Program Jom Tadabbur Al-Quran Mendapat Sambutan

18.9.2015, Muar - Bersamaan 4 Zulhijjah 1436H, Tangkak. Sambutan yang cukup baik dari penduduk setempat, Muar dan Batu Pahat ke program Jom Tadabbur Al-Qur'an: Haji Simbol Ummatan Wahidah bermula jam 9.30pg hingga 11.45pg. Para peserta secara sukarela mengalunkan bacaan beberapa ayat terpilih seperti surah Al - Baqarah, ayat 196, Ali 'Imran ayat 96 dan al-Hajj ayat 27, berkenaan kewajipan haji. Manakala surah al-Baqarah ayat 213 dan Ali 'Imran ayat 103 terkait Ummatan Wahidah, sambil diterangkan hukum tajwidnya oleh Ustazah Siti Zaidah. Kemudian, setiap ayat yang dibaca dijelaskan tafsirnya oleh Ustazah Zarinah. Slot terakhir adalah penyampaian tazkirah oleh Ustazah Amani. Para peserta yang menjawab soalan dari ahli panel, diberi cenderahati kenangan.






SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment