Ucapan Daripada Dr Mohammad Malkawi


Pidato ketiga yang bertajuk "Hegemoni Barat & kebangkitan Islam" yang disampaikan oleh Dr Mohammad Malkawi iaitu Aktivis Hizbut Tahrir Jordan

Sebuah Perjuangan Yang Pasti – Hegemoni Barat dan Kebangkitan Islam

(61). وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ قَالَ أَأَسْجُدُ لِمَنْ خَلَقْتَ طِينًا

Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu semua kepada Adam", lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata: "Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah?"


(62). قَالَ أَرَأَيْتَكَ هَٰذَا الَّذِي كَرَّمْتَ عَلَيَّ لَئِنْ أَخَّرْتَنِ إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَأَحْتَنِكَنَّ ذُرِّيَّتَهُ إِلَّا قَلِيلًا

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil".


(63). قَالَ اذْهَبْ فَمَنْ تَبِعَكَ مِنْهُمْ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاؤُكُمْ جَزَاءً مَوْفُورًا

Tuhan berfirman: "Pergilah, barangsiapa di antara mereka yang mengikuti kamu, maka sesungguhnya neraka Jahannam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.



(64). وَاسْتَفْزِزْ مَنِ اسْتَطَعْتَ مِنْهُمْ بِصَوْتِكَ وَأَجْلِبْ عَلَيْهِمْ بِخَيْلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكْهُمْ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ وَعِدْهُمْ ۚوَمَا يَعِدُهُمُ الشَّيْطَانُ إِلَّا غُرُورًا
Dan desak serta pujuklah siapa yang kamu sanggupi di antara mereka dengan ajakanmu, dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukanmu yang berjalan kaki dan bersyarikatlah dengan mereka pada harta dan anak-anak dan beri janjilah mereka. Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipu daya belaka.



(65). إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ ۚوَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلًا
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku, Kamu tidak dapat berkuasa atas mereka. Dan cukuplah Tuhan-mu sebagai Penjaga".
(Surah al-Isra’)

                Sikap sombong, keras hati dan jahil menyebabkan Iblis menderhaka terhadap ketentuan dan perintah Allah (عز وجل). Dan oleh itu di dalam sejarah penciptaan manusia, para Nabi dan Rasul dan segala pengikut mereka adalah di pihak yang mendapat petunjuk, manakala Iblis dan pengikutnya berada di pihak yang menderhaka, kafir dan sesat.
Para pemerintah zalim selalu melihat risalah kebenaran dan petunjuk sebagai suatu yang mengancam keberadaan sistem mereka, yang membenarkan mereka melakukan opresi dan kezaliman terhadap rakyat mereka. Pada masa yang sama, risalah yang diturunkan oleh Allah (سبحانه وتعالى) adalah risalah yang mempunyai petunjuk hidayah, keadilan, mengeluarkan daripada kegelapan kepada cahaya petunjuk, membawa kemiskinan kepada kekayaan, kezaliman kepada keadilan, dan kebebasan daripada kerosakan. 
Pertembungan di antara kedua pihak ini diterangkan oleh Allah di dalam Quran, iaitu satu pihak berusaha untuk keluar daripada kegelapan dan kejahilan, manakala satu pihak lagi mahu terus kekal di dalam kegelapan dan kejahilan.

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى
الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ (257)
Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan. Mereka adalah penghuni neraka. Mereka kekal di dalamnya.
(Surah al-Baqarah)
Melalui jalan ini, para penyokong kezaliman dan opresi terhadap Islam dan keadilan sentiasa mendapatkan manfaat daripada sistem yang zalim ini. Mereka adalah penguasa-penguasa yang memerintah dengan sistem ini. Al-Quran menggunakan lafaz  “الملأ” yang bermakna penguasa atau orang yang memerintah. Di dalam Surah al-A’raf, al-Quran berkali-kali merujuk mereka semua sebagai “الملأ”, iaitu para penguasa yang menjadi musuh kepada dakwah yang dibawa oleh Nabi Hud, Nuh, Saleh, Syu’aib  dan Musa.
قَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ (60) (نوح عليه السلام)
 Pemuka-pemuka dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami memandang kamu berada dalam kesesatan yang nyata”
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ إِنَّا لَنَرَاكَ فِي سَفَاهَةٍ وَإِنَّا لَنَظُنُّكَ مِنَ الْكَاذِبِينَ(66)  (هود(
Pemuka-pemuka yang kafir dari kaumnya berkata: “Sesungguhnya kami benar-benar memandang kamu dalam keadaan kurang akal dan sesungguhnya kami menganggap kamu termasuk orang-orang yang berdusta”
قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِن قَوْمِهِ لِلَّذِينَ اسْتُضْعِفُوا لِمَنْ آمَنَ مِنْهُمْ أَتَعْلَمُونَ أَنَّ صَالِحًا مُّرْسَلٌ مِّن رَّبِّهِ ۚ قَالُوا إِنَّا بِمَا أُرْسِلَ بِهِ مُؤْمِنُونَ (75)   (النبي صالح)
 Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri di antara kaumnya berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah yang telah beriman di antara mereka: “Tahukah kamu bahwa Saleh diutus (menjadi rasul) oleh Rabbnya?”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya kami beriman kepada wahyu, yang Saleh diutus untuk menyampaikannya”

قَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ اسْتَكْبَرُوا مِن قَوْمِهِ لَنُخْرِجَنَّكَ يَا شُعَيْبُ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَكَ مِن قَرْيَتِنَا أَوْ لَتَعُودُنَّ فِي مِلَّتِنَا ۚ قَالَ أَوَلَوْ كُنَّا كَارِهِينَ (88) (نبي شعيب)
 Pemuka-pemuka dari kaum Syu’aib yang menyombongkan diri berkata: “Sesungguhnya kami akan mengusir kamu hai Syu’aib dan orang-orang yang beriman bersamamu dari kota kami, kecuali kamu kembali kepada agama kami”. Berkata Syu’aib: “Dan apakah (kamu akan mengusir kami), meskipun kami tidak menyukainya?”
(90)وَقَالَ الْمَلَأُ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن قَوْمِهِ لَئِنِ اتَّبَعْتُمْ شُعَيْبًا إِنَّكُمْ إِذًا لَّخَاسِرُونَ
Pemuka-pemuka kaum Syu’aib yang kafir berkata (kepada sesamanya): “Sesungguhnya jika kamu mengikuti Syu’aib, tentu kamu jika berbuat demikian (menjadi) orang-orang yang merugi”.
قَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ إِنَّ هَٰذَا لَسَاحِرٌ عَلِيمٌ(109)
Pemuka-pemuka kaum Fir’aun berkata: “Sesungguhnya Musa ini adalah ahli sihir yang pandai
وَقَالَ الْمَلَأُ مِن قَوْمِ فِرْعَوْنَ أَتَذَرُ مُوسَىٰ وَقَوْمَهُ لِيُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ وَيَذَرَكَ وَآلِهَتَكَ ۚ قَالَ سَنُقَتِّلُ أَبْنَاءَهُمْ وَنَسْتَحْيِي نِسَاءَهُمْ وَإِنَّا فَوْقَهُمْ قَاهِرُونَ (127)  (نبي موسى)
Berkatalah pembesar-pembesar dari kaum Fir’aun (kepada Fir’aun): “Apakah kamu membiarkan Musa dan kaumnya untuk membuat kerusakan di negeri ini (Mesir) dan meninggalkan kamu serta ilah-ilahmu?” Fir’aun menjawab: “Akan kita bunuh anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup perempuan-perempuan mereka dan sesungguhnya kita berkuasa penuh di atas mereka”

Muhammad (SAW) telah mengalami halangan daripada para penguasa. Al-Quran memberikan gambaran tentang kesombongan Abu Jahal, Abu Lahab, al-Waleed dan orang-orang seperti mereka yang merupakan musuh kepada dakwah Islam. Abu Jahal bersumpah untuk menjadi penghalang kepada dakwah Rasulullah (SAW), Al-Waleed juga telah mengetuai sekumpulan orang-orang yang membantah dan menghalang “المكذبين” dakwah daripada diluaskan.

8 )   فَلَا تُطِعِ الْمُكَذِّبِينَ ( 9 )   وَدُّوا لَوْ تُدْهِنُ فَيُدْهِنُونَ ( 10 )   وَلَا تُطِعْ كُلَّ حَلَّافٍ مَّهِينٍ ( 11 )   هَمَّازٍ مَّشَّاءٍ بِنَمِيمٍ
( 12 )   مَّنَّاعٍ لِّلْخَيْرِ مُعْتَدٍ أَثِيمٍ ( 13 )   عُتُلٍّ بَعْدَ ذَٰلِكَ زَنِيمٍ
Maka janganlah engkau ikuti orang yang mendustakan
Maka mereka menginginkan supaya engkau bersikap lembut, lalu mereka bersikap lembut
Dan janganlah engkau ikuti setiap orang yang suka bersumpah lagi hina 
 Yang suka mencela, menyebarkan fitnah
  Yang menghalangi kebaikan, yang melampaui batas lagi banyak dosa
Yang bersikap kasar, selain daripada itu terkenal kejahatannya. 
(Surah al-Qalam)

Walau bagaimanapun, meskipun dengan kesemua kezaliman yang dikenakan terhadap Rasulullah (SAW) dan halangan yang baginda (SAW) hadapi dari golongan penguasa dan bangsawan, Islam telah berkembang, dan Rasulullah (SAW) telah berjaya membina struktur yang kuat untuk Islam berkembang pesat. Tidak boleh dinafikan bahawa, pertolongan dari Allah mengatasi segala komplot dan rancangan yang dilakukan oleh penguasa zalim dan jahat.


وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ ۚ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ ۖ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ (30)

“Ingatlah ketika orang-orang kafir membuat konspirasi terhadapmu untuk menangkap, membunuh, atau mengusirmu. Mereka membuat konspirasi dan Allah menggagalkan konspirasi mereka. Allah adalah sebaik-baik Pembuat konspirasi” (Surah al-Anfal)

Para kuffar akan sentiasa merancang untuk memadamkan Deen Allah iaitu Islam dan meruntuhkan struktur teguh Islam, yang telah dibina oleh Rasulullah (SAW) dan diteruskan oleh para sahabatnya, yang dikembangkan selama berkurun-kurun lamanya oleh umat Islam yang taat kepada Allah dan RasulNya.

Perang Salib dan serangan Mongol terhadap struktur Islam tersebut adalah usaha yang serius untuk meruntuhkannya. Serangan mereka telah mengakibatkan bencana besar kepada umat Islam dan telah menghentikan perkembangan Islam. Umat Islam telah mengalami kekalahan dan bencana untuk jangka masa yang panjang. Walaupun begitu, umat Islam tidak putus harapan, di mana faktor penggerak umat adalah kekuatan akidah Islam dan kekayaan idea-idea baru dalam minda umat Islam. Umat Islam mengekalkan struktur Khilafah, walaupun ianya kurang berkesan dan lemah pada jangka masa yang panjang. Umat Islam bangkit semula daripada serangan dan kekalahan kepada kuasa kuffar dan seterusnya bergerak maju ke hadapan sekali lagi.

Daulah Khilafah telah kembali ke arena politik dunia dan sekali lagi menjadi negara yang terkuat. Ianya memberikan contoh terbaik di dalam mengaturkan masyarakat dan negara berpandukan kepada Ahkam Syariah dan memberikan contoh terbaik untuk keadilan kepada  masyarakat dan sistem terbaik kepada masyarakat yang hidup di dalamnya. Ianya berlaku apabila Eropah berada di dalam zaman kegelapan dan kemunduran berfikir, di mana Daulah Khilafah berada di hadapan dengan kemajuan material, dengan penduduknya menerima keadilan dan keamanan daripada negara.

Carly Fiorina, mantan CEO Hewlett-Packard dan calon Presiden Amerika Syarikat telah menulis pada September 2001 tentang madaniyyah Islam, “Saat di mana semua negara takut kepada perkembangan ilmu pengetahuan, suatu negara yang lain telah hidup dengannya dan mengekalkannya. Apabila terdapat golongan yang mahu melenyapkan ilmu pengetahuan dari zaman yang lepas, negara ini telah mengekalkan ilmu pengetahuan dan menyampaikannya kepada generasi seterusnya. Madaniyyah Barat zaman moden ini mempunyai asas yang hampir sama dengan negara tersebut. Negara yang saya maksudkan adalah Khilafah Islam yang merangkumi pemerintahan Uthmaniyyah, dan kota-kota Baghdad, Damsyik dan Kaherah, dan para pemerintah yang agung seperti Suleiman”.

Negara umat Islam yang kuat dan berpengaruh telah diruntuhkan pada awal kurun ke 20, apabila parti Turki Muda yang dipimpin oleh Mustafa Kamal yang merupakan agen British telah meruntuhkan struktur Khilafah Uthmaniyyah di Istanbul pada 3 Mac 1924. Dan Menteri Luar British pada masa itu, Lord Curzon telah berucap selepas runtuhnya Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, “Kita telah memusnahkan kekuatan moral Turki, iaitu Khilafah dan Islam. Turki telah runtuh dan tidak akan bangkit semula. Kita perlu memastikan bahawa tidak akan wujud semula kesatuan umat Islam dari segi intelektual dan politik pada masa hadapan”.

Berlainan dengan serangan Salib dan Mongol pada zaman lepas, para penjajah British dan Perancis berjaya melemahkan upaya umat Islam daripada bangkit semula daripada kekalahan dan kemunduran ini.

Suatu rancangan ideologi, ketenteraan, pendidikan, ekonomi dan moral yang cekap telah dilancarkan di bawah suatu penyatuan. Britain, Perancis, Itali, Sepanyol dan Portugal semua merancang untuk membahagikan wilayah umat Islam kepada bahagian yang kecil. Britain dan Perancis telah membahagikan wilayah Timur Tengah melalui perjanjian Sykes-Picot kepada negara-negara kecil dan lemah seperti Transjordan, Lebanon, Palestine, Iraq and Syria. Selepas itu, Britain membahagikan pula wilayah-wilayah Arab di Teluk kepada negara-negara kecil Qatar, UAE, and Oman. 1.6 billion umat Islam hidup dengan lebih daripada lima puluh negara berlainan pada zaman ini akibat perpecahan yang diusahakan oleh kafir penjajah. Negara besar menjadi miskin, sementara negara kecil menjadi kaya-raya.

Di dalam zaman penjajahan, terdapat penyelewengan terhadap fikrah-fikrah Islam. Idea assabiyyah (kebangsaan) dan wataniyyah (kenegaraan) walaupun adalah bertentangan dengan Islam, telah menggantikan idea kesatuan di dalam Islam. Dalam era penjajahan, umat Islam telah diseru untuk memperjuangkan bangsa dan negara, kemerdekaan dan bendera kebangsaan dan kenegaraan. Pemimpin kebangsaan seperti Naser dari Mesir, Jinnah dari Pakistan, Kamal dari Turki, Saddam dari Iraq telah dibantu oleh kafir penjajah untuk memerintah umat Islam dan diletakkan lebih tinggi daripada para Nabi dan Rasul.

Untuk selama 20 tahun, Islam dilihat sebagai penyebab umat Islam mundur dan kebelakang dan dilihat sebagai suatu yang aib dan bukannya kemuliaan dan kebesaran. Idea-idea komunisma, sosialisma dan assabiyyah (nasionalisma) dilihat sebagai lebih baik daripada Islam. Ini adalah akibat daripada proses jangka masa panjang yang didasari oleh gerakan kemerdekaan yang membawa idea-idea yang bertentangan dengan Islam yang disokong oleh kuasa penjajah. Ini termasuklah Gerakan Kemerdekaan Algeria yang membawa idea-idea sosialis dan assabiyyah telah disokong oleh Naser yang dibantu oleh perisik Amerika Syarikat. Juga gerakan nasionalisma di Yemen yang berperang menentang penjajahan British di Aden telah diberikan kemenangan percuma oleh British. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) merupakan pertubuhan yang turut dianggotai oleh gerakan sosialis dan nasionalis yang menolak sebarang keanggotaan oleh mana-mana gerakan yang menjadikan Islam sebagai asas mereka.

Kurikulum pendidikan di negara umat Islam telah dirangka sedemikian rupa untuk membina keperibadian yang bertentangan dengan Islam. Sejarah umat Islam telah diperkenalkan dengan cara sedemikian rupa untuk melemahkan pegangan umat Islam terhadap Islam. Imej yang diberikan kepada golongan muda terhadap Islam adalah imej yang lemah dan tidak berupaya untuk memberikan kesan kepada kehidupan. Malah para graduan dari Al-Azhar mempunyai pandangan yang meyeleweng terhadap Islam yang menyokong pemisahan di antara agama dengan politik negara dan masyarakat. Kebanyakan umat Islam termasuklah para penuntut di dalam madrasah membawa idea-idea yang defensif terhadap Islam, bila mana mereka terpaksa berhadapan dengan serangan daripada kafir Barat. Ketidakyakinan terhadap Islam telah menyebabkan ramai yang mempertahankan Islam mengambil langkah-langkah yang hakikatnya bertentangan dengan Islam itu sendiri.

Contohnya, sesetengah ulama Islam mengatakan bahawa Islam mempunyai undang-undang yang bercorak sosialis dan komunis, sebagai tindakbalas terhadap golongan komunis yang memperjuangkan keadilan sosial. Buku Sosialism dalam Islam oleh Sibaii adalah contoh yang baik. Sesetengah ulama Islam mengatakan bahawa Syura di dalam Islam boleh disamakan sebagai demokrasi, sebagai tindakbalas terhadap pendapat bahawa demokrasi adalah pemerintahan tertinggi di dunia. Banyak gerakan Islam mendukungi pendapat sedemikian seperti Nahdha di Tunis, Ikhwan di Mesir and ‘Adallah di Turki. Di dalam sektor ekonomi pula, umat Islam menerima banyak sistem ekonomi Kapitalis seperti perbankan Islam, pasaran saham Islam dan juga pengambilan riba dengan syarat tertentu. Banyak forum cuba merapatkan perhubungan agama wahyu seperti Kristian dan Judaism telah dianggotai oleh ramai umat Islam. Usaha untuk menyesuaikan umat Islam dan idea-idea Islam di dalam masyarakat Barat berlangsung begitu rancak dan berterusan.

Poin yang penting adalah umat Islam semasa zaman penjajahan telah menerima banyak idea dan pemikiran yang bertentangan dengan Islam dan tidak mempunyai keyakinan terhadap upaya Islam mengaturkan kehidupan dan menyelesaikan permasalahan mereka. Dan lebih buruk lagi, umat Islam telah melaksanakan sistem ekonomi kuffar. Zakat dikutip tetapi umat Islam secara umumnya tidak mengetahui cara untuk menyelesaikan kemiskinan, mengutip kekayaan dan mendermakannya, mengurus kekayaan dan kepemilikan. Idea matawang dalam Islam dan piawaian emas jarang kedengaran walaupun di kalangan ulama terkenal Islam.

Secara hakikinya, umat Islam telah kehilangan banyak daripada sistem kehidupan yang sepatutnya mengaturkan kehidupan umat Islam di dalam masyarakat dan negara. Berbeza dengan serangan terhadap umat Islam pada kurun yang lampau yang mana umat Islam hanya kalah di dalam pertempuran, tetapi kali ini umat Islam telah kehilangan cara bagaimana untuk membangkitkan kembali kehidupan Islam. Mereka kehilangan cara berfikir Islam dan khazanah pemikiran Islam. Mereka telah hilang keyakinan terhadap Islam dan meletakkan harapan terhadap musuh Islam. Kekalahan besar ini telah diacukan terhadap umat Islam melalui para intelektual, media, penguasa boneka dan agen kepada kafir Barat.

Apabila sekumpulan umat Islam terbit daripada keruntuhan kehidupan Islam dan telah bertekad untuk mengembalikan keyakinan terhadap Islam, mendirikan semula kehidupan Islam yang sebenar, yang menjadikan Islam kembali mendominasi kehidupan, mereka berhadapan dengan kekerasan daripada penguasa yang mahu menghentikan kembalinya dominasi Islam tersebut. Hizb-Ut-Tahrir mengetahui bahawa usaha yang keras terpaksa dilakukan untuk mengembalikan Islam dengan memurnikan idea-idea Islam, mengembalikan keyakinan Islam kepada umat Islam, dan memberikan keyakinan yang tinggi terhadap Islam yang boleh mengembalikan posisi umat Islam sebagai umat terbaik dan menjadi faktor kebangkitan umat Islam.

Hizb-Ut-Tahrir menyeru supaya Islam dapat bergerak di dalam masyarakat, perlunya ada suatu metod yang dapat melaksanakan kembali Islam dalam masyarakat, dan metod ini semestinya datang dari Islam itu sendiri. Dan untuk sistem ini dapat berfungsi dengan betul dan berkesan ianya mestilah berasaskan kepada pemikiran terhadap masalah semasa dan dapat menghasilkan idea yang betul dan sah. Proses ini adalah suatu yang perlahan tetapi yang dapat memberikan solusi jangka masa panjang. Dan proses tersebut adalah proses yang memakan masa dan tenaga yang banyak.

Walaubagaimana besar pun halangan yang dikenakan terhadap HT, idea Khilafah telah dilihat sebagai sistem politik yang sah dalam Islam. Sistem politik Khilafah telah menjadi alternatif yang kuat bagi banyak gerakan Islam walaupun asal usul permulaan mereka bukanlah untuk mendirikan semula Khilafah. Kejayaan dari segi ideologi telah memaksa ramai di Barat untuk memandang serius tentang kebangkitan Daulah Khilafah.

Patrick Buchanan, seorang mantan calon presiden telah menulis pada tahun 2008 suatu artikel bertajuk “An Idea Whose Time Has Come”, tentang kewujudan sebuah Daulah Islamiyyah. Noah Feldman juga telah menyatakan pendapat yang sama di dalam bukunya bertajuk book “The Fall and Rise of the Islamic State. Dan tweet daripada Mohammad Elabiari pada Jun 2014, mengatakan bahawa kewujudan sebuah Khilafah adalah tidak dapat dielakkan, dan AS perlulah mempunyai suatu pelan perancanganan untuk menghalangnya daripada berdiri.

Mantan Setiausaha Pertahanan AS iaitu Rumsfeld telah memberikan amaran akibat dari menceroboh dan menjajah Irak, tentang terdirinya gerakan pemisah di mana “Iraq akan menjadi asas untuk Khilafah Islam yang baru, dan kita membuat kesilapan yang besar sekiranya tidak memberikan perhatian terhadapnya”. Beberapa laporan lain telah menyusul yang menyatakan bahawa berdirinya Khilafah akan mengancam kewujudan negara elit yang lain.

Laporan Rand (2008) telah menyatakan “Pertembungan yang sangat besar yang berlaku di dalam wilayah umat Islam adalah pertembungan idea”. Mantan Perdana Menteri Itali, Berlusconi, membongkarkan hegemoni dan permusuhan Barat terhadap Islam dengan mengatakan “Barat akan sentiasa menjajah umat Islam walaupun terpaksa berdepan dengan negara Islam”. Suatu kenyataan yang lebih tepat mengenai fakta tersebut adalah daripada eksekutif Pentagon iaitu Wolfowitz yang mengatakan “Perang kami menentang keganasan adalah perang menentang orang jahat dan perang mengenai idea dan pemikiran”. Ini membuktikan bahawa Barat memang memandang secara serius tentang kebangkitan Islam.

Pada dekad yang terakhir, AS, Britain, Perancis dan Russia telah memberikan sokongan kepada penguasa zalim dan diktator yang bertujuan untuk menghalang daripada tertegaknya negara, ideologi ataupun sistem yang akan mengancam ideologi Barat dan cara hidup mereka. AS telah memberikan sokongan kepada Mubarak hingga ke hari terakhir dia berkuasa, walaupun bertentangan dengan prinsip mereka sendiri, dan juga memberikan sokongan kepada rampasan kuasa yang membebaskan Mubarak daripada menerima hukuman ke atas kezaliman beliau. AS juga memberikan sokongan kepada Bashar Assad in Syria, walaupun segala pembunuhan dan kemusnahan yang telah berlaku keatas rakyat, di atas sebab yang tidak lain daripada revolusi yang akan membawa kepada tertegaknya Khilafah. Sokongan kepada penguasa zalim dan diktator di negara-negara umat Islam di Timur Tengah dan dunia Islam keseluruhanya berlangsung selama lebih daripada lima dekad berlaku di kawasan di mana majoriti daripada yang dizalimi adalah yang mahu mendirikan semula Khilafah Islam.

Polisi yang dilaksanakan oleh Barat adalah untuk menghalang daripada tertegaknya Khilafah Islam dan menghalang segala jenis kesatuan di kalangan umat Islam. Pendirian Israel di kawasan tanah suci umat Islam adalah sebahagian daripada polisi jangka panjang ini. Bermula pada tahun 1917 di mana deklarasi Balfour yang menjanjikan negara untuk kaum Yahudi, masalah Israel dan Palestine telah selalu dipergunakan sebagai suatu kaedah untuk mengalih dan menghalang umat Islam daripada bersatu dan kembali semula kepada solusi Islam. Setiausaha AS, Clark Clifford berkata pada 14 May 1948, apabila AS mengiktiraf Israel, “Negara Yahudi adalah penting kepada keselamatan jangka-panjang kami”. Keselamatan negara Israel telah menjadi isu yang sangat penting untuk AS dan Eropah.  Obama dalam suatu kenyataan kepada AIPAC pada 22 May 2011, “AS bertekad memastikan keselamatan Israel”. Kongress AS telah mengulangi kenyataan Obama pada 24 May 2011, “AS adalah begitu komited kepada keselamatan Israel”.

AS menggunakan kekayaan minyak umat Islam sebagai aset strategik untuk mengekalkan kekuasaan mereka di Timur Tengah dan dunia Islam secara amnya, dan menghalang sebarang usaha untuk mendirikan semula Islam. Doktrin Roosevelt pada 1943 menyatakan bahawa “Keselamatan Saudi Arabia adalah sangat penting untuk AS”. Doktrin tersebut diulangi semula oleh Truman pada tahun 1953, yang mana telah mengatakan bahawa “Saudi Arabia adalah di bawah naungan AS”. Pada 1979, doktrin Carter AS akan menggunakan segala kekuasaan mereka untuk mengekalkan cengkaman mereka terhadap kekayaan minyak di Timur Tengah, yang memberikan gambaran bahawa kekayaan minyak umat Islam adalah sangat penting untuk AS. Pada 1991, AS memerangi Irak untuk mengekalkan dominasi dan kekuasaan mereka di wilayah Timur Tengah. Pada 2001, AS menceroboh Afghanistan dan membubarkan pentadbiran Islami, adalah penting untuk keselamatan mereka. Juga, George Bush secara terperinci mengatakan bahawa perang penjajahan ke atas Afghanistan dan Irak adalah sebahagian daripada perang salib.

AS menakrifkan makna sebenar tentang “kepentingan AS” dari segi kekayaan minyak dan kepentingan ekonomi. Maka mendirikan dan mengembalikan semula Islam akan menghalang semua usaha AS dan Eropah daripada mengeksploitasikan kekayaan umat Islam dan merompak segala kekayaan umat Islam seperti minyak, gas asli, galian dan emas. Selepas menceroboh Afghanistan pada 2001, AS meletakkan agen mereka iaitu Karzai dan Zalmay Khalizad yang merupakan sebahagian daripada bekas anggota syarikat minyak Unocal. Semasa pencerobohan Irak pada 2003, sebahagian dari Irak yang bebas daripada ancaman adalah telaga minyaknya.

Dalam beberapa dekad yang telah lalu, AS telah membina banyak pangkalan ketenteraan di pelbagai wilayah umat Islam dengan alasan mahu memberikan keselamatan kepada agen penguasa mereka dan sumber minyak tersebut. Pada hakikatnya, pangkalan tersebut adalah digunakan untuk menghalang segala macam kekuasaan yang akan meruntuhkan para agen penguasa mereka. Pangkalan ketenteraan AS telah dibina di serata Afghanistan, Pakistan, Turki, Saudi Arabia, Iraq, Kuwait, Qatar, UAE, Oman, and selainnya.

Selain daripada menggunakan kekuatan ketenteraan, AS dan Eropah berjaya menggunakan senjata ekonomi dan kewangan untuk mengekalkan kekuasaan dan pengaruh mereka. Bank Dunia dan IMF telah mengakibatkan negara umat Islam mengalami beban hutang yang sangat besar yang menghalang mereka daripada menggunakan kekayaan sumber asli untuk menempuh kemajuan. Juga negara umat Islam mengalami kesukaran untuk membayar beban hutang tersebut, dan mengakibatkan segala infrastruktur untuk kemajuan tidak dapat dibangunkan. Jumlah hutang luar negara umat Islam adalah melebihi USD 700 bilion.

Di dalam usaha mereka untuk menghalang kembalinya semula Islam, bekas Perdana Menteri British, Gordon Brown mencadangkan perang sebagaimana yang dilancarkan oleh Barat ke atas Komunisma yang pernah dilancarkan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Beliau mengatakan bahawa “Perang pemikiran yang dilancarkan terhadap Komunisma dari 1940 dan selepas 1950, adalah apa yang kita perlu lakukan sekarang (terhadap Islam). Perang pemikiran dan idea terhadap Islam adalah sengit dan berlanjutan. Propaganda Barat telah mengkelaskan umat Islam kepada beberapa golongan seperti moderat, ekstremis, fundamentalis, pengganas dan yang setara dengannya. Tujuannya adalah untuk memperkenalkan interpretasi yang baru tentang Islam, di mana akidah adalah hanya kepercayaan yang sama dengan kepercayaan yang lain, dan hukum-hakam Islam adalah merupakan pilihan sama ada seorang Muslim mahu menerimanya atau menolaknya, dan jihad adalah hanya melawan nafsu dan disiplin diri sendiri, dan sejarah Islam adalah hanya fiksyen dan mitos semata-mata. Perang pemikiran ini bertujuan untuk menjadikan umat Islam memilih negara bangsa mereka sekarang dan bukannya Khilafah Islam.

Revolusi Arab yang telah berlangsung tidak lama dahulu memberikan kesan yang mendalam terhadap para pemikir Barat. Selepas keberanian rakyat keluar untuk berdemonstrasi di kota kota Kaherah, Tunis, Tripoli, di Yemen dan Damsyik, Barat telah berusaha untuk menghalang revolusi tersebut. AS membantu rampasan kuasa oleh As-Sisi di Mesir, membantu puak Houthi untuk bangkit di Yemen, sementara Britain, Perancis dan AS telah memporak-perandakan Libya dengan memberikan bantuan kepada puak-puak yang bertelagah. Syria adalah merupakan serangan paling dashyat terhadap kemahuan dan semangat juang umat Islam yang mahu mendirikan semula Khilafah Islam berdasarkan kepada Hukum Syariah. AS telah mengerahkan segala ejen mereka, kekuasaan, penguasa boneka mereka dan semua jenis kepakaran mereka untuk menghalang berdirinya Khilafah Islam di Syria dan runtuhnya kekuasaan Assad. Di antara kuasa yang menolong menghalang tertegaknya Khilafah di Syria adalah Russia, China, Iran, Saudi Arabia, Qatar, UAE, Jordan, Britain, Perancis dan Turki. Kesemuanya telah memainkan peranan masing-masing dalam memastikan bahawa Khilafah tidak akan didirikan semula, dengan memesongkan perjalanan revolusi ke arah pertelagahan di antara berbagai puak bersenjata di Syria. 

Kesan yang terburuk adalah pengistiharan pendirian semula sebuah Khilafah oleh suatu puak bersenjata yang beroperasi di wilayah Iraq dan Syria. Langkah ini adalah suatu langkah untuk menghentikan revolusi di Syria dan memberikan gambaran yang buruk kepada idea Khilafah itu sendiri. ISIS telah berjaya pada awal penubuhan mereka (2007-2011), daripada  memerangi tentera penjajah kepada memerangi puak Sunni dan Syiah di Irak. Dan apabila revolusi di Syria sedang bergerak ke Damsyik, ISIS telah mengakibatkan pertelagahan dalaman di antara berbagai kumpulan bersenjata. Secara luaran, bangkitnya ISIS secara mendadak telah memberikan ruang kepada masyarakat antarabangsa yang diketuai oleh AS untuk menutupi kezaliman Assad dan memberikan fokus kepada keganasan ISIS. Suatu akibat yang paling serius terhadap ISIS adalah resolusi keselamatan piagam nombor 7 terhadap keganasan di Syria, di mana keganasan adalah terikat kepada tiga jenis fenomena iaitu Daulah Islam, Khilafah dan Syariah. Resolusi sebegini mahu digunakan oleh AS dan kuasa-kuasa lain terhadap Khilafah, apabila Khilafah yang betul akan tertegak.

Secara amnya, kuasa kuasa Barat telah melakukan segala usaha mereka untuk meruntuhkan Khilafah pada awalnya. Dan mereka sedang melakukan rancangan jahat untuk mengelakkan dari kembalinya Khilafah. Mereka akan mempergunakan segala jenis langkah termasuklah kekerasan dan isolasi untuk memerangi Khilafah.

Walau bagaimanapun, segala rancangan Barat untuk menghalang tertegaknya semula Khilafah adalah bertentangan dengan apa yang akan terjadi pada masa hadapan, dan bertentangan dengan apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan terhadap kekuasaan Allah (سبحانه وتعالى).

هُوَ الَّذِي أَرْسَلَ رَسُولَهُ بِالْهُدَىٰ وَدِينِ الْحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّينِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ(33)

“Dialah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Quran) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrikin tidak menyukai.” (Surah at-Taubah)
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment