Sokongan Muktamar Khilafah Pada Aidil Adha

24/9/2015, Masjid Al-Ehsan, Kinrara - Salam Aidiladha 2015. Dalam menghitung hari menuju ‪‎Muktamar‬ Khilafah 2015, ayuh kita menghayati erti pengorbanan bagi seorang Muslim.
Ketaatan sejati seorang Muslim kepada Allah SWT merupakan sebuah ketaatan mutlak, tanpa batas. Ibarat ketaatan Nabi Ismail as., yang dengan sabar dan berserah diri menerima perintah Allah SWT meski perintah itu akan berakibat hilangnya nyawanya. Ismail as. bahkan berkata kepada ayahnya:

يآ أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ سَتَجِدُنِيْ إِنْ شَاءَ اللهُ مِنَ الصَّابِرِيْنَ

"Ayah, laksanakanlah apa yang telah diperintahkan kepada engkau. Insya Allah engkau akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar" [TMQ ash-Shaffat [37]: 206].

Seperti itulah kita, kaum Muslimin seharusnya bersikap dalam melaksanakan ketaatan kita dalam seluruh aspek kehidupan. Sentiasa bersedia dan rela berkorban demi melaksanakan perintah Allah. Seorang Muslim juga mesti meyakini bahawa di balik ketaatan menjalankan semua syariah-Nya pasti ada kebaikan. Allah SWT tidak akan akan menyia-nyiakan hamba-Nya yang taat menjalani syariah-Nya.

Ayuh bersatu menegakkan Islam kaffah dengan Khilafah !




24/09/2015, Masjid Ibad Mesir - Kempen Muktamar Khilafah selepas solat Aidiladha di Masjid Ibad Mesir, bersama pelajar Universiti Al-Azhar.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment