Muslimah Al-Aqsa Masih Menunggu Kesatria Al-Mu'tasim Dari Tentera Kaum Muslimin

Hadeel Awawdeh, remaja berusia 15 tahun telah syahid (insyaallah) menjadi mangsa keganasan Zionis seterusnya. Nampaknya penjenayah ‪Zionis‬ tidak berfikir sedikit pun ketika mereka mengangkat senjata dan menembak anak-anak yang tidak berdaya dan tidak mampu langsung untuk mempertahankan diri mereka. Jelas tampak kebencian dan perasaan tidak selamat mereka terhadap anak-anak ‪#‎Palestin‬ sehingga setiap seorang dari mereka dilihat sebagai ancaman. Oh di manakah tentera-tentera yang berani dalam kalangan tentera kaum Muslim? Penuhilah tanggungjawab anda dan bebaskanlah penduduk Al-Quds.

Muslimah Al-Aqsa Masih Menunggu Kesatria Al-Mu'tasim Dari Tentera Kaum Muslimin

Pihak berkuasa Menteri Kesihatan Palestin telah mengumumkan peningkatan jumlah mangsa korban sejak tragedi yang dikenali sebagai "Intifadhah Jerusalem" pada 3 Oktober yang lalu. Sehingga Isnin pagi bersamaan 9 November 2015, terdapat 80 orang yang mati syahid dan lebih daripada 6,000 orang yang cedera. Menurut data statistik, satu per empat daripada jumlah mangsa adalah kanak-kanak dan wanita, termasuk 17 orang anak yang meninggal. Terdapat tiga orang remaja muslimah syahidah iaitu Bayan Asileh, Dania Arsyiid dan Rasya Awaisi. Tiga orang muslimah warga tua juga antara yang terkorban iaitu Tharwat Asy-Sya'rawi, 72 tahun, beliau merupakan mangsa yang tertua yang dibunuh oleh tentera Yahudi berdarah dingin pada hari Jumaat, 6 November di Hebron. Beliau telah dituduh melakukan serangan.

Kekejaman dan tindakan tentera Yahudi ternyata telah melampaui batas. Mereka membunuh kerana merasa curiga dan mengikut hawa nafsu, tidak kira mereka muda, tua, kanak-kanak-kanak, dewasa, lelaki mahupun wanita. Bahkan bayi-bayi pun turut menjadi mangsa kekejaman mereka. Seorang bayi, Ramadhan Thawabteh (8 bulan) meninggal dunia akibat menghidu gas air mata. Apakah dosa yang dilakukan oleh bayi dan nenek-nenek ini sehingga dibunuh dengan hina dan ditembak dengan 15 das tembakan??!! Ancaman apa yang mereka telah lakukan terhadap orang-orang Yahudi?! Ini belum termasuk kejahatan dan keganasan yang lain terhadap wanita, kanak-kanak dan penduduk awam yang tidak bersenjata.

Contohnya, mereka melakukan penyiasatan yang menghinakan di pos pemeriksaan, penangkapan secara paksa, pemburuan, pemusnahan atau penyitaan rumah-rumah, ugutan dan hukuman yang membuat penduduk resah di dalam rumah mereka siang malam serta tindakan jenayah brutal yang lain. Sesungguhnya darah para syuhada', jeritan dan tangisan para muslimah ini menjadi tanggungjawab yang ada pada seluruh umat Islam, para pemimpin negara dan pemimpin tentera umat Islam.

Darah para muslimah syahidah ini, juga seluruh syuhada lainnya, dan jeritan perempuan setiap harinya adalah tanggungjawab yang ada di pundak umat muslim, pemimpin negara dan pemimpin tentera kaum muslimin. Mereka menyaksikan serangan tentera dan penduduk yahudi di tanah isra' Rasulullah Muhammad saw, terhadap para wanita, kanak-kanak dan warga tua. Namun hati-hati mereka tidak digerakkan oleh keberanian pasukan Al-Mu'tashim atau kesungguhan Khalid dan Sa'ad dalam memberikan perlindungan, atau mengalirkan air mata kesedihan dan kemarahan Salahuddin Al-Ayubi, terhadap penderitaan umat Islam dan masjid yang menjadi rebutan!

Wahai pemilik kekuasaan dan perlindungan, wahai jeneral-jeneral, perwira dan askar-askar yang ada dalam ketenteraan umat Islam; Bukankah ini waktunya untuk kalian segera bergerak dan bertindak menolong hamba Allah SWT yang beriman, selepas menyaksikan pertumpahan darah, nyawa yang hilang, fitnah atas kehormatan serta rumah-rumah yang dihancurkan??!! Bukankah ini waktunya untuk menjawab jeritan penduduk Palestin dan penduduk negeri lainnya yang tertindas?

Kami telah menyeru kalian sebelumnya wahai jeneral, perwira dan askar-askar, dan kami menyeru kalian agar kembali menjadi sebahagian daripada kempem: "Khilafah Rasyidah Yang Mulia adalah Pembebas Al-Aqsa dan Pelindung Para Wanitanya" yang dikeluarkan oleh Bahagian Muslimah dari Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir untuk membantu Masjid Al-Aqsa, Palestin, para wanita, kanak-kanak, warga tua dan remajanya; agar kalian dapat membersihkan penghinaan dan fitnah terhadap mereka sehingga mereka merdeka dari penjajahan penguasa jahat. Kami juga mengharapkan agar kalian memberikan dukungan kepada Hizbut Tahrir untuk menegakkan Khilafah Rasyidah buat kali yang kedua dengan method kenabian. Khilafah akan menjamin kehormatan dan kesucian umat seperti yang pernah dilakukannya dulu, dan Khilafah mampu menghentikan kejahatan entiti Yahudi dan mengembalikan ‪#‎Palestin‬ ke pangkuan umat Islam… Adakah anda akan menyahut seruan ini?!

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ

"Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan Allah dan seruan Rasulullah apabila Rasullah menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan." [TMQ: Al-Anfal: 24]

Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment