Anak-Anak Perempuan Kaum Muslimin Dari Palestin‬ Dinafikan Hak...

Anak-anak perempuan kaum Muslimin dari Palestin‬ Dinafikan Hak Pengebumian Oleh Penjenayah Zionis yang Menghalang Keluarga Daripada Menuntut Jenazah Mereka!


Wahai Tentera Kaum Muslimin! Pengganas Negara Zionis sedang menghalang pengebumian para syuhada’, termasuklah anak-anak perempuan yang bernama Dania Irsheid dan Bayan Ayman Abd al-Hadi al-Esseili! Ini adalah wajah sebenar entiti Zionis yang tidak pernah menghargai wanita muslimah baik ketika hidup mahu pun sesudah meninggal dunia!

Umat ini merayu kepadamu wahai Tentera kaum muslimin untuk membebaskan Masjid al-Aqsa dan menghilangkan penghinaan dan penindasan berterusan yang dilakukan oleh para penjenayah Zionis.

Berita

Dalam satu kenyataan, beberapa keluarga setempat telah menggesa rakyat Palestin untuk "turun ke jalan-jalan raya bagi menuntut kembali mayat anak-anak wira kami yang disimpan oleh tentera Israel".

Pihak berkuasa Israel sedang menyimpan sekurang-kurangnya 16 mayat rakyat Palestin yang telah ditembak semasa serangan tersebut, menurut sumber-sumber rasmi Palestin.

"Keluarga para syuhada tersebut telah mengetuai perarakan (demonstrasi) dengan disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat : wanita, lelaki, warga emas, belia, kanak-kanak, orang-orang agama, orang-orang sekular," katanya sambil menceritakan bahawa kumpulan itu berarak ke sebuah pusat pemeriksaan (check point) di Bandar Lama Hebron.

"Ini merupakan bentuk hukuman yang kolektif bagi keluarga dan masyarakat," kata Amro.

"Sikap tentera zionis ini adalah menghina kami ini. Inilah wajah sebenar pendudukan Israel: Mereka tidak menghormati kehidupan kami walaupun semasa hidup sehinggalah selepas kami mati."

Pada awal bulan ini, Menteri Keselamatan Israel, Gilad Erdan telah mencadangkan supaya jenazah-jenazah yang telah dituduh sebagai penyerang Palestin tidak akan dikembalikan kepada keluarga mereka.

"Pihak keluarga pengganas akan menjadikan upacara pengebumian kepada perarakan demonstrasi bagi meraih sokongan untuk keganasan dan hasutan yang membawa kepada pembunuhan," kata Erdan pada masa itu.

"Kita tidak boleh membiarkan perkara itu terjadi. Kita mesti melakukan segala usaha supaya pengganas tersebut tidak akan mendapat sebarang penghormatan dan upacara setelah mereka melakukan serangan ke atas kita."

Walau bagaimanapun ketetapan ini belum lagi diperkenalkan sebagai undang-undang.

Sumber: aljazeera.com
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment