Bebaskan Saudara Kami Dari Penjara Bangladesh


Para aktivis dan penyokong Hizbut Tahrir berkumpul di hadapan pintu utama Mahkamah Agung hari ini pada jam 12.00 tengahari untuk memprotes penahanan dua anggota wanita parti itu pada hari Ahad, 30 Ogos 2015 oleh Cawangan Detektif dan memohon agar mereka segera dibebaskan. Selepas penahanan mereka, Cawangan Detektif tanpa rasa malu membawa dua orang saudara wanita ke tempat tahanan pada hari Selasa, 1 September yang mana mereka telah dipukul dengan teruk. Salah seorang dari mereka telah dibelasah dengan teruk sehingga mengalir darah dari beberapa bahagian tubuhnya sehingga menjadikan tubuhnya merasa kebas. Sekalipun mereka berada dalam keadaan yang sangat menyedihkan, pegawai-pegawai Cawangan Detektif telah membawa mereka ke mahkamah pada hari Jumaat, 4 September dan bukannya ke hospital dan mereka kemudiannya telah dihantar ke penjara. Ya Allah! Hancurkanlah tangan-tangan yang bertanggungjawab terhadap kekejaman ke atas kedua Muslimah yang ikhlas ini. Berikanlah balasan atas jenayah keji mereka, setiap seorang dari kalangan mereka wahai Allah Yang Maha Agung dan hukumlah mereka dengan keras.

(إِنَّ بَطْشَ رَبِّكَ لَشَدِيدٌ)

“Sesungguhnya azab Tuhanmu (terhadap orang yang kufur ingkar) amatlah keras” [Al-Buruj: 12]

Wahai Para Hakim! Para aktivis dan penyokong kami berhimpun di hadapan mahkamah hanya untuk mengingatkan kamu, para hakim, bahawa Allah Subhanahu wa Taala adalah Hakim ke atas semua hakim, yang akan meminta pertanggungjawaban atas semua hakim. Dia Subhanahu wa Taala telah menetapkan bahawa hendaklah kamu memutuskan hanya dengan apa yang telah Dia wahyukan, maka apabila kamu menetapkan hukuman, hendaklah kamu membuat keputusan dengan adil.

(وَإِذَا حَكَمْتُمْ بَيْنَ النَّاسِ أَنْ تَحْكُمُوا بِالْعَدْلِ)

“…apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil” [An-Nisa: 58]

Undang-undang Anti Pengganas yang menjadi asas penetapan hukum yang kamu jatuhkan ke atas para pengemban dakwah Islam and pejuang Khilafah iaitu para Muslimin dan Muslimah Hizbut Tahrir bukanlah suatu perundangan yang digubal dari sumber wahyu, dan ia tidak mengandungi unsur keadilan. Ianya telah digubal menjadi undang-undang yang sah oleh para agen regim yang menentang Islam, dan diisytiharkan menurut telunjuk Amerika Syarikat dan sekutunya dalam Perang melawan Islam dan menjadi alat untuk menafikan keadilan keatas kaum Muslim yang ikhlas. Kamu sangat menyedari akan hal ini. Kami menyeru kamu untuk tidak menutup mata atas fakta ini, dan menjauhkan diri dari ayat-ayat Allah SWT. Tambahan pula kamu mendakwa diri kamu sebagai seorang yang dihormati disebabkan status kamu sebagai para hakim; kami mahu agar kamu melakukan muhasabah diri dan merenungkan dengan mendalam apakah yang sangat dihormati dengan perbuatan kamu memasukkan anak-anak perempuan umat Muhammad SAW yang mulia dan ikhlas ke penjara bawah tanah puak tirani yang zalim. Dan kami juga mahu agar kamu melakukan renungan dan muhasabah tentang apakah benar ujud kehormatan dalam perbuatan kamu berpakat dengan puak zalim dalam peperangan menentang Islam. Kami juga mahu agar kamu merenungkan hadis Rasulullah SAW:

Ada tiga jenis hakim, seorang akan ke Jannah manakala dua orang akan ke Neraka. Hakim yang akan masuk syurga adalah seorang yang tahu apa yang haq dan memberikan putusan berdasarkan yang haq; manakala seseorang hakim yang tahu apa yang haq tetapi membuat putusan yang zalim akan masuk ke dalam Neraka, dan seorang hakim yang membuat putusan dalam keadaan dirinya jahil akan masuk Neraka [HR Abu Dawud].

Kami menuntut dan mengharapkan agar kamu memilih jalan yang benar – dengan memastikan ketaatan kepada Allah SWT dalam membuat keputusan, dengan memastikan keadilan diberikan kepada para pengemban dakwah Islam and para pejuang khilafah, dan dengan membebaskan mereka dan tidak tunduk kepada arahan dari pihak pemerintah untuk memenjarakan mereka.

Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir,
Wilayah Bangladesh
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment