Diskusi Muslimah Di Pajam, Mantin

12/9/2015, Mantin, Negeri Sembilan - Diskusi Muslimah bertajuk "Mewujudkan Kesatuan Ukhwah Islamiyah di bawah Naungan Syariah dan Khilafah " turut diadakan di Pajam . Pembentangan oleh Ustazah Husna Suriani ini mengajak umat untuk bersatu. Melihat kepada catatan tinta emas terdahulu, betapa indah dan sejahteranya manusia berbilang bangsa hidup di bawah negara yang menerapkan hukum Allah. Selain itu , aturan Islam yang diterapkan oleh Khilafah juga akan menjamin umat Islam agar sentiasa bersatu dan tidak berpecah belah. Bahkan sang Khalifah semestinya tidak akan membiar sebarang anasir jahat yang cuba meleraikan ikatan ukhuwah Islamiyah dari terus bertebaran dan merajalela dalam negara. Justeru, ini pasti akan mewujudkan nuansa yang harmoni dan sejahtera , tidak seperti dalam negara demokrasi hari ini. Tidak cukup dengan perpecahan yang diakibatkan salah faham, ikatan ukhwah umat turut terancam oleh fahaman assobiyah dan bermacam-macam lagi agenda Barat.
Para peserta DM turut menyokong Muktamar Khilafah sebagai agenda kesatuan hakiki umat, yang akan diadakan pada 3 Oktober nanti.

----------------------------------------------
Jika anda berminat untuk mengikuti aktiviti-aktiviti anjuran Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia, sila hubungi kami di:


Facebook: mhtm1946 
Email: media.mhtm@gmail.com





SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment