Video Jemputan Ke Muktamar Khilafah

Sesungguhnya perjuangan menegakkan semula Khilafah ini sudah sangat hampir mencapai kemenangan. Bukti-bukti ke arah tersebut amat jelas dan tidak dapat dinafikan oleh siapa pun yang mempunyai penglihatan. Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah terus meningkatkan usaha dan doa kepada Allah SWT dalam menuju titik noktah ini. Kita mesti bersatu, malah wajib bersatu dalam menegakkan syari'ah dan Khilafah. Kita adalah umat yang satu dan haram untuk kita berpecah belah. Hanya dengan penyatuan maka barulah terbentuk kekuatan dan dengan kekuatan, kita bergerak seiringan untuk melakukan perubahan dalam rangka menegakkan syari'ah dan Khilafah.

Sebagai kesinambungan usaha ke arah ini, Hizbut Tahrir Malaysia dengan ini, berbesar hati menjemput anda ke Muktamar Khilafah 2015 dengan tema “Bersatu Menuju Perubahan Hakiki Dengan Syari'ah Dan Khilafah”.

Hadirlah ke Muktamar Khilafah ini bagi menzahirkan sokongan anda, malah sebagai tanda solidariti, usaha dan kecintaan anda kepada penyatuan dan penegakan syari'ah dan Khilafah. Insya Allah, semoga usaha kecil ini akan menjadikan kita sebahagian daripada mereka yang dimuliakan oleh Allah SWT sebagai orang yang mendirikan Khilafah 'ala minhaj nubuwwah yang telah dijanjikan melalui lisan kekasihNya, Muhammad SAW, “Kemudian akan kembali Khilafah di atas jalan kenabian…” [HR Ahmad].



















SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment