Ucaptama Muktamar Khilafah 2015 oleh Ustaz Abu Hafiz



Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh…

Yang Dihormati dan dimuliakan para pemimpin masyarakat, parti politik, Ngo-ngo, para ustaz dan imam, barisan mahasiswa dan seterusnya kaum muslimin dan muslimat yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. Ahlan wasahlan wamarhabanbikum.

Alhamdulillah marilah kita mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan rahmatNya mengizinkan kita berkumpul di Pagi ini atas tujuan yang mulia iaitu menyambung kembali perjuangan Rasulullah s.a.w untuk meninggikan kalimah laila haillah Muhammad rasulullah. Sesungguhnya tiada kemuliaan pada diri manusia kecuali setelah hadirnya Islam kepadanya.

Tanggal 31 Ogos 1957 adalah tarikh yang bersejarah buat Negara Malaysia dan seluruh warganya sehingga menjadi sebuah momen yang difikirkan wajar dihayati oleh seluruh mereka yang mengakui sebagai warganegara yang merdeka. Sememangnya secara fizikal kita telah mengusir para penjajah keluar dari negara ini namun aspek ekonomi, politik, pendidikan, ketenteraan dan aspek-aspek yang lain masih terus dibelenggu dengan penjajahan. Lihat sahaja hasil bumi seperti petroleum, sekalipun kita sebagai pengeluarnya tetapi harganya diikat dengan harga pasaran dunia. Nilai matawang terus-menerus menjadi bahan eksplotasi kuasa-kuasa besar dalam mengawal kedudukan Negara. Ketenteraan terus dihalang dari membela nasib kaum muslim ditindas dan dizalimi.

Dikesempatan ini saya ingin mengingatkan para hadirin sekalian kata-kata seorang tokoh muslim iaitu Rubi bin Amer ketika Rustum bertanya kepadanya ; Apa yang menyebabkan kalian datang ke negeri ini? Rubi bin Amer dengan lantang menjawab “aku hadir untuk membebaskan negeri ini dari segala bentuk perhambaan kepada perhambaan Allah semata”. Inilah yang menjadi visi dan misi Hizbut Tahrir baik di Malaysia mahupun di seluruh dunia memerdekakan setiap inci tanah-tanah umat islam diseluruh dunia dari cengkaman penjajah dengan membuka segala kelicikan dan sandiwara penjajah untuk terus kekal penjajahan mereka sekaligus membina kekuasaan mutlak kaum muslimin terhadap tanahnya, hasil buminya, penerapan hukumnya dan pembudayaan peradaban agungnya.

Saudara seimanku yang dimuliakan oleh Allah s.w.t

Bagi memenuhi visi dan misi ini aktiviti Hizbut Tahrir menempuh perjuangannya dengan pemikiran dan politik melalui;

1. Menumbuhkan kesedaran terhadap syariah islam dan khilafah. Menyedarkan umat bahwa Segala permasalahan yang berlaku adalah kerana meninggalkan syariah islam. Sistem kehidupan hari ini merupakan ‘alat’ barat untuk terus mengukuhkan dasar pecah dan perintah terhadap umat islam. Lihatlah bagaimana perpecahan terus menerus berlaku didalam dunia politik Negara ini. Perbalahan demi perbalahan terus tercipta tanpa ada penyelesaian yang tuntas. Hukum islam seperti hudud terus menerus dipadamkan oleh Hukum yang muncul dari aqal manusia yang seringkali memberi kesempatan golongan yang berpengaruh mengeksplotasinya menzalimi golongan bawahannya. Sistem ribawi terus menjadi tunjang ekonomi Negara sehingga munculnya kemiskinan yang tidak kunjung padam. Atas dasar inilah HTM melakukan edaran risalah mingguan iaitu Sautun Nahdah yang bertujuan membuka mata umat betapa sistem kehidupan ini jelas bertentangan dengan hukum Allah. Seruan-seruan jumaat dan demonstrasi aman yang dianjurkan HTM tidak lain bertujuan mencipta kepercayaan umat terhadap islam sebagai penyelesaian masalah kehidupan hari ini. Harus disedari bahawa seruan yang dikeluarkan HTM pada tahun lepas iaitu selamatkan Malaysia dengan syariah dan khilafah merupakan seruan kemerdekaan .

2. Menyatukan dan mengumpulkan seluruh kekuatan umat baik dari kalangan tokoh masyarakat mauhpun pimpinan organisasi untuk jelas dalam perjuangannya bahawa islam adalah penyelesai masalah kehidupan manusia, islam adalah deen yang diutuskan kepada kita untuk dimenangkan ke atas seluruh kekufuran di dunia dan peradaban barat hari ini merupakan musuh yang telah menggelapkan islam sebagai harapan kepada umat. Bagi mencipta aspirasi ini Hizbut Tahrir sentiasa berkomitmen mengadakan kunjungan dan diskusi yang berterusan dengan tokoh-tokoh masyarakat dan para ulama serta intelektual untuk sama-sama menuju perubahan dengan penegakan syariah dan khilafah serta menolak sistem taghut pada hari ini kerana sesungguhnya mereka yang berpengaruh di umat itu adalah penggerak kekauatan umat.

Justeru melabelkan Hizbut Tahrir sebagai pemecah belah umat dan pemusnah negara adalah tuduhan yang tidak berasas. Seruan menyempurnakan syariah islam merupakan perkara yang jelas difirmankan oleh Allah di dalam surah “ wahai orang – orang yang beriman masuklah kamu ke dalam islam secara kaffah dan jangan kamu mengikuti jejak langkah syaitan” dan Rasulullah s.a.w juga bersabda “Barangsiapa yang mati tanpa bai’ah di tengkuknya maka matinya mati jahiliyyah”. Amat naïf sekali usaha menjauhkan Hizbut Tahrir dari umat dengan mencipta pelbagai stigma negatif kerana dengan jelas ia merupakan sebuah natijah kekeliruan terhadap hizbut tahrir dan perjuangannya.Hizbut Tahrir sejak dari awal perjuangan telah menyedari bahawa musuh umat islam adalah golongan kafir barat yang sentiasa berusaha meracuni umat dengan idea-idea yang merendah-rendahkan nilai khilafah dan hukum-hukum islam sebagai solusi hidup manusia. Mereka sering mengungkapkan ekstrimis dan terrorist sekaligus mencetus propaganda busuk terhadap gerakan islam yang berusaha menanam cita-cita murni ini kepada umat. Mereka bahkan mempromosikan idea-idea rosak mereka seperti idea kebebasan, pluralisme, islam moderat, demokrasi dan lain-lain lagi untuk terus mengukuhkan peradaban mereka ditengah-tengah umat. Apa yang lebih malang lagi usaha-usaha kafir barat ini disambut dengan penuh penghormatan oleh golongan-golongan yang mempimpin umat ini sehingga ada yang secara sukarela menjadi kakitangan promosi secara tidak langsung.

Oleh kerana itu usaha menyelamatkan umat dengan syariah dan khilafah merupakan usaha yang wajar di dokong dan disahut oleh seluruh lapisan masyarakat kerana sesungguhnya usaha ini bukanlah untuk Hizbut Tahrir bahkan jauh sekali untuk kepentingan kelompok-kelompok tertentu melainkan untuk kemuliaan Islam dan umat seluruhnya. Seharusnya Muktamar Khilafah 2015 pada hari ini menjadi titik bersejarah buat negara Malaysia khususnya dan umat islam diseluruh dunia secara amnya bagi mencipta sebuah resolusi baru tentang arah tuju sebuah perubahan hakiki di abad ini. Semoga kehadiran tuan-tuan ke muktamar ini adalah kehadiran yang bakal mengubah sebuah peradaban baru buat kaum muslimin sekaligus menjadikan cita-cita barat memadamkan agama Allah ini sebagai sebuah angan-angan yang seharusnya dicampakkan ke dalam lembaran sejarah busuk dan hina. Ameen

Sesungguhnya perubahan hakiki itu hanya dengan Syariah & Khilafah….

Wabillahitaufik wahidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatu takbir!!!

Ustaz Abu Hafiz
Pimpinan Pusat Hizbut Tahrir Malaysia
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment