Sokongan Berterusan Terhadap Kempen FreeBDSisters

Sokongan daripada Muslimah di Johor, menggesa agar kerajaan ‪Bangladesh‬ membebaskan saudari yang tidak bersalah dari penjara Bangladesh.

‪‎Hasina‬ dan ejen-ejennya telah menangkap Muslimah yang tidak bersalah, dalam perang mereka melawan Islam. Mereka cuba untuk menghalang usaha dakwah Muslimah tersebut. Namun ternyata Allah Maha Berkuasa memenangkan suara dakwah Khilafah yang kini bertebaran ke seluruh dunia.







Lagi sokongan dari Kuala Lumpur menuntut agar saudari-saudari kita dibebaskan dari panjara ‪‎Bangladesh‬. Umat Islam yang mencintai Islam kaffah akan terus bersuara dan menyokong saudari-saudari kita kerana "menyatakan yang haqq BUKAN satu jenayah", tetapi sebuah KEWAJIPAN!

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنْ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari or­ang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh.” [Fussilat 41: 33]




Sokongan dari Perak. Saudari kami, maruah kami! Wahai saudari-saudari ku, mangsa kezaliman rejim ‪‎Hasina‬, dan para Muslimah yang setia berdakwah kerana Allah, ingatlah firman Allah S.W.T. :

وَاصْبِرْ وَمَا صَبْرُكَ إِلَّا بِاللَّهِ وَلَا تَحْزَنْ عَلَيْهِمْ وَلَا تَكُ فِي ضَيْقٍ مِمَّا يَمْكُرُونَ

“Dan bersabarlah (terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan.” [An-Nahl 16:127]

Ayuh kita terus istiqamah di jalan ‪dakwah‬, dan saling bersatu menegakkan yang haq, Islam kaffah dengan Khilafah.



Sokongan dari Muslimat di Batang Kali, Kuala Lumpur. "Menyatakan yang hak bukan satu jenayah! "Sebagaimana firman Allah S.W.T. :

وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمْ الْمُفْلِحُونَ

"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan makruf (kebaikan) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.” [Ali Imran 3:104]

Bebaskan saudari-saudari kami! Saudari kami adalah maruah kami, ‪‎dakwah‬ mereka, adalah dakwah kami, ‪perjuangan‬ mereka adalah perjuangan kami!





Sokongan penuh dari Muslimat di Bandar Baru Bangi, Selangor. Sesungguhnya berdakwah, menyeru kepada Islam kaffah bukanlah satu jenayah. Bahkan seorang Muslim yang hakiki akan segera menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang manusia dari kemungkaran tanpa takut-takut kepada makhluk . Cukuplah mereka yakin kepada Allah dan Rasulnya sebagaimana firman Allah S.W.T. :

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنْ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ

"Katakanlah (wahai Muhammad): “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia kepada Allah dengan yakin dan hujjah dari Allah. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah.” [Yusuf 12:108]

Oleh itu, wahai ‪Hasina‬ dan ejen-ejenmu, takutlah kepada Allah kerana memerangi pendakwah yang menyebarkan risalah-Nya dan Rasulullah atas dasar tanggungjawab mereka sebagai hamba Allah ! Bertaubatlah dan berhentilah dari memerangi agama Allah. Bebaskan saudari -saudari kami yang tidak bersalah itu dari penjara Bangladesh yang zalim!


Para muslimah di Malaysia bersetuju bahawa menyatakan yang hak bukan satu jenayah. Bebaskan saudari-saudari kami!



SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment