Video: Penangkapan Kanak-Kanak Oleh Rejim Zalim Zionis


Tekanan perasaan sehingga terluah, "Saya sudah hilang akal!". Kanak-kanak Muslim Palestin yang berusia 12 tahun ini disoal siasat dengan cara yang kejam oleh pegawai Zionis yang tidak berperikemanusiaan, dengan niat untuk memaksa budak lelaki ini supaya mengingat kembali jenayah yang dilakukan!Ummah ini pasti tidak akan melupakan jenayah yang dilakukan terhadap syabab, kanak-kanak Palestin dan perjuangan mereka yang terpaksa mereka tanggung dalam berhadapan dengan kezaliman Zionis.


Kanak-kanak lelaki Islam di Palestin diseret di jalan-jalan dari sekolah oleh penjenayah Zionis yang secara rutin menangkap dan memenjarakan kanak-kanak lelaki, yang mana "jenayah"nya hanyalah kerana hidup di bawah penjajahan Zionis yang kejam di bumi Islam. Akan tetapi entiti Zionis adalah undang-undang kepada diri mereka sendiri, melanggar mana-mana konvensyen antarabangsa untuk kanak-kanak dan bersikap sombong serta memandang rendah terhadap pendapat antarabangsa yang memandang jijik akan sikap dan tingkah laku jahat mereka terhadap kanak-kanak.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment