Merekalah Pengganas Sebenar!

Ada perkara yang menyesakkan dada, setiap kali berlaku serangan terhadap sasaran-sasaran Barat, umat Islam dan Islam sekali lagi menjadi pihak tertuduh. Sebaliknya, Barat seolah-olah meletakkan diri mereka menjadi mangsa sekaligus menunjukkan keunggulan ideologi kapitalisme mereka. Muslihat politik seperti ini berulang kali dilakukan oleh ahli-ahli politik Barat dengan sokongan media massa mereka.

Lihatlah ketika Paris diserang. Reaksi mengecam mula muncul di sana-sini. Ada yang secara langsung menyatakan umat Islam dan Islam mesti bertanggung jawab. Mereka pun mencetuskan kebencian terhadap Islam seperti kenyataan bahawa masjid-masjid perlu ditutup, pelarian Syria perlu dihalau keluar, hanya menerima pelarian Syria beragama Kristian dan provokasi kebencian yang lain.

Ada pula yang kelihatan bijak dengan menyatakan serangan ini tidak berkaitan dengan agama, keganasan tidak memiliki agama. Musuh bersama kita ialah keganasan, ekstremisme, dan radikalisme. Tetapi kata-kata ini juga sebenarnya mengandung racun pemikiran yang berbahaya. Kerana siapa yang mereka maksudkan dengan pengganas adalah mereka yang menentang penjajahan Barat, berperang melawan Barat dengan jihad fi sabilillah. Siapa lagi kalau bukan kelompok mujahidin, kalau bukan Hamas. Akhirnya, sekali lagi menyerang umat Islam.

Begitu juga, apa yang mereka maksudkan dengan pemikiran ekstrimis atau melampau, adalah mereka yang menolak ideologi Barat, menolak demokrasi, pluralisme, dan sekulerisme. Golongan pelampau adalah mereka yang mahu syariat Islam diterapkan secara menyeluruh, mahu negara Islam, mahu Khilafah. Kembali pada prinsipnya yang mereka serang adalah nilai-nilai Islam yang mulia; syariat, Khilafah dan jihad. Mereka turut menawarkan pemikiran-pemikiran sesat mereka seperti Islam moderat, Islam inklusif, Islam demokratik, dan lain-lain.

Oleh itu, adalah penting kita menyegarkan kembali apa sebenarnya yang menjadi pangkal kerosakan dan huru-hara dalam dunia hari ini? Dan siapa yang sebenarnya dipanggil pengganas? Kita tegaskan semula ideologi kapitalisme yang dibawa oleh negara-negara Baratlah yang menjadi pangkal pelbagai kerosakan dan huru-hara dalam dunia hari ini. Negara-negara Baratlah pengganas sebenar.

Kapitalisme merupakan ideologi yang lahir daripada pengabaian manusia terhadap agama dan ketamakan manusia terhadap material. Menyebarluaskan ideologi kapitalisme menjadi matlamat politik luar negeri negara-negara Barat dengan satu metod yang standard, iaitu penjajahan. Ideologi inilah yang menggalakkan Barat untuk melakukan penjajahan di seluruh dunia, merampas sumber-sumber alam semulajadi negara-negara lain untuk kepentingan mereka. Tidak kira sama ada perlu membunuh berpuluh-puluh juta orang. Sejarah mencatatkan bagaimana penjajahan Barat telah membunuh berpuluh-puluh juta orang.

Lihatlah jejak berdarah Perancis yang mendakwa diri mereka sebagai pembela demokrasi dan hak asasi manusia. Negara ini pernah mengumpulkan 400 ulama’ ketika menjajah Chad pada tahun 1917 dan memenggal kepala ulama’ yang mulia ini. Penjajah Perancis pada tahun 1852 membakar satu pertiga bandar dalam satu malam ketika memasuki bandar Aghwat di Algeria pada tahun 1852. Adalah dianggarkan bahawa lebih daripada 10 juta orang Islam Algeria dibunuh oleh Perancis ketika menjajah negeri Islam sejak tahun 1830 hingga keluar pada tahun 1962.

Motif dari semua itu adalah ketamakan untuk mencari kekayaan diri sendiri dan menguasai ekonomi dunia. Konflik di Timur Tengah hingga ke hari ini tidak dapat dipisahkan dari jenayah politik British dalam bekerjasama dengan Perancis. Semuanya berakar dari penjajahan Barat ke rantau tersebut sejak masa kemunduran Khilafah Islam.

Barat melakukan jenayah yang sama selepas keluar secara fizikal dari negeri-negeri Islam dengan memberikan kemerdekaan palsu. Atas nama perang melawan keganasan dan menyebarluaskan demokrasi, negara-negara Barat menduduki Irak, Afghanistan, Mali, dan negeri-negeri Islam yang lain. Berjuta-juta orang menjadi mangsa penjajahan ini. Sedangkan semua tahu motif sebenar adalah merampas kekayaan semula jadi negara-negara Islam.

Untuk mengekalkan penjajahan mereka, Barat telah menyokong rejim-rejim yang menindas dan membunuh umat Islam. Apa yang berlaku di Syria juga tidak terlepas daripada dasar negara-negara Barat yang menyokong rejim Bashar al-Assad, secara langsung atau secara rahsia, walaupun mereka tahu rejim ini sangat ganas. Mereka tidak peduli, rejim ini membunuh rakyatnya sendiri yang telah menyebabkan beratus ribu nyawa, berjuta-juta hidup dalam pelarian Semua ini mereka lakukan kerana bimbang berdirinya negara Khilafah ala minhajin nubuwah di Syria yang akan mengancam kepentingan penjajahan Barat.

Sesungguhnya Baratlah yang layak untuk dipanggil pengganas sebenar. Jika pelaku penyerangan Paris yang mengorbankan kira-kira 130 orang dipanggil pengganas. Bagaimana pula dengan gabungan Iblis Barat pimpinan Amerika yang telah membunuh lebih dari 1 juta orang di Iraq dan Afghanistan? Bagaimana dengan Bashar Assad yang telah membunuh lebih dari 300 ribu rakyatnya sendiri? Bagaimana dengan penjajah Yahudi yang telah membunuh lebih dari 1,500 rakyat Palestin dalam beberapa minggu sahaja apabila mereka menyerang Gaza pada tahun 2014?
Akhirnya, kepada pemimpin-pemimpin negara Barat kami mengingatkan semula: Jangan mengajar kami bagaimana untuk memelihara nyawa umat manusia. Jangan mengajar kami bagaimana untuk mensejahterakan umat manusia. Anda tidak mempunyai kuasa moral mahupun intelektual untuk berbuat demikian kerana pada masa yang sama kalian melakukan pembunuhan terhadap umat Islam, merampas kekayaan dan memiskinkan umat Islam di negara mereka yang kaya.

Bagi kami tidak ada pilihan lain untuk menyelesaikan masalah kami kecuali dengan tegaknya Khilafah yang akan menerapkan syariat Islam, menyatukan umat Islam, melindungi setiap titisan darah umat Islam dan setiap jengkal tanah umat Islam dari negara-negara tamak, dari orang-orang kejam seperti anda! Cukuplah Allah dengan syariat-Nya yang mulia sebagai pelindung kami dan tempat kami kembali. Allahu Akbar! 

Farid Wadjdi
Syabab Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment