Media Gathering Kempen ‪Save_Alaqsa‬ Bersama BERNAMA

Pada 6 November 2015 (Jumaat), Lajnah I’lamiyah Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) telah mengadakan pertemuan bersama rakan media dari BERNAMA yang dihadiri oleh Pn Norazzura Aziz (Bernama Newswire – Meja Berita Am), Pn Rozalina (Bernama Newswire – Meja Jenayah) dan Pn Farrah Idzana (Radio Bernama 24). Manakala perwakilan Media MHTM dihadiri oleh Pn Sumayyah Amar (Wakil Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir) , Pn Siti Nur Aliya (Ketua Lajnah I’lamiyah MHTM) , Pn Maizatul (Ahli Lajnah I’lamiyah MHTM) dan Pn Zulaikha (Wartawan Media MHTM).


Pertemuan kali ini adalah bertujuan untuk membincangkan tentang isu Palestin terkini dan memaklumkan tentang Kempen #save_alaqsa yang sedang dijalankan oleh Bahagian Muslimah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir. Setelah menjelaskan secara ringkas kronologi pencerobohan dan keganasan Israel terhadap Palestin yang berpunca dari Perjanjian-Perjanjian hasil buah tangan Barat (Perjanjian Sykes Picot, Perjanjian Balfor, Perjanjian Oslo), Pn Aliya turut membentangkan kes-kes keganasan rejim Israel terkini terhadap umat Islam di Palestin. Ternyata rejim Israel semakin ganas memerangi Muslimah dengan tuduhan percubaan membunuh penguatkuasanya. Sebagai respon balas terhadap Muslimah yang disyaki, polis Israel menembak bunuh mereka di kawasan awam tanpa sebarang siasatan awal. Bahkan sistem peradilan Israel juga tidak mengenakan sebarang hukuman kepada polis yang menembak membabi buta tersebut. Selain itu, kanak-kanak turut menjadi mangsa kpengganas Israel. Kanak-kanak yang terdiri dari pelbagai usia ditangkap dan ditembak di jalan-jalan sesuka hati mereka tanpa belas kasihan.

Seterusnya, Pn Sumayyah Amar menjelaskan tentang kempen yang sedang berlangsung, “Khilafah Yang Mulia adalah Pembebas al-Aqsa dan Pelindung Para Wanitanya”. Tidak dinafikan segala kezaliman yang dicetuskan oleh rejim Israel adalah demi merampas Al-Aqsa yang dirahmati. Telah ramai umat Islam termasuk para Muslimah dan kanak-kanak menjadi korban dalam mempertahankan al-Aqsa. Masjid Al-Aqsa bagi umat Islam bukanlah semata-mata batu dan menara tetapi ia adalah sesuatu yang amat dekat dengan akidah mereka, ia merupakan Qiblat pertama mereka dan mempertahankannya merupakan kewajipan syariah ke atas semua kaum Muslimin dan bukanlah sebuah tugas patriotik atau bersifat kebangsaan.Ia bukan semata-mata untuk rakyat Palestin, tetapi ia adalah isu umat Islam.




“Dengan kempen ini kami menegaskan bahawa adalah menjadi kewajipan para pemimpin umat Islam, para ulama’ dan para tentera Islam untuk mempertahankannya dan para muslimahnya dengan mendirikan semula Khilafah, sistem Islam, yang merupakan satu-satunya cara untuk melindungi wanita dan kanak-kanak serta membebaskan bumi barakah ini dari kekotoran dan perbuatan keji kaum Yahudi”. Ujar beliau.

Puan Sumayyah turut mengajak para media memainkan peranan mengangkat isu ini dengan benar agar umat mendengar dna memahaminya dengan benar bahawa isu ini bukanlah suatu yang “biasa didengar” tetapi menuntut perubahan dan kesatuan umat Islam seluruh dunia. Media adalah sebagai amplifier dalam masyarakat, amat besar dan efektif peranannya dalam menyebarkan dakwah dan membina umat. Apatah lagi sebagai insan media beragama Islam , semestinya menjadi tanggungajawab kita untuk berdakwah dan menyebarkan kebenaran pada umat.


Pn Aliya seterusnya turut berkomentar bahawa untuk apa kita mengharapkan Barat, PBB dan sekutunya untuk menyelesaikan permasalahan Palestin, padahal mereka jugalah punca berdirinya Israel dan bertanggungjawab memecahbelahkan bumi Palestin yang barokah. Kerjasama demi kerjasama, perjanjian demi perjanjian ditanda tangani namun ternyata masalah Palestin tetap berlarutan.

Justeru, MHTM berharap agar pihak media di Malaysia dapat turut serta menyerbarluaskan lagi kempen ini dan seterusnya memberi kesedaran kepada umat, khususnya para pemimpin umat Islam, tentang solusi hakiki bagi permasalahan Palestin.

Seterusnya diskusi yang bermula seawall 12:45 tengah hari dan berakhir pada jam 03:00 petang ini, turut membincangkan isu-isu semasa seperti jenayah, gejala sosial, pelarian dan ekonomi. Para hadirin saling bertukar pendapat dan maklumat. Alhamdulillah para hadirin bersetuju bahawa hanya dengan sistem Islam lah segala permasalahan yang menimpa umat Islam pada hari ini akan dapat diakhiri. Ini kerana sistem Islam , Khilafah, merupakan sistem dari aturan Allah, bukan sistem buatan manusia. Maka pastilah ia mendatangkan rahmat dan barokah kepada manusia, sebagaimana dicontohkan oleh Rasulullah saw dan para sahabatnya.

Semoga pertemuan ini mengukuhkan lagi ukhuwah antara Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia dan pihak media, seterusnya mengembangkan lagi dakwah Islamiyah.


SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment