Jual Beli Emas

بسم الله الرحمن الرحيم

Silsilah Jawapan asy-Syaikh al-‘Alim Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah Amir Hizbut Tahrir atas Soalan di Akaun Facebook Beliau “Fiqhiyun”

Pertanyaan:

Assalamu ‘alaikum wa rahmatullah wa barakatuhu.
Seperti yang anda ketahui saudaraku yang dimuliakan, bahawa jual beli emas tidak boleh ada tempoh di dalamnya. Jual beli emas itu perlu tunai, dan serah terima tunai, seperti yang dinyatakan di dalam hadith… Adakah ia berlaku untuk perhiasan emas?

Soalan ini merujuk kepada fakta-fakta berikut:

Emas itu dijual sebagai barang kemas, iaitu 18 karat dan bukan 24 karat…
Emas 24 karat adalah emas tulen dengan kadar mencapai 99,9 %, sukar untuk membentuknya. Adapun emas 18 karat adalah emas dengan kadar 75 % dan selebihnya adalah logam lain seperti tembaga atau besi yang menjadikannya boleh dibentuk, bahkan menjadi boleh diwarnakan sesuai jenis logam yang ditambahkan padanya. Kemudian dalam jual beli barang kemas ini, tukang emas menambah pada harga emas itu harga pembuatan (pembentukan) berdasarkan beratnya.

Adakah perhiasan dalam keadaan ini dianggap sebagai komoditi seperti mana-mana komoditi yang mengandungi emas, yang boleh dijual belikan secara kredit (dengan hutang) atau dengan tempoh? Atau adakah ia tetap diperlakukan sebagai emas kerana sebahagian besarnya, sebanyak 75 %, adalah emas?

Satu lagi masalah, apabila tukang emas menjual barang kemas seperti rantai, di dalamnya ada potongan kecil seperti cangkuk dan ia bukan emas. Kadang-kadang dalam bentuk platinum, kromium atau lain-lain. Ia ditimbang bersama-sama dengan perhiasan yang dibentuk itu dan dikira sebagai sebahagian daripada beratnya, dan diperlakukan dengan harga emas, yakni dijual sebagai emas. Adakah ini boleh sebab ia adalah potongan yang sangat kecil? Atau perlu dipisahkan harganya? Atau dianggap sebagai sebahagian daripada upah pembentukan? Atau apa pandangan saudara?

Semoga Allah memberkati saudara dan semoga Allah memberi balasan yang lebih baik kepada saudara. Maafkan kami kerana menyibukkan saudara…

Jawapan:

Wa’alaikumussalam wa rahmatullah wa barakatuhu.
Sebelum menjawab soalan ini, saya ingin mengarahkan perhatian saudara bahawa hukum-hukum sharf untuk jenis-jenis barangan ribawi, di dalamnya tidak diperhatikan kualiti dan ketulenan jenisnya… Jenis-jenis barang-barang ribawi adalah seperti yang dinyatakan di dalam hadith yang dikeluarkan oleh an-Nasai dari Ubadah bin ash-Shamit bahawa Rasulullah saw bersabda:

الذَّهَبُ بِالذَّهَبِ تِبْرُهُ وَعَيْنُهُ وَزْنًا بِوَزْنٍ، وَالْفِضَّةُ بِالْفِضَّةِ تِبْرُهُ وَعَيْنُهُ وَزْنًا بِوَزْنٍ، وَالْمِلْحُ بِالْمِلْحِ، وَالتَّمْرُ بِالتَّمْرِ، وَالْبُرُّ بِالْبُرِّ، وَالشَّعِيرُ بِالشَّعِيرِ، سَوَاءً بِسَوَاءٍ مِثْلًا بِمِثْلٍ، فَمَنْ زَادَ أَوِ ازْدَادَ فَقَدْ أَرْبَى

“Emas dengan ketulan emas dan perhiasannya perlu sama timbangannya, perak dengan ketulan perak dan perhiasannya perlu sama timbangannya, garam dengan garam, kurma dengan kurma, gandum dengan gandum, barlit dengan barli, hendaklah sama, dan semisal. Siapa yang menambah atau meminta tambah maka ia benar-benar telah melakukan riba.”


Jika anda menjual barangan ribawi dari jenis-jenis ini dengan jenis yang sama, maka wajib semisal, bagaimanapun kualitinya. Satu rithl kurma yang berkualiti baik tidak boleh ditukar ganti dengan dua rithl kurma yang berkualiti buruk. Satu sha’ gandum yang berkualiti baik tidak boleh ditukar ganti dengan dua sha’ gandum yang berkualiti buruk. Begitu juga dengan barli dan garam. Demikian juga emas, satu syiling emas tulen tidak boleh ditukar ganti dengan satu setengah syiling emas tidak tulen, tetapi mestilah semisal yakni dengan timbangan atau berat yang sama.

Ini adalah hukum-hukum khusus mengenai sharf yang berbeza dari hukum-hukum urus niaga lainnya yang menggunakan emas sebagai contoh, pada zakat. Di dalamnya diperhatikan emas tulen dan perak tulen. Zakat syiling emas 24-karat berbeza dari zakat syiling emas dengan berat yang sama yang diperbuat dari emas 18-karat. Walau bagaimanapun, kadar emas tulen dikira pada masa pengiraan nishab. Maka nishab emas 24-karat adalah 85 gram. Tetapi nishab emas 18-karat lebih daripada jumlah tersebut kerana emas 18-karat dicampur dengan logam lain sebagai tambahan kepada emas sebanyak 25 %. Bermakna, emas 18-karat itu di dalamnya ada emas tulen yang sebanding dengan 75% emas 24-karat. Atas dasar itu maka nishab emas 18-karat adalah satu pertiga kali nishab emas tulen, yakni 113,33 gram. Atas dasar itu, maka orang yang memiliki 85 gram emas tulen 24-karat bermakna telah memenuhi nishab. Jika berlalu satu haul maka ia perlu membayar zakatnya 2,5 % dari beratnya. Walau bagaimanapun, orang yang memiliki 85 gram emas 18-karat, ia belum memiliki satu nishab sehingga ia memiliki 113,33 gram. Dan jika telah berlalu satu haul, ia perlu membayar zakatnya 2,5 % dari beratnya. Dan jelas di sini bahawa yang menjadi penanda aras dalam hal zakat adalah kadar emas tulen.

Berkaitan dengan sharf maka hukum-hukumnya bersifat khusus… Bagaimanapun jenis ribawi itu, tulen atau tidak tulen, baik atau buruk, tulen atau campuran dengan yang lain… maka sharfnya wajib semisal, selama jual beli itu untuk jenis ribawi yang sama. Tetapi dengan syarat, yang tulen dan yang tidak tulen itu bercampur antara kedua-duanya, bermakna tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain, dan yang lebih banyak dalam campuran itu adalah emas, maka padanya dikenakan sebutan emas.

Dalil atas yang demikian itu adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id, ia berkata:

جَاءَ بِلَالٌ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ: مِنْ أَيْنَ هَذَا؟ فَقَالَ بِلَالٌ: “تَمْرٌ كَانَ عِنْدَنَا رَدِيءٌ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ لِمَطْعَمِ النَّبِيِّ ﷺ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ عِنْدَ ذَلِكَ: أَوَّهْ عَيْنُ الرِّبَا، لَا تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ التَّمْرَ فَبِعْهُ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِ بِهِ

"Bilal datang membawa kurma Barniy, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: “dari mana ini?” Bilal berkata: “kurma milik kita buruk, lalu aku jual dua sha’ kurma itu dengan satu sha’ (kurma Barniy) untuk makanan Nabi saw.” Maka Rasulullah saw bersabda ketika itu: “itu adalah riba, jangan engkau lakukan, akan tetapi jika engkau ingin membeli kurma tersebut maka juallah dengan jual beli yang lain kemudian belilah dengannya.” (HR Muslim)

Abu Sa’id ra dan Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى خَيْبَرَ، فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا؟، قَالَ: لاَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ مِنْ هَذَا بِالصَّاعَيْنِ، وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلاَثَةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: لاَ تَفْعَلْ، بِعْ الجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ، ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا

"Rasulullah saw mengangkat seseorang sebagai ‘amil atas Khaibar, lalu ia datang dengan membawa kurma Janib, maka Rasulullah saw bersabda: “apakah semua kurma Khaibar begini?” Orang itu berkata: “tidak, demi Allah ya Rasulullah, kami mengambil satu sha’ dari ini dengan dua sha’, dan kami mengambil dua sha’ dengan tiga sha’.” Maka Rasulullah saw bersabda: “jangan engkau lakukan, juallah semuanya dengan dirham, kemudian belilah kurma Janib dengan dirham itu.” (Muttafaq ‘alayh)

Ini berlaku pada semua jenis ribawi. Di dalam Nizhâm al-Iqtishâdî halaman 264 dinyatakan seperti berikut:

(Dan jika seseorang membeli dari seseorang yang lain dinar yang baik dengan dua dinar campuran maka tidak boleh. Tetapi, seandainya ia membeli satu dinar yang baik dengan dirham perak, kemudian ia belikan dirham perak dengan dua dinar campuran maka dibenarkan… Berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id, ia berkata:

جَاءَ بِلَالٌ بِتَمْرٍ بَرْنِيٍّ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللهِ ﷺ: مِنْ أَيْنَ هَذَا؟ فَقَالَ بِلَالٌ: “تَمْرٌ كَانَ عِنْدَنَا رَدِيءٌ، فَبِعْتُ مِنْهُ صَاعَيْنِ بِصَاعٍ لِمَطْعَمِ النَّبِيِّ ﷺ، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ عِنْدَ ذَلِكَ: أَوَّهْ عَيْنُ الرِّبَا، لَا تَفْعَلْ، وَلَكِنْ إِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَشْتَرِيَ التَّمْرَ فَبِعْهُ بِبَيْعٍ آخَرَ، ثُمَّ اشْتَرِ بِهِ

"Bilal datang membawa kurma Barniy, maka Rasulullah saw bersabda kepadanya: “dari mana ini?” Bilal berkata: “kurma milik kita buruk, lalu aku jual dua sha’ kurma itu dengan satu sha’ (kurma Barniy) untuk makanan Nabi saw.” Maka Rasulullah saw bersabda ketika itu: “itu adalah riba, jangan engkau lakukan, akan tetapi jika engkau ingin membeli kurma tersebut maka juallah dengan jual beli yang lain kemudian belilah dengannya.” (HR Muslim)

Abu Sa’id ra dan Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ اسْتَعْمَلَ رَجُلًا عَلَى خَيْبَرَ، فَجَاءَهُ بِتَمْرٍ جَنِيبٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: أَكُلُّ تَمْرِ خَيْبَرَ هَكَذَا؟، قَالَ: لاَ وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لَنَأْخُذُ الصَّاعَ مِنْ هَذَا بِالصَّاعَيْنِ، وَالصَّاعَيْنِ بِالثَّلاَثَةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: لاَ تَفْعَلْ، بِعْ الجَمْعَ بِالدَّرَاهِمِ، ثُمَّ ابْتَعْ بِالدَّرَاهِمِ جَنِيبًا

Rasulullah saw mengangkat seseorang sebagai ‘amil atas Khaibar, lalu ia datang dengan membawa kurma Janib, maka Rasulullah saw bersabda: “apakah semua kurma Khaibar begini?” Orang itu berkata: “tidak, demi Allah ya Rasulullah, kami mengambil satu sha’ dari ini dengan dua sha’, dan kami mengambil dua sha’ dengan tiga sha’.” Maka Rasulullah saw bersabda: “jangan engkau lakukan, juallah semuanya dengan dirham, kemudian belilah dengan dirham itu kurma Janib.” (Muttafaq ‘alayh) ) selesai.

Jelas dari semua itu bahawa jenis-jenis ribawi dalam topik sharf perlu semisal bagaimanapun kualitinya selama boleh disebut dengan sebutan yang ada di dalam hadith, sama ada emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma atau garam dengan garam.

Berdasarkan hal itu maka jawapan kepada soalan saudara adalah seperti berikut:

Barang kemas diperbuat daripada perak atau emas, berapapun karatnya, maka pada masa pertukarannya dengan jenis yang sama, maka wajib semisal. Sebagai contoh, pertukaran rantai emas dengan gelang atau … lainnya baik 21-karat atau 18-karat, maka wajib semisal, dan tidak boleh ada tambahan, baik buatan dari kilang atau kraftangan… Tidak dibenarkan. Barang kemas dalam keadaan seperti ini –jika penjual atau pembeli tidak mahu semisal (sama berat)- maka emas itu dijual dengan wang kemudian wang hasil penjualannya dibelikan gelang atau rantai atau barang kemas lain.

Ketika membeli gelang emas dan di dalamnya terdapat potongan “cangkuk” dibuat dari selain emas yang tidak bercampur dengan emas, tetapi boleh dipisahkan dari (gelang) emas, maka ia dipisahkan dan ditimbang emasnya saja, dan dijual emasnya saja dengan semisal (sama berat). Potongan itu dijual sendiri dengan harga yang dipersetujui. Hal ini jika jual beli gelang emas dengan emas.

Sementara itu, jika saudara ingin membeli gelang emas dan di dalamnya ada potongan lain dan bukannya emas, dan saudara ingin membelinya dengan wang, maka boleh saja saudara bersetuju dengan harga yang saudara sanggup. Jika saudara timbang semuanya dengan harga yang saudara persetujui maka tidak mengapa, kerana jual belinya di sini untuk dua jenis yang berbeza, yakni saudara ingin membeli gelang dengan wang kertas. Di sini penjual boleh menimbang gelang itu keseluruhannya termasuk di dalamnya campuran itu dan menjualnya kepada saudara dengan harga yang saudara persetujui dengannya selama saudara membeli gelang tersebut dengan wang, bukan emas.

Saudaramu,
Atha’ bin Khalil Abu ar-Rasytah
15 Syawal 1436 H
31 Julai 2015 M

Sumber: Ata Abu-Alrashtah
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment