Israel Menetapkan Minimum 3 Tahun Penjara

Israel menetapkan minimum 3 tahun penjara kepada pembaling batu. Walhal peneroka haram dibiarkan bebas berkeliaran di jalan-jalan seperti sekumpulan burung hantu; dan menembak secara rawak penduduk Palestin, membakar rumah mereka dan membunuh penduduknya dengan kejam, membakar pokok-pokok zaitun mereka dengan niat untuk merosakkan sumber mata pencarian dan merampas rumah-rumah mereka. Semua ini, bahkan banyak lagi, manakala IDF bertindak sebagai pengawal keselamatan peribadi mereka dan membantu mereka dalam membersihkan bukti-bukti.
Undang-undang yang diguna pakai oleh Knesset menetapkan bahawa hakim hanya boleh membatalkan hukuman kepada pembaling batu dalam keada-keadaan tertentu sahaja.

Ia turut memasukkan batu-batu ke dalam senarai "alat berbahaya" di dalam Kanun Keseksaan negara tersebut.

Mereka yang disabitkan dengan kesalahan tersebut akan dimansuhkan faedah keselamatan sosial mereka, sepanjang dipenjara, termasuklah ibu bapa kanak-kanak yang didapati bersalah.

Penggubal undang-undang sayap kanan, Nissan Slomiansky yang membentangkan undang-undang tersebut berkata bahawa langkah-langkah ini perlu untuk menghalang perbuatan membaling batu yang beliau sifatkan sebagai "cubaan membunuh".

"Satu hukuman minimum adalah perlu untuk mewujudkan pencegahan dan menghapus andaian bahawa 'ia hanya batu'," kata Ahli Parlimen yang berasal dari parti agama Jewish Home.

Sumber: dailystar.com.lb


Ditembak, dihina, digari di hospital dan kini diheret ke mahkamah!

Beginilah sikap rejim ‪‎zionis‬ terhadap kanak-kanak berusia 12 tahun! Ditembak dan dibiarkan mati setelah dia dikepung dan dihina oleh penduduk serta digari ketika mendapatkan rawatan perubatan 2 minggu lalu.

Kami memohon pandangan sesiapa yang mempunyai pengetahuan perubatan.
Siapakah yang mempunyai akal yang waras sehingga sanggup membiarkan seorang kanak-kanak untuk diheret ke mahkamah dan bila mana orang dewasa juga dibiarkan keseorangan untuk pulih daripada trauma sedemikian, sebelum apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

(Hadapilah kenyataan, jika seorang warga Palestin dihadapkan ke mahkamah Zionis, sudah pasti nasib malang menimpanya).

Pembunuh dan perogol pun diberikan hak mendapatkan perubatan, tetapi tidak terhadap anak-anak kita di wilayah tawanan.

Ahli-ahli politik yang menyokong penubuhan negara Zionis, tidak akan berani untuk melaksanakan polisi yang sama di negara mereka kerana takut akan dilucut jawatan, dan kerana ia berlawanan dengan prinsip asas hak-hak asasi manusia yang mereka sendiri laungkan kepada kita, setiap hari dan malam!
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment