Menjadi Pejuang Yang Steady

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?" [TMQ Fushilat (41): 33].

Dakwah termasuk amal yang paling utama. Dengan dakwah, Islam akan tersebar ke seluruh dunia. Dengan dakwah pula, Islam akan diwariskan dari generasi ke generasi, sehingga dapat hidup sepanjang masa. Islam juga akan terterap secara kaffah di tengah kehidupan lantaran aktiviti dakwah. Banyak sekali ayat mahupun hadits yang memerintahkan kaum Muslim untuk berdakwah. Pahala yang disediakan bagi pendakwah juga amat besar dan akan terus menerus mengalir apabila dakwah kita sampai ke segenap masyarkat.

Jadi, masihkah kita mahu berhenti berdakwah hanya kerana hambatan-hambatan dari manusia??


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment