Gelora Muktamar Khilafah 2015


Gelora Muktamar Khilafah 2015 semakin terasa kehangatannya.
Suara mengembalikan kehidupan Islam dalam bingkai Syariah dan Khilafah jelas kedengaran
Umat Islam dari Perlis hingga ke Johor melangkau Sabah dan Sarawak amat merindui kembalinya sistem Khilafah.

Sistem yang selama ini yang menjadi pelindung umat Islam dari kebejatan dan kerosakan Kapitalisme yang selama ini yang dihiasi mimpi indah tetapi sebenarnya mimpi ngeri.
Umat Islam kini telah sedar!

Mereka tidak boleh berharap kepada pemimpin mereka lagi
Pemimpin yang dipilih berdasarkan percaturan Barat yang hanya membina kekayaan diri hasil sumber alam milik umat
Derma yang diberikan semata-mata untuk memastikan survival politik kufur dan bukannya untuk kepentingan umat.

Tiada lagi jaminan kesihatan, pendidikan malah keselamatan
Saat keluar dari rumah amat menakutkan bukan sahaja kepada anak-anak malah ibu bapa sendiri
Majoriti umat Islam kini sedang sakit!
Kerosakan politik, ekonomi dan sosial ada dimana-mana.

GST mencengkam umat hanya kerana pemimpin mereka boros berbelanja dengan mewah kediaman yang besar bak istana
Kenderaan yang mahal 'hadiah' alasan untuk memudahkan berjumpa dan bermesra dengan rakyat kononnya.

Majlis yang dihadiri atas alasan 'mesra' rakyat tetapi pemimpin dihidangkan makanan yang mewah dan mahal sedangkan rakyat yang didahului beratur panjang semata-mata untuk makan sesuap nasi.

Hamparan karpet dan permiadani mewah menanti pemimpin penipu rakyat sedangkan seorang nelayan mengeluh ikan kembung sekalipun berharga RM12 sekilogram.
Umat membeli keperluan dapur di pasar tani mahupun pasar rakyat terkesan kerana RM50 tidak menjanjikan apa-apa.

Minyak yang menjadi kekayaan umat diperah bagi kepentingan pemimpin pilihan rakyat
Rakyat dipermainkan dengan alasan harga mengikut pasaran semasa
Pemimpin beruntung diberikan elaun minyak dan kenderaan yang nencapai angka ribuan ringgit setiap bulan
Bukan Pak Abu seorang pesawah yang perlu menguruskan lima anaknya dengan pendapatan kurang RM500 sebulan
Sampai bila kita harus berharap pada demokrasi
Bagi menunggu bulan jatuh ke riba
Mengapa kita tidak mengambil pelajaran sesungguhnya kita menipu dan tertipu dengan demokrasi
Terima kasih demokrasi kerana menyebabkan jutaan manusia mati kerana Perang Dunia Pertama
Terima kasih demokrasi kerana jutaan manusia mati kerana Perang Dunia Kedua
Terima kasih demokrasi kerana beratus ribu rakyat Iraq meninggal dunia kerana sekatan ekonomi dan perang membawa alasan demokrasi untuk menjatuhkan hanya seorang lelaki bernama Saddam Hussein
Terima kasih demokrasi kerana penderitaan Palestin, Gaza, Mesir, Afghanistan, Chechnya, Rohingnya dan Selatan Thailand masih belum menemui titik noktahnya.

Kini, perang bukan lagi berlandaskan senjata semata-mata tetapi demokrasi hadir dengan perang pemikiran yang merosakkan umat Islam.

Malah, pemimpin negara umat Islam bersungguh-sungguh mempertahankan demokrasi malah berbaik-baik dengan pemimpin Barat sedangkan umat merasai kehidupan seharian ibarat neraka dunia.

Generasi muda kini telah rosak
Mereka lebih mengenali pasukan Real Madrid, Barcelona dan Chelsea
Bintang bola sepak Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar lebih dikenali berbanding pejuang Islam seperti Muhammad Al-Fateh, Thoriq bin Ziyad dan Salahuddin Al-Ayyubi.

Malah, mukadimah zina ibarat satu kemestian
Zina kini dilakukan dimana-mana walaupun di motosikal, kereta malah di tepi jalan sekalipun.
Sampai bila kita harus tertipu
Bersihkan pemikiran kita dengan idea Kapitalisme yang merosakkan
Tolak pemimpin yang terus menipu umat
Selamatkan rakan-rakan kita dan umat dengan kembali mengamalkan kehidupan Islam bersandarkan Syariah dan Khilafah
Bangkitkan umat yang tidur dengan seruan Islam

Ya Allah kami berjanji akan terus teguh dengan Islam dan menjadikan al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan kami
Kami bersumpah akan terus meninggikan syiar Islam di muka bumi ciptaanMu.
Kami ingin mati syahid demi mempertahankan agamamu
Kami memohon pertolonganMu Ya Allah demi menegakkan Syariah dan Khilafah
Kami memohon padaMu Ya Allah Khilafah tertegak kembali
Kami rela jika saatnya tiba kami sudah meninggal dunia
Namun, kami tidak rela sekadar menjadi penonton semata-mata tanpa kami turut sama-sama memperjuangkannya
Kami tidak rela hidup kami sia-sia tanpa sedikitkan tidak memikirkan masalah umat
Kami tidak rela hidup keadaan adik kami, saudara, sepupu, kakak, abang, ibu, bapa dan kami sendiri terus ditipu oleh sistem kufur dan pemimpin yang korup.

Ya Allah
Kami amat merindukan Sistem Khilafah yang mensejahterakan umat Islam dan bukan Islam selama lebih 1,400 tahun dan pernah menguasai dua pertiga dunia.
Kami tidak rela diam semata-mata
Kami telah lama diam dan membisu
Kini peluang itu kini menjelma
Muktamar Khilafah 2015 Kuala Lumpur menjadi medan tokoh umat Islam dan peserta dari seluruh dunia serius membincangkan masalah umat dan penyelesaiannya mengikut hukum Islam
Bukan sekadar muktamar biasa
Tetapi medan menyemarakkan Islam di seluruh dunia dan Malaysia amnya.

Ayuh mari kita sama-sama menghadiri Muktamar Khilafah 2015
Marilah sama-sama menjadi ejen perubah umat
Marilah kita sama-sama inginkan Islam menjadi kuasa besar di seluruh dunia
Marilah kita sama-sama bergabung tenaga dengan membuang sejauh-jauhnya semangat nasionalisme, assobiyah dan perkauman demi mengamalkan kehidupan Islam
Marilah sama-sama kita berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah menegakkan Syariah dan Khilafah

Adakah RM30 itu terlalu mahal bagi anda?
Hotel Nouvele, Sungai Besi, Kuala Lumpur itu terlalu jauh bagi anda?
3 Oktober 2015 tarikh yang cukup menyibukkan anda?
Selama empat jam bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari terlalu lama bagi anda?
Wahai umat Islam yang dimuliakan seruan kebangkitan Islam sedang memanggilmu!
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment