Maksud Hijrah Secara Syar'ie

Maksud Hijrah secara syar'ie ialah خروج من دار الكفر إلى دار الإسلام (al-khuruj min dar al-kufr ila dar al-Islam), keluar dari negara kufur ke negara Islam.

Di antara dalil yang melandasinya adalah hadis Nabi SAW:
"Tidak ada hijrah setelah penaklukan Mekah" [HR Bukhari dari Mujalis bin Mas'ud]

Sebelum berlaku penaklukan Mekah, Mekah merupakan Darul Kufur yang penuh dengan praktik-praktik kemaksiatan. Ketika itu, perpindahan dari Mekah ke Madinah dikenali sebagai hijrah.

Namun, ketika Mekah sudah ditakluki, Mekah berubah statusnya menjadi sebahagian dari Darul Islam. Hadis ini menjelaskan, sesudah penaklukan Mekah (Fath Makkah), perpindahan dari Mekah ke Madinah tidak lagi dianggap sebagai hijrah. Hal ini tidak sahaja berlaku hanya di Mekah, namun berlaku juga di semua negeri yang telah ditakluki Daulah Islam.

Dalam riwayat yang lain, digunakan lafaz yang bersifat umum,
"Tidak ada hijrah sesudah penaklukan" [HR Bukhari dari Ibnu 'Abbas dan Ibnu Umar]

Bertolak dari hadis ini dapat disimpulkan bahawa istilah hijrah menunjuk kepada perpindahan dari Darul Kufur ke Darul Islam
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment