Wawancara Muktamar Khilafah 2015


Wawancara Siaran Langsung Muktamar Khilafah 2015 Bersama Puan Syamsiyah Jamil (Pimpinan Pusat MHTM)

"Tujuan ‪Muktamar Khilafah 2015‬ diadakan adalah untuk memberi penjelasan kepada Umat Islam bahawa kepentingan untuk melakukan perubahan yang hakiki dengan menegakkan syariah dan Khilafah serta membongkar agenda-agenda politik Barat yang dilakukan di tanah-tanah kaum Muslim semata-mata untuk menjauhkan Umat Islam dari melakukan kebangkitan yang sebenar"


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Ummu Aisyah dari Johor.

Ummu Aisyah, peserta dari Johor Bahru antara yang terawal tiba ke ‪Muktamar Khilafah2015‬. Beliau hadir dengan harapan yang tinggi agar pengisian Muktamar kali ini dapat memberi kefahaman yang benar kepada umat Islam yang mendengarkannya tentang syariah dan khilafah sekaligus dapat menjadi titik tolak berlakunya perubahan yang hakiki pada ummat Islam di seluruh dunia yang saat ini sedang menghadapi situasi kritikal.


Wawancara Siaran Langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta cilik, Aisyah Humairah dari Perak.

Antara peserta cilik yang hadir ke Muktamar Khilafah2015‬. Adik ini mempunyai kesedaran Islam untuk melihat dan menginginkan penerapan syariah itu diterapkan secara menyeluruh di seluruh dunia. Allahhu akbar wal hamdulillah..


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama Perwakilan WAMY, Cik Atikah Syafinaz.

Beliau berpendapat bahawa Muktamar ini sangat bagus diadakan di Malaysia untuk memberi kefahaman kepada umat Islam yang masih keliru tentang Khilafah.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Nor Hidayah dari Perlis.

Beliau berpendapat bahawa tema Muktamar Khilafah 2015 iaitu Menuju Perubahan Hakiki Dengan Syariah dan Khilafah bertepatan dengan firman Allah di dalam Surah Ar-Raad, ayat 11 yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka"


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Nur dari Taiping, Perak.

Ternyata Muktamar kali ini dapat memberi kesedaran betapa pentingnya umat Islam bersatu di atas dasar akidah Islam.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Ibu Rafidah dari Indonesia.

Beliau berpandangan bahawa para panel telah menjelaskan makna khilafah yang sebenar dan betapa pentingnya Khilafah itu untuk ditegakkan. Selain itu, Ibu Rafidah turut menyatakan bahawa wanita tidak terkecuali daripada kewajipan dakwah, dan tidak boleh untuk memilih untuk tidak ikut berjuang dalam menegakkan syariah dan khilafah. Ini kerana di tangan wanitalah anak-anak terdidik seterusnya menjadi generasi pejuang syariah dan khilafah. Justeru beliau menyeru agar kaum wanita sama-sama berlumba menjalankan kewajipan ini demi meraih pahala Allah swt.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Ibu Lubna dari Indonesia.

Beliau memuji para panel kerana telah memberikan semangat dan motivasi kepada peserta sehingga para peserta boleh memahami dengan lebih jelas mesej yang ingin disampaikan oleh para panel. Beliau juga berharap agar para peserta akan berkongsi pengalaman serta intipati pidato yang disampaikan oleh para panel kepada masyarakat di luar sana. Merujuk kepada tema Muktamar pada kali ini, beliau berpendapat bahawa perubahan hakiki merupakan perubahan menyeluruh, kerana pada hari ini masyarakat mengenal Islam hanya sebagai agama ritual dan sebatas ibadah, namun setelah Muktamar ini, mereka memahami bahawa Islam bukanlah terbatas, bahkan Islam adalah agama yang mengatur seluruh kehidupan,bahkan dari yang paling kecil sampai yang paling besar. Islam itu benar-benar digunakan sebagai way of life "cara hidup". Bukan hanya sebagai identiti.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Suhaida dari Thailand.

Beliau dapat merasakan kesatuan umat yang hadir ke Muktamar Khilafah ini, bersatu tanpa ada perbezaan. Dan beliau bersetuju untuk bersama-sama dalam perjuangan Hizbut Tahrir dalam menegakkan syariah dan khilafah.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Normah dari Muar.

Beliau berpendapat bahawa tema Muktamar Khilafah yang dibawa kali ini merupakan pendekatan yang lebih dekat kepada umat Islam untuk bersatu di bawah satu Negara.


Wawancara siaran langsung Muktamar Khilafah 2015 bersama peserta, Afrilia Ambarwati dari Indonesia.

Beliau menzahirkan perasaan sedih kerana hidup dibawah negara sistem kapitalis yang hanya mementingkan manfaat. Walaupun hidup dalam negara yang "makmur" namun susah untuk mendapatkan perkerjaan sehinggakan terpaksa berpisah dengan ibubapa dan merantau ke negara orang demi mencari rezeki. Pengalaman kesusahan hidup dalam sistem kapitalis ini ternyata membuka mata beliau untuk mendokong perjuangan syariah dan menegakkan sistem Khilafah yang akan menjamin kesejahteraan hidup umat.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment