Video: Pelancaran Kempen Global Sokongan Terhadap Pengembang Dakwah di Uzbekistan

Musuh Allah, Islam dan Umat Islam, penjenayah tirani Yahudi Uzbekistan iaitu Karimov, masih lagi dikuasai oleh kemarahan dan dendam yang meluap-luap untuk menyakiti anak-anak Islam yang taat dari kalangan pengembang dakwah. Masih belum cukup bagi dirinya dan kroni-kroninya untuk meneruskan kempen intensif secara berterusan untuk memerangi Allah, RasulNya, menentang syariah Islam dan menghalang pematuhan terhadap syiar Islam. Malah, jenayah yang dilakukan oleh rejim Karimov sehingga ke hari ini adalah sangat banyak untuk dihitung dan ianya termasuk:


Serangan senjata api secara terbuka kepada penduduk awam Andijan, menghapuskan para penentang dan pembangkang yang menentang mereka secara intelektual, menghalang pemakaian tudung (khimar), menyimpan janggut dan memakai kopiah, menghalang anggota pekerja kerajaan untuk menunaikan solat, menghalang para pemuda dari memasuki masjid-masjid dan menghalang majlis jamuan berbuka puasa (iftar) di dalam bulan Ramadhan. Ini adalah tambahan kepada jenayah yang dilakukan oleh rejim Uzbek di dalam penjara dan pusat-pusat tahanan yang mana para tahanan sentiasa berdepan dan terdedah dengan siksaan, hukuman dan banyak jenayah yang dilakukan oleh rejim. Hal ini dilakukan untuk menjatuhkan motivasi dan menjejaskan maruah tahanan, atas keingkaran para tahanan untuk tunduk kepada agen-agen pihak rejim walaupun di dalam penjara disebabkan keinginan mereka untuk berdiri teguh dalam ketaatan kepada Allah dan keengganan untuk tunduk kepada kebatilan.

Untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan oleh Karimov siang dan malam dengan sokongan para pemimpin negara-negara Barat dan Timur, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir mengumumkan pelancaran kempen global untuk mendedahkan jenayah-jenayah yang dilakukan terhadap para pengembang dakwah di Uzbekistan secara umumnya dan di penjara-penjara dan pusat-pusat tahanan khususnya. Ia dibawah tajuk”

Jenayah-jenayah Karimov terhadap Umat Islam di Uzbekistan yang Menimbulkan Kemarahan
(“Karimov's Crimes Rage against Muslims in Uzbekistan”)

‪Hashtag: #‎Karimov_is_Spiteful_of_Islam‬ (‪#‎Karimov_BerhasadDengki_terhadap_Islam‬)


Oleh itu, kami menjemput setiap dari anda untuk mengikuti aktiviti-aktiviti kempen dan mengambil bahagian di dalamnya sebagai satu bentuk sokongan terhadap wira-wira ini yang telah meneladani para Nabi dan Rasul untuk berdiri teguh menentang pemerintahan tirani kaum Firaun.
Jenayah-jenayah ini tidak akan menghalang atau menghentikan Hizbut Tahrir dari bergerak maju dalam dakwahnya untuk melanjutkan kehidupan Islam dengan kesabaran, ketabahan dan dedikasi sambil meyakini bahawa kemenangan dari Allah dan kembalinya kegemilangan deenNya semakin hampir. Allah SWT berfirman:

((كَتَبَ اللَّـهُ لَأَغْلِبَنَّ أَنَا وَرُسُلِي إِنَّ اللَّـهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ))

“Allah telah menetapkan: "Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang". Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa [Surah Al Mujadilah: 21].

Osman Bakhash
Pengarah, Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment