Nisab Zakat Mal (Harta) Dan Waktunya


بسم الله الرحمن الرحيم

Zakat māl (harta) tidak wajib dikeluarkan sebelum mencapai nisab dan sudah genap satu tahun. Dari Ali bin Abi Thalib dari Nabi saw bersabda:

“Jika Anda memiliki 200 dirham, dan sudah berjalan satu haul (tahun), maka zakatnya ialah 5 dirham. Dan tidak ada kewajipan atas kamu sesuatupun – iaitu dalam emas – sehingga kamu memiliki 20 dinar. Jika kamu telah memiliki 20 dinar dan telah berlalu satu haul (tahun), maka zakatnya ialah ½ dinar.” (HR Abu Dawud).

Perhitungan tahun di sini adalah mengikut tahun hijriyah bukan tahun masihi, iaitu jika harta yang sudah mencapai nisab itu telah berjalan selama 354 hari, maka ia sudah berjalan satu haul (tahun), sehingga wajib dikeluarkan zakatnya. Dan ketika zakat sudah wajib atas harta seorang Muslim, maka kewajipan itu tidak akan terlepas darinya –sehingga dikeluarkan zakatnya.

Oleh kerana itu, jika pemilik harta yang sudah mencapai nisab itu telah berjalan satu tahun penuh, seperti yang telah kami jelaskan, maka wajib dikeluarkan zakatnya. Sehingga tidak bermaksud untuk menghabiskan harta tersebut atau sebahagian daripadanya, setelah berjalan satu tahun, sebab zakatnya tetap wajib dikeluarkan. Oleh sebab itu, anda wajib mengeluarkan zakatnya secara penuh, baik harta yang telah dihabiskan atau yang masih berbaki.

Zakat yang belum dikeluarkan ini adalah hutang yang menjadi tanggungan anda hingga zakat dikeluarkan. Maka bersegeralah mengeluarkannya, semoga Allah merahmati kamu.

Hal ini merujuk kepada keadaan di mana jika harta itu dihabiskan selepas berjalan satu tahun. Namun jika harta itu dihabiskan sebelum berjalan satu tahun, maka zakat yang wajib dikeluarkan adalah berdasarkan jumlah yang ada, dan telah berjalan satu tahun.

SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment