Persekongkolan Raja Saudi Dengan Israel!

Delegasi Arab Saudi yang dipimpin oleh Raja Salman bin Abdul Aziz menyertai sidang kemuncak G-20 di Antalya, Turki bersama 1,000 ahli - diiringi oleh sekumpulan besar konvoi kereta-kereta mewah dan menginap di hotel mewah.

Hotel yang mempunyai 560 buah bilik dan villa kompleks, dikenali sebagai salah satu diantara hotel termewah di dunia, akan ditutup selama 18 hari kerana disewa oleh Raja Salman selama penginapannya di tempat pelancongan terkenal itu. Harga penginapan satu malam mencecah lebih kurang diantara 800 - 15,000 Euro .

Sesungguhnya inilah 'Ruwaibida'. Bersahabat dengan orang Kuffar, dan menjadi musuh kepada Islam dan orang-orang Muslim.

Sementara mereka memejamkan mata kepada kekejaman entiti Zionis di Palestin dan Al-Aqsa, pada masa yang sama adalah 'Taghut' yang telah menyerang Kaabah dan Masjib An-Nabawi, dan menyekat Ummah daripada menyatukan kuasa kaum Muslim untuk menentang Kuffar yang telah merosakkan mercu tanda kemuliaan dan warisan Nabi Muhammad s.a.w serta membunuh orang-orang Mukmin.
SHARE THIS

0 comments:

Post a Comment