Wahai Hasina! Tindakan Memalukan Anda Yang Menangkap Muslimah...

Wahai Hasina! Tindakan Memalukan Anda yang Menangkap Muslimah Pejuang Dakwah Islam Sememangnya Akan Menguatkan Lagi Seruan untuk Khilafah!

Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Bahagian Wanita mengutuk sama sekali pemenjaraan dan penangkapan memalukan oleh si pengecut terhadap dua Muslimah Hizbut Tahrir di Bangladesh pada Ahad 30 Ogos oleh pemimpin zalim, Hasina dan samseng rejim gangster beliau. Kesalahan kecil yang dilakukan oleh dua muslimah solehah dan terhormat ini hanyalah kerana mereka berani menentang korupsi dan penindasan pemerintahan diktator dan menyerukan kepada keadilan, kesejahteraan dan kehormatan untuk dinikmati oleh umat Islam di Bangladesh di bawah pimpinan Khilafah berdasarkan jalan kenabian. Hanya diktator-diktator kejam pimpinan mereka yang tidak asing dari penipuan, korupsi dan kezaliman yang menganggap mengatakan yang hak dan menyampaikan kebenaran dan keadilan sebagai satu jenayah dan ancaman kepada negara! Sungguh, mereka merupakan rejim pembohong yang hanya melaungkan slogan-slogan kosong perlunya ‘pemerkasaan wanita’. Walhal merekalah yang memenjarakan wanita yang terlibat dalam politik sebenar menentang penindasan dan menyerukan sistem Islam yang akan memenuhi keperluan dan menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas. Rejim Hasina yang bankrap secara intelektual kerana ketandusan penyelesaian terhadap keadaan politik, ekonomi dan sosial di Bangladesh yang semakin teruk. Meskipun mereka cuba untuk membisukan pejuang Khilafah, namun Khilafah pernah dan akan menjadi sebuah alternatif yang terbukti berkesan dan berjaya dalam menjadi solusi buat masalah dan kemelut yang timbul dalam masyarakat. Rejim kejam Hasina yang sama sekali tidak cekap telah menerapkan sistem sekular yang tidak berkesan di mana pada hari ini tiada seorang pun lelaki, wanita, mahupun kanak-kanak merasa selamat, dan sistem ini telah gagal untuk membawa beratus pembunuh dan perogol ke muka pengadilan. Tetapi ia hanya memenuhkan penjaranya dengan umat Islam yang tidak bersalah di mana kesalahan mereka hanyalah mereka itu taat terhadap perintah dari Allah swt. 

Wahai Hasina! Jika anda berfikir bahawa memenjarakan pembawa dakwah Islam akan melanjutkan pemerintahan sekular anda yang menindas, anda silap sama sekali! Bi'ithnillah tidak dapat dielakkan dan pasti akan berlaku. Sesungguhnya menahan wanita Islam yang tidak bersalah kerana terdesak sedaya upaya mahu kekal berkuasa sebenarnya mendedahkan lagi sifat lemah dan menindas rejim anda dan akan mempercepatkan kematian anda insyaa Allah. Tambahan pula, kempen anda yang menentang agama ini dan orang-orang beriman kerana anda ingin menggembirakan ketua empayar barat anda tidak ada gunanya. Tidak lama lagi, anda akan menyaksikannya kehancuran di depan mata anda sendiri Bi’ithnillah dengan kembalinya Khilafah berdasarkan manhaj kenabian yang pasti terjadi. Sungguh, hanya orang yang kurang cerdik yang percaya mereka mampu melancarkan peperangan menentang Allah dan menang!!!

Wahai Hasina! Adakah anda berfikir bahawa dengan menahan muslimah yang taat ini akan menanamkan rasa takut dalam hati para Muslimah pembawa dakwah Hizbut Tahrir dan menghalang kami daripada terus berusaha untuk mencapai matlamat murni kami? Tidak! Sebaliknya, ia meningkatkan keazaman kami untuk melihat kejatuhan diktator seperti anda dan melihat wujudnya kelahiran sebuah negara yang akan menjadi pemenuhan keperluan kami dan perisai buat agama kami. Anda mungkin boleh merantai tangan pejuang dakwah tetapi anda tidak boleh merantai kebenaran. Ia akan bangkit dan pejuangnya akan bertambah berkali ganda tidak kira betapa banyak taktik rapuh yang anda jalankan untuk menghentikannya. Kami akan balas kezaliman anda dengan usaha yang lebih besar dan suara yang lebih kuat bagi penubuhan Khilafah berdasarkan jalan kenabian di mana pemerintah-pemerintah dan rejim yang telah menzalimi umat ini dan menyerang agama ini akan merasakan akibat yang teruk bagi kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan. Justeru itu, kami menuntut agar anda membebaskan saudara kami segera dan juga umat Islam lain yang tidak bersalah yang ditahan di penjara-penjara anda. Anda juga seharusnya sedar akan kehinaan yang telah tertimpa kepada para penjenayah seperti anda di dunia ini dan juga hukuman menyakitkan yang menanti mereka di akhirat nanti.

“Orang-orang yang berdosa, nanti akan ditimpa kehinaan di sisi Allah dan siksa yang keras disebabkan mereka selalu membuat tipu daya.” [Al-An'am: 124].

Semoga Allah menguatkan hati dan memberikan kesabaran, ganjaran dan perlindungan kepada saudara-saudara kami yang berani, yang dikasihi dan kepada semua pengembang dakwah yang teguh yang telah dipenjarakan di penjara-penjara di seluruh dunia. Semoga Allah menghilangkan penderitaan mereka dan membalas dendam mereka yang telah menindas orang-orang yang tidak bersalah ini dan mengembalikan mereka kepada keluarga mereka yang tersayang dalam waktu terdekat. Ameen. Dan ucapan kami kepada semua yang berani menyeksa orang-orang mukmin yang ikhlas; Awas! Pengakhiran kepimpinan anda semakin hampir!!! 

“Sesungguhnya orang-orang yang menetang Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk orang-orang yang sangat hina. Allah telah menetapkan "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang .” Sungguh, Allah Mahakuat lagi Mahaperkasa.” [Al-Mujadila: 20-21]

Dr. Nazreen Nawaz
Pengarah 
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir Bahagian Wanita


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment