Fikratul Ummah Oktober 2015


Muqaddimatul Kalam

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barokatuh….

Berabad-abad lamanya, syariah Islam telah dilabelkan sebagai musuh hak-hak wanita yang melambangkan kebencian serta merendahkan martabat, memperhambakan dan menindas wanita. Beberapa tahun kebelakangan ini terdapat serangan tidak henti-henti oleh golongan feminis dan ahli politik sekular, media dan institusi yang menentang undang-undang sosial dan keluarga Islam yang tertentu termasuk pemakaian dalam Islam, undang-undang warisan dan hak-hak perkahwinan serta tanggungjawab yang telah digelarkan sebagai terkebelakang, tidak adil dan diskriminasi terhadap wanita.

Pandangan negatif begitu terhadap syariah berpunca dari percanggahan hukum Islam dengan aspirasi Barat seperti kesetaraan gender atau kebebasan.Walaubagaimanapun, terdapat juga kesan terhadap penindasan sebenar yang dideritai oleh wanita di beberapa komuniti Islam oleh kerana tradisi yang berlawanan dengan Islam seperti kahwin paksa atau pembunuhan bermaruah (honour killings), juga ketundukan mereka di bawah peraturan negara seperti Arab Saudi, Iran dan Sudan yang meneruskan sandiwara menerapkan syariah namun hakikatnya tidak ada penerapan syariahnya melainkan hanya memenuhi keinginan para Raja, teokrasi dan pemerintah diktator.

Oleh itu, FU kali ini mengeluarkan beberapa ulasan berita mengenai isu wanita yang kononnya dikatakan ditindas akibat daripada pelaksanaan hukum syara’ ke atas diri mereka. Kami akan membalas tuduhan melulu terhadap beberapa hukum Islam tertentu yang berkaitan dengan wanita, dan menjelaskan dasar, nilai-nilai dan undang-undang sistem sosial Islam yang unik dan impak positifnya terhadap wanita, anak-anak, kehidupan bekeluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.

Kami juga akan membongkarkan kebenaran di sebalik kenyataan kelompok feminis bahawa kononnya mereka menyediakan jalan ke arah pembebasan wanita dari penindasan. Melalui rujukan yang jelas dari kitab-kitab Islam dan dari sejarah serta institusi negara Khilafah yang bakal berdiri, kami berharap dapat membantu umat Islam dan juga mereka yang bukan beragama Islam mendapat gamabaran yang jelas mengenai kehidupan wanita di bawah pelaksanaan syariah yang sebenar dan bagaimana penerapannya di pelbagai lapisan masyarakat mampu untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi wanita pada hari ini.

Wallahu’alam..
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment