Perkembangan Mutakhir di Medan Syria (Bahagian 1)

Soal Jawab Bersama Amir Hizbut Tahrir:
Perkembangan Mutakhir di Medan Syria dan Adakah Terdapat Hubungan Dengan Serangan Paris? (Bahagian 1)

Soalan:
Keadaan Syria, terutamanya selepas serangan kejam Rusia, menjadi acara pertunjukan tentera bagi kapal terbang pejuangAmerika, Rusia, Syria dan yang lain, di samping konflik tentera darat … Pada masa yang sama, perbincangan politik di Vienna iaitu Persidangan Vienna 1, 2 dan 3 juga semakin meningkat, ditambah pelbagai perbincangan lain yang berasingan… Soalan saya ialah: mengapa tidak berlaku pertembungan antara kapal terbang tentera di udara sedangkan iaberasal dari negara-negara yang berbeza? Kemudian mengapa penambahan tentera ini diiringi dengan peningkatan politik? Dan akhir sekali, apa penyelesaian yang mungkin diambil mengenaiisu Syria? Kemudian adakah serangan Paris pada hari Jumaat 13/11/2015, beberapa jam sebelum pelaksanaan Persidangan Vienna ke-3 pada 14/11/2015, memberi kesan kepada penyelesaian yang mungkin diambil untuk isu Syria? Atau serangan itu tidak ada hubungannya dengan perkara itu dan bahawa persamaan masa itu hanya satu kebetulan?Saya memohon jawapan tetapi tanpa masuk terlalu dalam pada analisis politik, tetapi jawapan yang mudah untuk difahami oleh masyarakat umum.Semoga Allah memberikan balasan yang lebih baik kepada anda.

Jawapan:
Saya akan bermula dari bahagian akhir soalan. Jika yang dimaksudkan dari memudahkan jawapan adalah supaya jawapan itu jelas dengan dibuat point-point tanpa ada kekeliruan dan kesamaran dan dengan kata-kata yang memiliki konotasi yang jelas tidak diliputi tawriyah dan seumpamanya … maka ini adalah ciri tertentu dari pelbagai produk keluaran kami sama ada dalam bentuk risalah (nasyrah), pernyataan, soal jawab atau lain-lain… Adapun jika yang dimaksudkan dengan memudahkan itu adalah supaya tidak dikaji pelbagai pendahuluan dan latar belakang pelbagai isu dan supaya tidak diuji kedalaman faktanya dan sebab-sebabnya… Maka perkara ini tidak boleh dilakukan dalam membincangkan krisis-krisis politik.Sebab, jawapan itu hendaklah dibina berdasarkan data dan maklumat yang diduga kuat kebenaran dan kesahihannya. Jika tidak diteliti fakta-fakta, dorongan-dorongan, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang berkaitan, kemudian dikaitkan dengan baik; maka jawapan akan bersifat dangkal dan gurauan. Ini yang kami jauhi dalam pelbagai produk keluaran kami.Sedaya upaya, kami berusaha supaya jawapan itu benar dan lurus.Mudah-mudahan dengan membaca jawapan kami ini menjadi jelas kejujuran dan kebenaran pandangan kami, insya Allah. Dan berikut ini adalah jawapan untuk cabang-cabang soalan anda:

Pertama: Isu Tidak Adanya Pertembungan:
Betul, negara itu berbeza-beza dari segi nama dan lokasinya, tetapi (ajarannya) dalam isu krisis Syria adalah sama. Oleh itu strategi sehingga filamennya terkawal.Penjelasannya adalah seperti berikut ini:
1. Berkaitan dengan rejim Syria, rejim Syria adalah tali barut Amerika pada masa Bashar dan bapanya. Ia menjaga kepentingan-kepentingan Amerika dan kepentingan-kepentingan negara Yahudi… Penarikan diri Hafez Asad dari Golan dan penyerahan Golan kepada Yahudi, kemudian Hafez menjadikannya kawasan selamat untuk Yahudi selama kira-kira 40 tahun. Kemudian rejim Syria menyertaipakatan Amerika semasa Perang Teluk kedua pada tahun 1991. Kemudian pelbagai perbincangan dan konspirasi yang diatur dan diarahkan oleh Amerika di kawasan berkenaan; dan rejim Syria menjadi alat Amerika yang tunduk patuh dan dikawal dengan politik Amerika … Semua itu membuat tindakan kapal terbang Syria yang menyerang rakyat berada dalam liputan politik Amerika sehingga kapal terbang Syria tidak terbang berdekatan dengan kapal terbang Amerika, bahkan kapal terbang Syria menjalankan misinya dalam cakupan strategi yang telah digariskan. Apa yang disebarkan pada tahun berikutnya, ketika aktiviti pakatan tentera Amerika di Syria bermula, bahawa pemberitahuan mengenainya telah pun disampaikan kepada rejim … semua itu telah cukup dan tidak memerlukan penjelasan lebih banyak.
2. Bagi serangan Rusia ke atas Syria, bahawa itu berlaku dengan perjanjian bersama Amerika dan dengan penyelarasan di antara kapal terbang kedua-dua belah pihak. Kami telah menjelaskan perkara itu dalam produk keluaran kami bertarikh 11/10/2015 berhubungisu itu. Saya petik sebahagian yang berkaitan: [Di sini datang bencana. Amerika menampakkan diri bersama para revolusioner dan sukar baginya memerangi revolusioner secara terbuka, sementara mereka telah menimpakan bahaya kepada rejim sedangkan alternatif Amerika belum matang sama sekali. Disitulah berlaku permainan apiyang keji supaya Rusia melakukan tugasnya. Peranan Rusia adalah menyokong rejim dan menentang revolusioner secara terbuka. Perang terhadap revolusioner itu, Rusia mempunyai justifikasi. Iaitu rejim Syria menjemput Rusia dengan perintah dari Amerika, dan itulah yang berlaku… Rusia bersetuju memainkan peranan jahat lagi keji di Syria demi Amerika!… Serangan Rusia dari udara, laut dan darat, dengan pangkalan dan penasihat mereka, adalah melaluikoordinasi dengan Amerika, bahkan mewakili dan dengan perintah dari Amerika…. Semua orang yang berakal akanmemahami, kapal terbang tempur dua negara jika terbang di langit yang sama, itu berlaku dengan koordinasikedua-dua pihak sebagai dua sahabat atau dalam bentuk perang diantara kedua-duanya sebagai musuh kemudian saling tembak-menembak seperti mana-mana peperangan. Jika tidak, maka kedua-duanya adalah dua sahabat yang berkoordinasi udara untuk merealisasi satu tujuan. Kenyataan kedua-dua pihak menegaskan koordinasi ini. “Kementerian Luar Rusia berkata dalam satu kenyataan yang dilaporkan di laman webnya, pada Khamis 8/10/2015: “sesuai tugas dari presiden Rusia Putin dan rakan sejawat Amerikanya Barack Obama dalam penutupan mesyuarat kedua-duanya di sela-sela Perhimpunan Agung PBB, Menteri Luar membincangkan jalan penyelesaian keadaan di Syria, termasuk pentingnya mengelak daripada berlakunya insiden di ruang udara di atas Syria dan pengukuhan proses perdamaian politik di Syria menurut keterangan Geneva 30/6/2015.” Kenyataan itu menambah, kedua-dua menteri luar “memaparkan langkah-langkah pelaksanaanperjanjian Minsk mengenai Ukraine yang ditandatangani pada 12 Februari…” (al-Hayat, edisi Rabu, 7/10/2015)] selesai.
Dan saya menambah:
Serangan Rusia ke atas Syria pada 30/9/2015 didahului langsung oleh mesyuarat Obama dan Putin pada 29/9/2015.Mesyuarat itu berlangsung selama 90 minit… Krisis Ukraine menjadi topik pertama.Sementara itu kedua-duaketua negara memberi tumpuankepada isu di Syria pada bahagian sisa mesyuarat. Hasil-hasil mesyuarat itu kelihatan secara langsung (dan pada 30/9/2015 Parlimen Rusia sebulat suara bersetuju dengan permintaan Putin untuk menggunakan kekuatan udara Rusia di Syria) (Russia today, 30/9/2015)…
Sehinggamengenai kedudukan-kedudukan yang diserang oleh Rusia di Syria sebahagian besarnya dengan perjanjian dengan Amerika. CNN memetik pada 4/10/2015: (Leftenan Jeneral Andrey Kartopolovpegawai tentera di staf angkatan bersenjata Rusia pada Sabtu petang 3/10/2015 mengatakan, tempat-tempat yang dijadikan sasaran oleh senjata udara Rusia di Syria sebelum ini telah dimaklumkan kepada Moscow oleh komando tentera Amerika bahawa itu adalah tempat-tempat yang diduduki olehpengganassahaja. Pegawai itu meneruskanmengikutapa yang dipetik oleh agensi berita Itar Tass Rusia: “Amerika Syarikat memaklumkan kepada kami melalui komunikasi bersama bahawa tidak ada selain pengganas di tempat-tempat itu.”)
Berlaku koordinasi yang kuat antara kapal terbang-kapal terbang Rusia dan Amerika di udara Syria sampai-sampai digambarkan dengan latihan: (Kementerian Pertahanan Amerika Pentagon pada Selasa 3/11/2015 mengumumkan bahawa kakitangan Amerika dan Rusia berjaya melatih mekanisme yang membolehkan kapal terbang-kapal terbang mereka yang melakukan tindakan serangan di udara Syria membuathubungan langsung untuk mengelakkan insiden. Jurucakap Pentagon Jeff Davis berkata bahawa kapal terbang Amerika “pada hari Selasa menguji komunikasi yang telah disediakan dengan kapal terbang Rusia” di udara Syria.Dia menegaskan bahawa ujian itu berlangsung selama “tiga minit” dan mencapai tujuannya”… Sebaliknya, agensi berita Rusia memetik seorang jeneral dalam angkatan bersenjata Rusia, bahawa angkatan udara Amerika dan Rusia melakukan latihan bersama di Syria, pada hari Selasa.) (alarabiya.net: 3/11/2015)
Atas dasar itu, kapal terbang Amerika dan Rusia terbang di langit Syria dengan selamat dari kubumasing-masing: kapal terbang Amerika mengebom di Syria dengan pengetahuan rejim diktator. Kapal terbang Rusiamengebom di Syria juga dengan pengetahuan rejim Syria… Kapal terbang Rusia lalu-lalang di langit Syria melaluiperjanjian dengan Amerika dan dengan koordinasi diantara angkatan udara Amerika danRusia… Begitulah, pertembungan tidak berlaku, kerana yang lalu-lalang di langit Syria adalah sahabat yang harmoni. Makar mereka adalah sama terhadap Islam dan umat Islam.

قَاتَلَهُمُ اللَّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ

“Semoga Allah membinasakan mereka.Bagaimanakah mereka sampai dipalingkan (dari kebenaran)?” (TQS alMunafiqun [63]: 4)

Adapun jika keharmonian hilang diantara kedua-duanya, maka pertembungan pada masa itu boleh berlaku.

Kedua: beriringannya aktiviti politik dengan aktiviti tentera:
Seperti yang kita tahu bahawa rejim di Syria adalah tali barut dan pengikut hina Amerika. Amerikamenganggap Syria sebagai kawasan pengaruh miliknya untuk menjaga kepentingan-kepentingannya.Amerika sekarang faham bahawa Bashar telah jatuh atau hampir jatuh.Bashar berada dalam keadaan yang tidak membenarkannya untuk menjaga kepentingan-kepentingan Amerika.Maka Amerika mencari alternatif tali barut yang menggantikan Bashar. Amerika bimbang Bashar jatuh sebelum Amerikamenemui pengganti Bashar… Oleh itu, Amerika menyokong Bashar dengan pelbagaicara, diantaranya tindakan-tindakan tentera ini untuk merealisasikan dua perkara:
Pertama, menyokong diktator Bashar supaya dia tidak jatuh sebelum Amerika menemui alternatif tali barut seterusnya untuk menggantikan tali barut lama. Dengan begitu tidak akan berlaku kekosongan yang diisi dengan jalan yang tidak sesuai dengan perkiraan-perkiraan Amerika… Kedua, tekanan berturut-turut terhadap rakyat Syria supaya menerima pengganti yang dibuat oleh Amerika dari pakatan sekutu dan dari puak-puak yang dipanggil moderat dan dari beberapa penyokong rejim. Oleh itu, cara-cara tindakan tentera yang dipimpin oleh Amerika di Syria begitu pelbagai, sama ada berupa cara yang tunduk kepada Iran atau parti Iranatau penyokong-penyokongnya atau sejak kebelakangan inimelalui angkatan bersenjata Rusia. Semuanya ada di satu pihak, iaitu menyiapkan suasana untuk tindakan politik yang pada peringkat pertama merealisasikan kemaslahatan Amerika. Dan bagi Rusia adalah untuk membuat kerelaan kepada Rusia secara relatif untuk meringankan sekatan-sekatan dan isuUkraine… Begitulah, tindakan-tindakan tentera telah bertambah untuk menyiapkan suasana politik. Dengan memantauapa yang berlaku, perkara ini menjadi sangat jelas. Pelbagai mesyuarattelah diadakan berturut-turut pada masa dimana tindakan-tindakan tentera juga diteruskan:
• Pada 23 Oktober 2015 diadakan mesyuaratempat pihak pertama “Rusia, Amerika Syarikat, Saudi dan Turki”. (Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov mengatakan, “Para peserta mesyuaratempat pihak Rusia, Amerika, Saudi dan Turki di Vienna Jumaat 23 Oktober 2015 bersetuju mengenai laporan sokongan luar negeri untuk aktiviti politik di Syria… Dia menyebut bahawa semua menteri bersetujumengenai kepentingan menjaga Syria sebagai negara bersatu sekular yang memiliki kedaulatan”… Kerry menggambarkan mesyuarat empat menteri di Vienna sebagai “konstruktif dan produktif”. Kerry menyebutkan bahawa Tehran telah menerima tawaran untuk menyertai rundingan khusus perdamaian krisis Syria, seperti yang dipetikagensi berita Blomberg dari menteri Amerika…) (Russia Today, 23/10/2015)
• Pada petang tarikh 29 Oktober 2015 diadakan mesyuaratempat negara kedua (berakhir pada Khamis malam Jumaat 30/10/2015, diadakan mesyuaratMenteri Luar empat negara;Saudi, Turki, Rusia dan Amerika Syarikatmengenai jalan penyelesaian politik yang menamatkan krisis di Syria. Empat menteri luar itu tidak memberi sebarang kenyataan kepada media massa selepas mesyuarat tersebut … Menteri luar Amerika, John Kerry, telah bertemu dengan rakan sejawatnya Menteri Luar Iran Mohammed Javad Zarif. Kerry menganggap mesyuarat Vienna tidak akan membawa kepada penyelesaian politik segera. Tetapi mungkin mesyuarat Vienna akan menjadi peluang terbaik untuk menyelamatkan Syria dari neraka.) (alarabiya.net, 29/20/2015)
Boleh diperhatikan di sini Amerika mengambil berat supaya mesyuarat-mesyuarat itu berlaku antara Amerika dengan sekutu dan pengikutnya, Rusia, Turki, Saudi dan Iran.Ia adalah untuk menyempurnakan kumpulan dan seterusnya rancangan-rancangan Amerika akan berjalan tanpa gangguan Eropah! Amerika Syarikatprihatin untuk menjemput Iran ke mesyuarat-mesyuarat itu: (Amerika pada 27/10/2015 mengumumkan bahawaAmerika menyampaikan jemputan kepada Iran untuk menghadiri Persidangan di Vienna. Jurucakap Kementerian Luar Iran Marzieh Afkham menyatakan secara langsung, “Kami telah menerima jemputan.Telah diputuskan Menteri Luar akan mengambil bahagian dalam perbincangan.” (ash-sharqu al-awsath, 28/10/2015) Bukan itu sahaja, malah Amerika cuba untuk menjauhkan Eropah dari mesyuarat-mesyuarat pertama supaya bebas dari gangguan Eropah semasa undingan. Dengan begitu rundingan akan berlangsung dengan kehadiran sekutu dan para pengikutnya sahaja. Kerana itulah Perancis gelisah.Sebagai reaksi, Menteri Luar Perancis menyeru diadakan malam amal pada 27/10/2015.Laurent Fabius mengatakan bahawa “malam amal” akan diadakan di pejabat Menteri Luar dengan dihadiri oleh rakan kongsi Perancis dalam menangani krisis Syria”.Dia menambah bahawa mereka yang berkumpul akan membincangkan jalan peralihan politik demi Syria bersatu dan demokratik, menghormati semua komponen bangsa, dan menyokongusaha kita mememerangi pengganas.”Bagaimanapun, Amerika tidak memberi perhatian terhadap “malam amal” itu, di mana Amerika hanya mengutus Timbalan Menteri Luar Antony Blinken dan bukan Menteri Luar John Kerry.) (BBC, 27/10/2015) Tampak bahawa mesyuarat Perancis hanya satu cubaan untuk mendapatkan tempat dalam rundingan Vienna.
Amerika hampir-hampir berjaya dalam terus menjauhkan Eropah, seandainya tidak meletus krisis pelarian Syria dan beralihnya pengaruh krisis itu ke tengah-tengah Eropah, sehingga dikatakan bahawa krisis pelarian membuat Eropah lupa dengan krisis Yunani… Berlaku pemfokusan terhadap isu krisis pelarian itu di media di Eropah selama empat bulan terakhir, terutamanya oleh Britain dan Perancis.Kemudian krisis pelarian itu meningkat sehingga menjadi pintu masuk untuk Eropah, terutamanya Perancis dan Britain untuk melintas ke arah krisis Syria.Akhirnya tidak dapat dielakkan lagi kehadiran Eropah dalammesyuarat-mesyuarat krisis Syria.Walau bagaimanapun, ia adalah jelas bagi orang yang memantauisu itu bahawa perbincangan-perbincangan serius telah berlaku antara Amerika dan sekutu-sekutu dan para pengikutnya “Rusia, Saudi, Turki dan Iran.”

• Pada 30 Oktober 2015, diadakan mesyuarat yang telah diperluaskan melibatkan tujuh belas buah negara, yang diikuti oleh Eropah dan beberapa negara lain… disamping perwakilan PBB, Kesatuan Eropah dan Liga Arab… Tetapi sudah diketahui bahawa yang sebenarnya mengendalikan perjalananmesyuarattersebut adalah Amerika kemudian sekutu dan para pengikut Amerika!
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment