “the need for countries to prioritize TVET, placing it within mainstream education to ensure youths are equipped with the skills which will enhance their employability rates.”

Maka apabila dasar yang dibina berorientasikan kapitalisme, segala keperluan yang menyangkut kepada mencapai objektif akan dioptimumkan semaksimanya tanpa melihat kepada keupayaan bahagian operasi untuk menjayakannya.

Cara penyelesaian juga mengambil pendekatan ‘untung’ dengan memberi ganjaran yang dianggap mampu menjana motivasi dan produktiviti yang lebih tinggi. Tidak kurang juga, pendekatan psikologi sentiasa di rangka untuk membantu memingkatkan produktiviti di kalangan guru-guru. Langkah memberi ganjaran atau insentif istimewa tampak begitu ‘manusiawi’ namun ia langsung tidak menyelesaikan tekanan akibat lambakan tugas yang terpaksa ditanggung oleh guru. Ia bagaikan penyelesaian ‘gula-gula’ untuk mengambil hati para guru yang sudah letih dengan rutin harian yang membebankan.

Berbeza dengan polisi pendidikan Islam yang jauh sekali meletakkan matlamat keuntungan semata-mata. Lebih diutamakan ialah apakah ia membawa kepada redha Allah atau mengundang murka-Nya. Allah telah berfirman di dalan surah ad-Dzariyat ayat 56
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”.

Oleh itu, polisi pendidikan dirangka sesuai dengan pengaturan Islam dalam kehidupan. Bermula dengan pengenalan tentang Allah dan Rasul-Nya di peringkat paling awal. Seiring pertambahan usia setiap diri anak-anak dibekalkan dengan ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah dengan harapan mereka tetap tejaga aqidahnya dan mereka juga mampu untuk hidup berdikari untuk meneruskan kehidupan seharian kerana telah dibekalkan juga dengan ilmu kehidupan. Kita akan melihat hasil seorang individu yang memiliki syaksiyyah Islamiyyah dan dalam masa yang sama berupaya untuk menyumbang kepada kegemilangan Islam dalam cara masing-masing.

Sistem pendidikan hasil acuan kapitalisme hanya membawa kepada permasalahan yang lebih serius berbanding dengan pulangan produk akhir yang terbentuk. Dari satu sisi ia akan melahirkan seorang individu yang pakar dalam bidang tertentu dan mampu untuk "survive" di dalam kehidupannya namun tiada jaminan ia akan menjadi individu yang hidup tunduk dengan aturan Allah. Jauh berbeza dengan polisis pendidikan Islam yang mampu melahirkan insan kamil yang mantap aqidah seiring dengan kebolehannya untuk berjaya dalam bidang yang diceburinya.

Sabda baginda Rasulullah:
“Sesunggunya orang yang terbaik di antara kalian adalah orang yang paling baik akhlaknya.” (Mutafaq ‘alaih).

Jika menurut neraca kapitalisme, sangat mustahil untuk kita melahirkan individu yang terbaik sepertimana yang dikatakan baginda Rasul. Insan terbaik yang terbaik akhlaknya hanya akan lahir dengan sistem aturan Islam kaffah di dalam bingkai Khilafah.

Sumber :
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment