Bicara Tokoh: Dr Sumayyah Gigih Bela Nasib Wanita Muslim

(Majalah Wanita / ms 28-30 / Keluaran: September 2015)

"Serangan idealogi kufur yang bertubi-tubi telah banyak meracuni pemikiran wanita Islam di Asia Tenggara. Ramai dalam kalangan kita tidak sedar bahawa pelbagai idea yang dibawa masuk dari Barat terutamanya merupakan racun yang telah melemahkan pemikiran kita. Sebagai contoh, konsep kebebasan atau liberal yang diperkenalkan pihak Barat penjajah telah merosakkan sistem sosial dan institusi keluarga Muslim.

Budaya kebebasan sedikit demi sedikit telah mengubah corak kehidupan kita dan menghakis identiti Islam daripada kehidupan kita. Melalui hujah kebebasan, anak-anak kurang rasa hormat terhadap ibu bapa mahupun ahli keluarganya yang lain. Mereka mahu mengatur hidup mereka sendiri tanpa campur tangan sesiapa dan dengan hanya pendidikan agama yang sedikit mereka mudah dihanyutkan dalam arus kemodenan yang tidak berpaksikan Islam.

Konsep kebebasan yang diamalkan juga sering mengundang pelbagai idealogi dan fahaman -fahaman songsang termasuk sama ada melalui media massa mahupun alam maya. Serangan pemikiran ini sebenarnya telah menewaskan umat Islam dan seterusnya merosakkan pemikiran generasi kita. Justeru itu, kita sebagai Muslimah perlu bangkit dengan mempersiapkan benteng bagi menangkis segala idea-idea yang kufur dan tidak Islamik agar tidak mempengaruhi generasi kita. Caranya dengan mengukuhkan kefahaman kita dengan tsaqafah Islam dan membuang segala idea-idea kufur kemudian menggantikannya dengan Islam. "

- Dr Sumayyah (Wakil Pejabat Media Hizbut Tahrir)




SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment