Siapakah Yang Akan Memberi Perlindungan Kepada Wanita Dan Kanak-Kanak Rohingya

Siapakah yang akan memberi perlindungan kepada wanita dan kanak-kanak Rohingya dari kem-kem pelarian yang sesak setelah pemusnahan daerah Rakhine akibat Taufan Komen?

Laporan media baru-baru ini telah mendedahkan bahawa umat Islam Rohingya, termasuk wanita dan kanak-kanak yang cuba untuk berteduh di sekolah-sekolah terbiar dan pusat komuniti akibat taufan tropika Komen dan hujan tengkujuh lebat yang telah menenggelamkan kampung-kampung dan kem pelarian di perbandaran Kyauktaw, Myanmar, telah dihalau oleh polis dan tentera kerajaan. Anggota keselamatan Myanmar telah menghalau dengan agresif kaum keluarga Rohingya dari pusat-pusat perlindungan ini, dengan mendakwa bahawa bangunan-bangunan ini sepatutnya menjadi tempat perlindungan bagi ‘mereka yang berasal dari negara ini’ dengan merujuk kepada populasi Rohingya Buddha. Dipaksa lari ke tempat lain, mereka pun pergi ke kawasan tinggi di bukit yang berbahaya dan tidak sesuai didiami semata-mata demi mencari tempat berteduh. Akibatnya wanita dan kanak-kanak telah terdedah kepada hujan tengkujuh dan kondisi taufan yang teramat bahaya.


Terdapat juga berita bahawa Muslim Rohingya yang telah lari ke kawasan tinggi tersebut telah diancam oleh etnik Buddha bahawa jika mereka pulang ke rumah mereka yang dilanda banjir, mereka akan menghadapi nasib yang sangat mengerikan. ‘Burma Times’ juga melaporkan pada 4 Ogos bahawa kanak-kanak Rohingya yang telah jatuh sakit akibat taufan dan banjir, dinafikan hak mendapatkan rawatan oleh hospital kerajaan di negara tersebut, yang telah menyebabkan beberapa kematian. Ia mencoretkan bahawa kakitangan hospital kerajaan mengatakan bahawa mereka tidak akan memberikan rawatan kepada orang Islam kerana mereka adalah orang asing, dan kemudahan yang disediakan hanyalah untuk populasi Buddha Rakhine. Menurut surat khabar tersebut, Abdul Malik yang berumur 7 tahun, Abdul Karim, 5 tahun, Mohammad Anis, 5 tahun dan juga Elam Bahor, 5 tahun meninggal dunia akibat insiden menangguhkan rawatan perubatan mereka. Wanita Rohingya yang mengandung juga sedang merasakan penderitaan yang tidak tertanggung kerana kurangnya rawatan perubatan.

Pihak keselamatan dan pegawai kerajaan di negeri Rakhine terus menerus berkelakuan dengan sangat kejam terhadap wanita dan kanak-kanak Rohingya.

Layanan mengerikan yang diperlakukan terhadap kaum yang lemah menunjukkan polisi pembunuhan mereka yang bertujuan untuk menghapuskan kewujudan umat Islam Rohingya dari wilayah Arakan. Rejim Myanmar yang tidak berperikemanusiaan sebenarnya sudah tahu awal dari ramalan meteorologi dan laporan mengenai di mana dan bila Taufan Komen akan melanda.

Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk memberikan amaran awal kepada umat Islam di Arakan, mereka lebih rela kaum Rohingya menjadi mangsa banjir yang tidak berdaya, dibiarkan berada dalam keadaan berbahaya atau terdedah kepada keganasan dari etnik Buddha di sekeliling mereka.

Penderitaan yang tak tertanggung yang dirasakan oleh wanita dan kanak-kanak Rohingya semakin berterusan dengan cara yang tidak terbayang dek akal. Namun, apa yang terpacul dari organisasi antarabangsa dan kerajaan Barat hanyalah kata-kata kosong mengutuk perbuatan brutal rejim Myanmar. Rejim di negara umat Islam pula termasuk negara jiran Myanmar seperti Bangladesh, Malaysia dan Indonesia telah melepaskan tangan dari membantu wanita dan kanak-kanak Rohingya, mengabaikan tanggungjawab terhadap mereka sebagai seorang Muslim dan individu atas nama ketamakan mengekalkan kepentingan sendiri. Pemimpin-pemimpin Islam dan sistem nasionalis dan kapitalis yang mereka agungkan telah menjadi rantai besi di leher umat ini. Sistem-sistem tersebut mesti dibuang segera dan digantikan dengan penubuhan Khilafah di atas metod Kenabian yang akan bekerja untuk menyelamatkan nyawa, harta benda dan kehormatan umat Islam, tidak kira bangsa apa pun. Ia merupakan sebuah sistem di mana Khalifah Al-Walid ibn Abd al-Malik telah menghantar tentera Islam di bawah kepimpinan General Muhammad bin Qasim untuk menyelamatkan wanita dan kanak-kanak Islam yang ditawan oleh Raja Hindu Dahir di Selatan India, yang akhirnya menyebabkan pembebasan seluruh kawasan Sindh dari pemerintahan Hindu yang kuku besi. Negara Khilafah sebegitu sememangnya diperlukan kini untuk segera menyelamatkan orang Islam Rohingya yang lemah dari penindasan Buddha.

وَمَا لَكُمْ لَا تُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالْوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا

“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang yang lemah, baik laki-laki, perempuan maupun anak-anak yang semuanya berdoa, "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekah) yang penduduknya zalim. Berilah kami pelindung dari sisi-Mu, dan berilah kami penolong dari sisi-Mu" [TMQ an-Nisa: 75]

Bahagian Wanita
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment