Seterusnya Akan Berdirilah Khilafah ‘Ala Minhajin Nubuwah

Sesungguhnya Khilafah yang akan menyatukan umat Islam dalam satu negara. Mereka memiliki kekuatan besar ini, iaitu kewajipan dari sisi syarak, perkara yang mampu diwujudkan dari segi akal, dan keperluan dari sudut politik.

Bukankah kenyataan yang dibuat oleh Henry Bannerman, pada tahun 1906, yang merupakan salah seorang Perdana Menteri Britain, iaitu runtuhnya Khilafah menunjukkan secara jelas kedudukan strategik yang dinikmati oleh umat Islam. Menurutnya, “Umat Islam menguasai tanah yang sangat subur, yang mengandung rizab yang sangat besar, sama ada yang sudah diketahui mahupun yang belum ditemui. Mereka menguasai selat yang menghala ke jalur lalu lintas perdagangan global, juga tanah mereka merupakan tempat lahirnya banyak peradaban dan agama. Mereka mempunyai satu akidah, satu bahasa serta sejarah yang sama, dan mereka mempunyai cita-cita yang sama, sehingga tidak ada halangan semula jadi yang boleh menghalang kesatuan mereka. Jika umat ini semuanya telah bersekutu dan bersatu dalam satu negara, maka seluruh potensi dunia akan berada di dalam genggamannya, dan ia akan mencabut Eropah dari bahagian dunia yang lain (Asia dan Afrika).”


Mengapa umat Islam dan para penguasa mereka tidak merasai kekuatan yang sangat ditakuti oleh Barat ini? Mengapa mereka tidak tergerak untuk mendirikan semula Khilafah, dan melahirkan kepemimpinan dunia yang kuat? Adakah belum cukup khabar gembira daripada Rasulullah Saw ini, supaya mereka yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya bergerak, di mana Rasulullah Saw bersabda:

“Seterusnya akan berdiri semula Khilafah ‘ala minhâjin nubuwah”?
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment