Palestin berdarah lagi : Siapa yang akan membela nasib mereka?

Sepanjang bulan oktober, seluruh media telah melaporkan tentang kebangkitan terbaharu anti-Israel yang menyaksikan puluhan penduduk Palestin ditembak mati di Tebing Barat. Hal ini berlaku ketika rejim ‪Zionis‬ mencetuskan kontroversi untuk memasang kamera keselamatan di perkarangan Masjid al-Aqsa dalam tindakan yang didakwa dibuat bagi meredakan ketegangan di kawasan bergolak itu.


Gelombang keganasan dalam konflik itu menunjukkan tanda-tanda tidak akan reda. Penduduk ‪‎Palestin‬ kebanyakannya dalam kalangan remaja dari bandar ‪‎Hebron‬ didakwa meningkatkan serangan senjata tajam terhadap tentera Israel dan bertempur dengan askar di wilayah yang dijajah Israel di Tebing Barat. Serangan senjata tajam dan bantahan ganas sudah menjadi ‘fenomena’ harian sejak keganasan berhubung status perkarangan Masjid al-Aqsa di Kota Lama Baitulmaqdis. Pergolakan terbaru ini telah tercetus sejak awal bulan oktober, mengakibatkan kematian berpuluh-puluh rakyat Palestin.

Selepas Israel bersetuju Sabtu lalu untuk memasang kamera keselamatan di Masjid al-Aqsa dan disifatkan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry sebagai satu perubahan besar, langkah itu mendapat halangan pertama. Lembaga amanah dari Jordan yang mentadbir kawasan itu dan dikenali sebagai Waqf mengadu, pegawai mereka yang cuba memasang kamera di Masjid al-Aqsa dihalang daripada berbuat demikian oleh polis Israel sendiri. “Kami menganggap hasrat Israel untuk memasang kamera adalah untuk kepentingan mereka sendiri,’’ jelas Waqf.

[Komen]

Sesungguhnya tindakan-tindakan brutal Israel terhadap rakyat Palestin ini sebenarnya telah menyebabkan ledakan kemarahan rakyat Palestin terhadap penjajahan Israel terhadap bumi mereka. Hal ini memicu kebangkitan dan mengobarkan intifadhah, bahkan itu telah meluas mencakup semua kawasan di Palestin. Rasa sakit yang sedang mereka alami ini hanyalah pendahuluan bagi lahirnya kekuatan Islam. Kebangkitan ini seterusnya pasti akan menghapuskan entiti Yahudi dari dunia, serta melenyapkan para pendukungnya dan kuncu-kuncunya. Mereka akan melihat hakikat diri mereka yang sebenarnya, bahawa mereka hanyalah kaum gembel kecil yang tidak ada nilainya sedikipun dalam standard kepemimpinan yang sebenarnya.

Wahai para pemimpin umat Islam, Wahai para tentera umat islam, bersatulah! Bebaskan bumi Palestin! Sesungguhnya jihad adalah satu-satunya jalan untuk membebaskan Jerusalem dan Palestin. Tinggalkanlah segala bentuk rundingan-rundingan jahil dan bohong yang hanya membuang masa bahkan memberikan jalan buat orang Israel laknatullah membunuh umat Islam. Inilah satu-satunya jalan untuk mengembalikan Masjid al-Aqsa dan Jerusalem kepada umat Islam. Jalan pembebasan seperti mana yang ditempuh Salahudin al-Ayubi dan tentera-tenteranya. Beliau membebaskan Masjid al-Aqsa dari Tentara Salib setelah diduduki selama 90 tahun, yang mana Jerusalem menjadi tempat pembantaian puluhan ribu kaum Muslimin. Darah suci mereka ditumpahkan di tanah Masjid al-Aqsa yang diberkati. Lalu datanglah Salahudin dan pasukannya yang kemudian membebaskan al-Aqsa. Makmurlah bumi Palestin di bawah pemerintahan Islam. 

Namun, setelah Khilafah diruntuhkan, bumi Palestin kembali dijajah. Sehingga saat ini, tidak ada lagi tentera yang datang untuk menyelamatkan mereka. Hanya ada perjanjian-perjanjian bohong yang direka dan akhirnya membawa kepada pembunuhan umat Islam beramai-ramai termasuklah wanita dan kanak-kanak.

Wahai para alim ulama’, marilah bersama-sama mengambil peranan ini untuk menyuarakan pembebasan bumi Palestin dari penjajahan keji Israel. Bersatulah dan suarakanlah dengan lantang suara kalian agar musuh-musuh Allah ini gerun akan kesatuan kita. Kalian adalah insan di pilih oleh Allah untuk menjaga agamanya. Bangkitlah dan serukan kebenaran. Marilah kita bersama-sama menyerukan kepada kebangkitan Khilafah Rasyidah untuk membebaskan bumi al-Aqsa seterusnya melindungi para wanita dan kanak-kanak di bumi Palestin.

Sumayyah Ammar
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment