Amerika Bukan Hero Dunia, Tetapi Penjenayah Dan Pengganas No. 1 Dunia

Terdapat segelintir pihak yang bersikap skeptikal terhadap golongan yang ikhlas menolak campur tangan AS dalam dunia Islam. Mereka melihat bahawa AS merupakan sebuah negara kuasa besar (super power) yang terlalu kuat untuk disingkirkan dari persada politik antarabangsa. Bahkan ada yang beranggapan bahawa tanpa AS, kuasa besar lain seperti China akan menguasai percaturan di rantau ini dengan membawa ancaman dan mudarat kepada kita. Ada juga yang takut untuk menolak AS kerana dikhuatiri AS akan menyerang kita dan hal ini akan membawa mudarat yang lebih besar dan macam-macam alasan lagi.

Sedarlah wahai kaum Muslimin, bahawa sebarang bentuk persahabatan dengan AS akan hanya mengundang musibah ke atas kita. Malah, apa yang lebih penting untuk difahami ialah, haram bagi kita untuk menjalin hubungan persahabatan dengan AS. Dasar luar AS yang memerangi Islam menjadikan AS sebagai sebuah negara berstatus al-Daulah al-Kafirah al-Harbiah al-Muharibah bi al-Fi’li (negara kafir yang sedang memerangi umat Islam secara nyata), meskipun Obama cuba menyembunyikan hakikat ini. Tangan Obama berlumuran dengan darah umat Islam dan pisau yang digunakannya untuk membunuh itu masih tergenggam erat di tangannya untuk dia meneruskan pembunuhan demi pembunuhan.

Mana-mana negeri yang dimasukinya, maka akan hancurlah negeri itu, kecuali beberapa orang yang mengikutinya sahaja. Itu pun tidak lama. Setelah ia melihat orang itu tidak lagi berguna kepadanya, maka tanpa belas kasihan AS akan mencampakkannya, malah ke tahap membunuhnya.
Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada apa yang telah dan sedang kita saksikan ini? Sampai bilakah para penguasa umat Islam akan sedar dan akan keluar dari malapetaka ini?

Sedarlah wahai kaum Muslimin, Amerika Syarikat sebagai negara penjajah dan Obama yang mewakili negara tersebut, tidak pernah ikhlas dalam ‘persahabatannya’ dengan umat Islam. Setiap langkahnya terhadap umat Islam dipenuhi dengan muslihat dan tipu daya dan setiap apa yang dilakukannya ke atas kita akan mengundang malapetaka. Tidak cukupkah kita mengambil peringatan dari firman Allah SWT,

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut milah mereka” [TMQ al-Baqarah (2):120].

______________________________________________

Amerika Sentiasa Berusaha Menyekat Kebangkitan Islam Atas Nama Terrorisme

Senario politik dunia gempar seketika dengan tercetusnya revolusi ‘Arab Spring’ di rantau Asia Barat pada 2011. Revolusi ini menyaksikan beberapa rejim diktator di Timur Tengah yang selama ini tunduk kepada AS, tumbang dengan hina melalui kebangkitan massa. Namun disebabkan ketiadaan kekuatan ideologi yang membimbing kebangkitan ini, AS telah berjaya mengambil kesempatan merampas kebangkitan tersebut dan menyuntik idea kebebasan serta demokrasinya. Natijahnya, kebangkitan yang lahir secara spontan lagi diberkati itu, telah digantikan dengan pemerintahan demokratik di bawah telunjuk Amerika yang tidak membawa kepada apa-apa perubahan, malah lebih buruk dari sebelumnya.

Sebagai negara yang mempunyai banyak kepentingan di Asia Barat, sesudah jatuhnya para diktator penjilatnya, AS sudah tentu tidak akan membiarkan mana-mana pemimpin naik dengan mudah, tanpa izinnya. Kerana itu, AS sekali-kali tidak akan berhenti dari campur tangan di rantau terbabit. Boleh dikatakan kesemua negara yang terjadi revolusi telah berjaya ditundukkan oleh Amerika, kecuali di Syria. AS masih belum menjumpai ejen pengganti yang layak di Syria. Kerana itu, mereka masih mempertahankan rejim Basyar dan kini AS mempergunakan Rusia, meskipun Rusia mempunyai agendanya tersendiri di Syria, untuk memerangi umat Islam, khususnya kelompok yang menentang Basyar di Syria. Hal ini jelas menunjukkan hipokrasi AS yang kononnya pembawa obor keamanan, demokrasi dan hak asasi untuk manusia sejagat!
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment