Seorang Lagi Pengembang Dan Pemikul Dakwah Menyertai Rombongan Syuhada Di Uzbekistan


مِنَ الْمُؤْمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ فَمِنْهُم مَّن قَضَى نَحْبَهُ وَمِنْهُم مَّن يَنتَظِرُ وَمَا بَدَّلُوا تَبْدِيلًا

"Antara orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah; maka antara mereka ada yang gugur. Dan antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka tidak mengubah (janjinya). ” (TMQ Al-Ahzāb [33] : 23).

Rejim zalim Uzbekistan berketurunan Yahudi Karimov masih secara rambang dan bersikap kuku besi dalam memusuhi Islam dan memerangi umat Islam, terutamanya para pengembang dan pemikul dakwah. Di sini, saudara kami Tuliaganov Abdul Ghafur Abdul Matlouvic rahimahullāh telah syahid di dalam penjara, tempat kurungan beliau selama ini. Sekali lagi, ini adalah satu lagi bukti yang berkaitan dengan jenayah kejam Karimov.

Abdul Matlouvic pertama kali ditangkap pada tahun 2000, pada usia 52 tahun. Beliau rahimahullāh (lahir pada tahun 1948, di bandar Tashkent). Beliau dijatuhi hukuman penjara 7 tahun yang dihabiskan di penjara Bandar Kosonsoy. Selepas 7 tahun berakhir, mereka melanjutkannya lagi dengan 3 tahun kurungan yang beliau habiskan di penjara kota Tovakasay. Selepas lanjutan 3 tahun tamat, dilanjutkan lagi untuk jangka masa 3 tahun 10 bulan yang beliau habiskan dalam penjara kota Novoiy 64. Setelah lanjutan demi lanjutan itu, kemudian beliau telah dipindahkan ke penjara Tashkent Sanjurod, di mana beliau menghabiskan masa selama 6 bulan terakhir dari hidupnya. Pada bulan Mei, saudara kami Abdul Matlouvic memulakan perjalanan untuk bertemu Tuhannya. Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak menyerahkan tubuhnya yang suci kepada saudara-maranya, dan hanya diserahkan pada 19 Julai 2015.

Walaupun rejim zalim Karimov dan kumpulannya telah melakukan pelbagai jenayah, tangkapan, pemburuan, penyeksaan dan pembunuhan, tetapi semua itu tidak dapat melemahkan aktiviti para pengembang dan pemikul dakwah; para syabāb (aktivis) Hizbut Tahrir di Uzbekistan. Rejim Karimov yang berlumuran dosa ini tidak sedar bahawa pemikiran mesti dilawan dengan pemikiran, bukan dengan pembunuhan dan penindasan. Hizbut Tahrir, yang terikat kepada ideologi Islam dan hukum-hukumnya sejak awal dakwahnya di Uzbekistan hingga ke hari ini, telah membuktikan kekuatan pemikirannya, yang melekat pada tempatnya yang tinggi, dan ini bukan sahaja di Uzbekistan, tetapi juga di seluruh dunia, semua itu kerana meneladani sabda Rasulullah saw:

“Pemimpin para syahid adalah Hamza, dan seorang lelaki yang datang dan menasihati penguasa zalim, lalu penguasa zalim itu membunuhnya.”

Sesungguhnya darah dan jiwa yang suci ini akan kekal menjadi titik hitam untuk rejim Karimov dan kumpulannya, juga akan tetap menjadi saksi hidup bahawa umat Islam akan lebih memilih untuk memperjuangkan agamanya walaupun nyawa mereka yang dipertaruhkan, daripada memilih kenikmatan di dunia yang hanya sementara.

Ya, asy-syahid mempunyai kedudukan di sisi Tuhan semesta alam, sehingga manusia dan para malaikat sama-sama cemburu kepadanya. Kemenangan dengan meraih redha Allah adalah perkara yang besar, dimana untuk mendapatkannya, semua pengorbanan yang besar terasa ringan. Kami di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir menyampaikan ucapan takziah dengan ikhlas dan dari hati yang paling dalam untuk keluarga asy-syahid Tuliaganov Abdul Ghafur Abdul Matlouvic, para sahabatnya dan semua keturunannya. Kami memohon kepada Allah SWT untuk melimpahkan rahmat-Nya yang luas kepada asy-syahid, dan memuliakan kami dengan pertolongan-Nya dalam waktu terdekat, iaitu dengan tertegaknya negara Khilafah Rasyidah kedua ‘ala minhājin nubuwah, negara yang membawa keadilan dan kedamaian kepada dunia.

إِنَّ الَّذِينَ يُحَادُّونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ فِي الأَذَلِّينَ * كَتَبَ اللَّهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (TMQ. Al-Mujādalah [58] : 20-21).

Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment