Kempen Khilafah Yang Mulia Adalah Pembebas Al-Aqsa Dan Pelindung Bagi Para Wanitanya

Pelancaran Kempen : “Khilafah yang Mulia adalah Pembebas Al-Aqsa dan Pelindung bagi Para Wanitanya”

(Diterjemah)

Sejak penjajahan Yahudi ke atas bumi yang diberkati, Palestin, mereka telah meneruskan dasar penindasan, pembunuhan, dan penghinaan terhadap rakyat Palestin, dan sejarah hitam mereka penuh dengan kebencian, permusuhan, dan pembunuhan beramai-ramai yang terlalu diketahui umum. Mereka telah membunuh dan memenjarakan serta menyeksa ribuan malah puluhan ribuan. Wanita dan kanak-kanak tidak terkecuali dari menjadi mangsa pembunuhan, penahanan, kecederaan, kemusnahan rumah-rumah dan penempatan mereka. Bukan itu sahaja, mereka turut kehilangan suami, abang atau ayah atau kesemuanya sekali.

Dalam beberapa peristiwa yang terjadi baru-baru ini di bumi yang diberkati, Palestin, rakyat Palestin telah bangkit, termasuk para wanitanya, untuk mempertahankan dan melindungi Al-Aqsa. Mereka mempertaruhkan nyawa mereka ketika mana para muslimah berkumpul (di dalam Al-Aqsa) dan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan Al-Aqsa dengan ketahanan dan kekuatan meskipun mereka mengalami berbagai bentuk penyeksaan dan cubaan untuk menghalau mereka. Jumlah syahid yang telah meninggal akibat peluru dari entiti tentera Yahudi dan serangan mereka sejak awal Oktober di Tebing Barat dan Gaza setakat ini berjumlah 54 orang, termasuk beberapa wanita, perempuan dan kanak-kanak, dan jumlah mereka yang tercedera melangkaui 5500, samada kerana tembakan peluru hidup, peluru getah, api, penyedutan gas toksik atau dipukul oleh tentera penjajah dan penduduk mereka. Ini tidak termasuk mereka yang ditahan yang turut melibatkan kanak-kanak. Jumlah kanak-kanak yang dijadikan banduan sejak awal bulan ini adalah sebanyak 280 iaitu hampir 30% dari jumlah para tahanan. Belum lagi termasuk kengerian dan penghinaan serta polisi penderaan yang diteruskan oleh penjajah setiap hari dan di semua tempat.

Masjid Al-Aqsa bagi umat Islam bukanlah semata-mata batu dan menara tetapi ia adalah sesuatu yang amat dekat dengan akidah mereka, ia merupakan Qiblat pertama mereka dan tempat Nabi mereka, Muhammad saw naik ketika peristiwa Isra’ Mikraj, dan mempertahankannya merupakan kewajipan syariah ke atas semua kaum Muslimin dan bukanlah sebuah tugas patriotik atau bersifat kebangsaan.Ia bukan semata-mata untuk rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam dan mempertahankannya serta membebaskannya adalah kewajipan para pemimpin umat Islam dan tentera mereka. Kebangkitan umat ini membuktikan akidah Islam masih kuat, segala puji bagi Allah,di dalam hati umat ini dan dalam hati muda belia yang masih belum berusia 20 tahun, di mana pihak Barat dan pendokong mereka cuba untuk rosakkan serta jauhkan mereka dari akidahnya dengan berbagai cara dan kaedah.

Ya ...Mempertahankan Al-Aqsa dan Palestin sememangnya merupakan kewajipan di sisi Islam. Ia mampu dilakukan dengan menghapuskan entiti Yahudi buat selama-lamanya, dan bukan melalui beralih kepada pertolongan dari masyarakat antarabangsa dan pertubuhan antarabangsa , dan bukan dengan membawa penjahat yang memusuhi umat Islam dengan tangan mereka yang berlumuran dengan darah kaum Muslimin. Bukan kerana ini para syahid mengorbankan darah suci mereka, dan bukan kerana ini ibu-ibu mereka dan anak-anak mereka sabar mencari ganjaran dari Allah (swt). Dan di manakah organisasi-organisasi antarabangsa yang mendakwa mereka memelihara hak-hak wanita dan kanak-kanak ketika mana di Palestin terjadinya tragedi dan pengkhianatan terhadap hak asasi manusia dan hak bagi wanita dan kanak-kanak!

Di manakah perjanjian antarabangsa yang resolusi gagal mereka tidak diaplikasikan, melainkan bilamana mereka ingin menentang Islam dan hukum-hukumnya. Tetapi sekarang mereka

صُمٌّ بُكْمٌ عُمْيٌ فَهُمْ لاَ يَعْقِلُونَ

“… pekak, bodoh dan buta, jadi mereka tidak memahami” [TMQ Al-Baqarah: 171]

Tambahan pula, peranan para ulama amat besar dan berat, dan pengabaian serta sikap mudah berpuas hati di dalam tugas mereka juga merupakan sesuatu yang besar bagi Allah dan PesuruhNya, Nabi Muhammad saw. Bagaimana mereka bisa mengabaikan isu umat ini! Di manakah para ulama’ dari Mesir, Iraq, Palestin, Jordan dan Pakistan ketika mana terjadi berbagai peristiwa di bumi barakah dan tempat naiknya Nabi Muhammad (saw)? Di manakah para tentera yang telah ditahan dari tugas sebenar mereka yakni mempertahankan Islam dan kesuciannya serta memenuhi panggilan sengsara para Muslimah yang perlukan pertolongan!? Sebaliknya mereka telah memberikan fatwa berkenaan keperluan melawan saudara seIslam mereka ketika rancangan serta agen Barat diimplementasikan?! Di manakah peranan para ulama’ yang sepatutnya mengalihkan mereka terhadap tugas mereka yang seharusnya memberikan sokongan untuk mendirikan semula negara Khilafah Rashidah buat kali kedua berdasarkan metod kenabian, yang mana mereka tahu ia merupakan janji dari Allah dan berita baik dari PesuruhNya (saw)?!

Bagi menjelaskan dan membuktikan bahawasanya Khilafah yang mulia adalah pembebas sebenar Al-Aqsa dan pelindung bagi wanitanya, Bahagian Wanita di Pejabat Pusat Media Hizbut Tahrir akan mengadakan kempen untuk mengetengahkan polisi penindasan, penghinaan dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh entiti Yahudi. Ia juga akan membangkitkan isu pengorbanan yang dilakukan oleh muslimah, kanak-kanak dan muda belia Palestin bagi melawan penjajahan kebencian ini, yang sebenarnya meningkatkan lagi kekuatan akidah Islam mereka, dan ia akan menunjukkan kegagalan konvensyen dan organisasi antarabangsa untuk melindungi nyawa wanita dan kanak-kanak ini. Seterusnya, kempen ini akan berusaha untuk menekankan tugas para ulama’ berkenaan tanah suci yang diberkati dan tempat berlakunya peristiwa isra’ mikraj Nabi Muhammad (saw) serta juga peranan tentera Islam yang sepatutnya bergerak mempertahankannya dan para muslimahnya dengan memberikan sokongan kepada Hizbut Tahrir untuk mendirikan semula Khilafah yang hebat buat kali kedua berdasarkan jalan kenabian, yang merupakan satu-satunya cara untuk melindungi wanita dan kanak-kanak serta membebaskan bumi barakah ini dari kekotoran dan perbuatan keji kaum Yahudi.

Abi Umamah telah meriwayatkan :

«لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الله. وهم كذلك»، قالوا: يا رسول الله وأين هم؟ قال: «ببيت المقدس وأكناف بيت المقدس»

"Akan sentiasa ada segolongan dari umatku yang menang atas kebenaran, yang mengalahkan musuh-musuh mereka; tidak akan ada bahaya dari mereka yang menentangnya dan mereka tidak akan dicederakan sehinggalah perintah Allah datang dan mereka akan sentiasa berada dalam keadaan sedemikian [berjaya].” Mereka bertanya, "Wahai Rasulullah! Di manakah mereka?” Baginda menjawab, "Di Bayt al-Maqdis dan di sekeliling Bayt al-Maqdis'... " (HR Ahmad dan Tabrani)

-Bahagian Wanita-
Di Pejabat Pusat Media Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment