Muhasabah Tragedi Di Paris

Tragedi Paris yang telah mengorbankan ratusan rakyat adalah tindakan yang ditolak, baik oleh Muslim di Barat mahupun di seluruh dunia dan sememangnya tindakan tersebut diharamkan dalam Islam. Tidak dinafikan pemerintah Barat akan mengeksploitasi tindakan yang dilakukan oleh beberapa individu ini dan menggunakannya sebagai tongkat untuk memukul seluruh komuniti umat Islam, iaitu merupakan pengawasan ketat dan sebagai dasar 'counter-extremism' (mencegah ektrimisme). Kedua-dua hal ini digunakan bukan untuk mencegah serangan pengganas daripada terus berulang, namun untuk mendiamkan umat Islam dari penentangan terhadap dasar luar negeri Barat yang merosakkan negeri-negeri umat Islam, menghalang umat Islam untuk terus mendukung penegakan kembali Khilafah Rasyidah yang benar, dan untuk menekankan kepada umat Islam agar meninggalkan nilai-nilai keIslaman dan mengambil nilai sekular Barat.

Mereka tidak jujur dalam penilaian kesan buruk akibat campur tangan kolonial Barat di negara umat Islam demi kestabilan dan keselamatan di dunia serta masyarakat Barat itu sendiri, malah mereka jugalah yang mencetuskan tindakan keganasan - sebagaimana yang dianalisis oleh pakar keselamatan mereka sendiri -penguasa Barat meneruskan dasar 'counter-extremism' dengan membabi buta yang tidak akan menghasilkan apapun kecuali menghina dan meminggirkan umat Islam dengan lebih jauh, meningkatkan kebencian dan kemarahan, serta merangsang kecurigaan dan ketakutan antara komuniti sehingga melahirkan lebih banyak masalah di tengah-tengah umat.

Semoga Allah menjaga komuniti umat Islam di Barat agar tetap kuat dan tabah dalam menghadapi keadaan sulit ini dan ujian-ujian yang mendatang. Semoga Allah menguatkan iman dan keberanian kaum muslimin sehingga mereka tidak meninggalkan satu pun kewajiban atau keyakinan mereka, termasuk berdakwah melawan penjajahan umat secara global yang disebabkan oleh penjajahan Barat; juga mendukung seruan terhadap penegakan kembali Khilafah Rasyidah yang akan menghancurkan campur tangan puak kuffar di negeri-negeri umat Islam - yang mana merekalah pengganas (terrorist ) sebenar! Amiin.

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamah maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan." (TMQ Al-Ahqaf: 13-14)

Dr Nazreen Nawaz
Bahagian Muslimah,
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment